Monday, September 14, 2009

Peraturan 5 Saat (4)

SAMBUNGAN....


Namun belum sempat kakiku melangkah menuju ke pondok kecil pak cik misai tu, muncul sekujur tubuh daripada ‘seat’ belakang kereta mewah tu…tak berkelip mata aku melihat makhluk yang keluar dari kereta BMW tuh….


“Aisyeh…sekali aku pandang macam kenal je dengan budak tu…dua kali aku pandang, memang sah aku kenal dia!!! Daripada cara dia betulkan suit blueblack dengan cermin mata dia, aku dah dapat agak siapa dia!


Cis…cermin mata tu, uniform pengawas tu… la macam mana lah aku tak perasan… mamat senget tambah sengal nilah yang ajak aku join kelab mata empat dia tu…dah tu masa kat CZ kemarin ade hati nak kebas cream puff aku… haik! Hampas betol! Memang disahkan JAKIM dan dicop SIRIM, confirm mamat yang turun dari kereta mewah tu, mamat mata 4@budak galah@pengawas kerek@mawas jadian!!!!!!! Nah ambik kau… macam-macam nama gelaran aku bagi, kau tinggal pilih je mane yang berkenan dihati… HAHAHAAHAHAHAH! Tetiba je aku rasa ada sepasang tanduk muncul atas kepala ni…hohohohohoho~~~~


* * * *


“HAI, gembira terlebih kawan kita hari ni! Senyum sampai ke telinga ni… kau ada ape-ape ke???” sampuk Nani ketika aku,dia dan Zarith sedang menjamu selera di kantin pada waktu rehat.


“Yelah Nani…” Zarith mula bersuara… “Kau rasakan Nani, patut ke aku telefon abang kat wad Tampoi ni datang amik si AM ni…aku tengok makin parah ni!” tambah Zarith lagi…


“A’aha…lah..rasenyer salah satu pesakit wad Tampoi dah terlepas kat SMK Maju Bestari ni… aku baru jer terbaca Harian Metro pagi tadi, yang melaporkan seorang gadis berusia 17 tahun telah menghilangkan diri dari kawasan wad sejak dua hari yang lalu… Agaknya kan Za, budak yang terlepas tu ade kat kantin kita nih..” sakat Si Nani…


Aku yang ketika itu menikmati nasi goreng buatan ibu dengan penuh rasa terharu kerana dapat menikmati bekal makanan yang terhebat pada abad ini, mula panas punggung! Ini berkaitan maruah aku dan status diri aku yang masih waras tapi didakwa pesakit mental! Kuang hasam punya kawan!!!


“Woi..woi.. sudah..sudah la nak menyakat aku!!! Korang ni bila korang cakap cam tu…aku ade gak terpikir seminit dua…nampaknya korang dua orang ni amat berbangga lah dengan aku, sebab korang ade kawan gila eh?! Ishk..tak sangka pulak aku ada orang bangga dapat kawan gila…hihihihihi terharu pun ada gak! Bertuah rasanya dapat kawan macam korang ni…Yelah korang still mengekor aku je ke mana aku pergi…walaupun tahu aku ni pesakit Wad Tampoi kan?!”


Serentak dengan itu, pecah lah ketawa tiga orang sahabat yang takkan pernah lekang dari buat lawak-lawak bodoh menyakitkan hati…dalam pada itu, Zarith telah mengeluarkan kata-kata yang menurut aku sangat bernas dan wajar sekali. Heheheheheh~~~


“Eh, Nani, kalau macam tu kau dengan aku pun jadi orang gila lah!”


“Aikkk…apasal pulak?!” soal Nani dengan muka cemberut.


“Yelah orang gila, hanya akan berkawan dengan orang gila je… mana de orang sihat akal nak gi bertegur sapa dengan orang tiga suku…btul x?!” pantas Zarith memberikan jawapan…


“Eeeiiii… pandainyer!!! Anak sapa lah tu?! Hai..tak sangka aku bila masa pula lah si Za ni ada IQ 120 ni! Betulah teori kau tu, orang gila akan kawan dengan orang gila jer… jadi kau dengan Nani pun bakal didaftarkan di Wad Tampoi lah ye tak lama lagi…”


HAHAHAHAHAHAHA!!!! Maka dengan itu, bergegarlah tiang-tiang di kantin tersebut dek kerana gelak ketawa dari tiga orang sekawan yang kaki merapu dan mengarut!


“Eh…Za, Nani… korang pergilah balik ke kelas dulu…agak lewat dah ni… kang tak memasal kena amuk dengan Cikgu Budin@cikgu disiplin merangkap cikgu Additional Math tu…aku nak pegi beli air jap! Kang tersedak pula aku nih…” ujarku pada teman-teman.


“Ok bos! Nanti biar kau sorang je kena sounds dengan cikgu katik tu… Jom Za!”


Di kaunter minuman...


“Mak Cik, bagi segelas teh ais!” ujar seorang pengawas.

Mak aihh…pengawas pun baru nak beli air time-time tengah nazak ni… biar betul! Mmm…tak pe kot kalau dia yang beli, yelah pengawas katakan…mesti cikgu sayang! Eh.. aku pun kena cepat gak ni karang bising pulak si Budin Katik tuh…


“Mak Cik, air sirap satu!” ujarku sambil menyeluk saku mencari syilling 50 sen…


Alamak! Mana pulak duit 50 sen nih…Aku mula menjadi cemas… aku pusing kiri, aku pusing kanan… adoiiii!!! IBU….dompet alang tertinggal! Tulah, pagi tadi seronok terlebih sebab dapat bekal, terus lupa dompet buruk aku tuh…urwahhhhhh ni yang nak menangis nih…


Dalam pada tu, aku perasan ada sepasang mata yang memerhati gelagat aku yang sangat gelisah macam cacing kepanasan… arhhh…peduli sama dia…sekarang ni yang penting macam mana nak bayar duit air yang aku kira air ‘super’ murah yang ada dijual kat kantin nih…


“Nah air teh ais kamu!” ujar Mak Cik tersebut sambil memberi wang kembalian sebanyak 50 sen kepada pengawas yang aku tak nampak wajahnya sebab aku berdiri di belakang si pengawas tu…


Ting! Ting! Ting! Bergolek lah duit syilling 50 sen dihadapan aku!


“Aikkk…duit sape plak ni?! Ni, mesti duit si pengawas tu…mungkin dia nak cepat tu yang dia tak perasan duit 50 sen dia dah terjatuh” aku membuat rumusan sendiri.


“Eh…Eh… kau yang berdiri tegak, yang pakai uniform pengawas! Berhenti!!!” tika itu si pengawas masih membelakangi aku… aku terus bergegas mendapatkannya…


“Encik pengawas! Ni, duit kau 50 sen! Tadi terjatuh, masa kau kat kaunter minuman!” ujarku sambil menghulurkan sekeping syilling 50 sen ke arahnya…


Sebaik sahaja si pengawas tersebut memalingkan badanya ke arah ku, tiba-tiba aku merasakan rahang aku ni terjatuh…(means mulut aku jadi ternganga) kerana kaget melihat yang empunya diri…


Ye saya! Ada ape ermm…cik Amni Fariha?” Aikk… mana dia tau nama aku ni.. eh lupa pulak yang aku pakai tanda nama, mesti lah dia tengok kat tanda nama tu…


“Owh, Encik Ketua Pengawas rupanya… ni duit awak terjatuh tadi!”


“Ye ke??? Eh, tak pe lah, awak amik jer Amni… saya tahu awak perlukan duit tu… selamat membeli ye… Saya ada hal ni, saya pergi dulu!” ujarnya pantas sambil melambaikan tangan ke arahku dan menghadiakan aku senyuman yang paling bersinar…


“Terima kasih Encik KP! Nanti saya pulangkan balik duit tuh!” jeritku dengan harapan dia mendengarnya… aku melihat dari jauh dia sekadar mengangguk-anggukan kepala, tanda bersetuju… hai bertuahnya badan, aku dapat jumpa orang yang pemurah hari ni…


Seusai itu, aku terus bergegas ke kaunter minuman untuk menuntut air sirap yang aku pesan tadi… Tidak sampai 5 saat, aku di kaunter minuman tersebut…ada sepasang tangan yang menyambar minuman ‘super’ murah aku tu…aku bengang! Tu minuman aku pesan la zirafah oiii! Hish…ni tak boleh jadi ni, dia pun pakai “TEKNIK RAMPASAN 5 SAAT”… Aku ingat aku sorang je pakai jurus 5 saat ni…rupa-rupanya ade yang nak lawan dengan aku…


p/s: siapakah yang bakal menjadi lawan si AM dengan mengunakan jurus 5 SAAT??? nantikan part yang seterusnya...

No comments: