Saturday, August 21, 2010

peristiwa awal ramadhan 1431H

antara diuji atau teruji…
selawat dan salam ke atas jungjungan besar Rasullulah SAW…Alhamdulillah udara segar masih menembusi ronga pernafasaan ini dan begitu juga dikurniakan daku nikmat terbesar yang tidak dimiliki makhluk lain melainkan yg beriman dgn Allah azza wa jalla….

Sedar atau tidak sudah seminggu Ramadhan meninggalkan kita…bererti tinggal 3 minggu shj lagi tempoh kita ber’dating’ dgn si Ramadhan Kareem… bagaimana dgn amalan kita??? Apakah sudah cukup melipatgandakkan pahala dlm bulan ganjaran ini???
Sepanjang mingggu ini pelbagai kejadian berlaku atas kehendak Allah sepertimana yang dicatatkan dlm kitab taqdir qada dan qadar…. Ujian pertama, krisis air di rumah ARB…sgt menduga kesabaran dlm keadaan musim panas ini… namun hikmah diperoleh…bersyukur hanya nikmat air yang ditarik Allah utk seketika bukannya nikmat elektrik… kalau tidak entah apa yang akan terjadi wallahu a’alam….

Meniti ujian ke dua, di saat Ramadhan melangkah hari yang ke 6, aku diberikan surat percutian drpd puasa, awalnya tertanya-tanya aku, apakah aku tidak layak memasuki madrasah Ramadhan yang barakah ini??? Namun hakikatnya, inilah ujian aku…ujian yg dilalui oleh semua insan yang bergelar an-nisa’…sejauh mana aku mampu melentur nafsu tatkala aku dilarang utk berpuasa. Nah disini, menguji aku mampukah aku menahan diri bukan dari segi lapar dan dahaga malah dari segi perlakuan anggota jawarih yang lain…

Seterusnya, ujian komplikasi dalaman… huh bunyi macam org sakit kronik…iya kronik penyakitnya bila melibatkan organ hati atau dlm erti kata lain al-qalbu…sabda Rasullulah dalam hadis sohih riwayat mutafaqun alaih;
“di dalam diri manusia itu terdapat seketul daging, sekiranya ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, sekiranya buruk maka buruklah seluruh jasadnya, dan seketul daging itu adalah hati” Masya Allah tabarakallah… aku mengesyaki ada dlm kalangan sahabatku ini bersuuk zon dgn diriku… astaghfirullah, bagaimana mungkin aku mengesyaki para sahabatku , ini bererti aku juga berada dlm golongan yang suuk zon terhadap sahabat sendiri…astaghfirullah… jauhilah aku dari perasaan suuk zon ini… selemah-lemah ukhuwah adalah berlapang dada…. Tak sepatutnya aku suuk zon dgn mereka melalui muamalah mereka dgnku yang kurang baik menurut pandanganku…. Kadang2 aku merasakan aku dipinggirkan dlm setiap perbicaraan… sepertinya aku bercakap sorg diri… hati ini terasa sangat kotor dan lemah sekali…namun itu lah hakikat ujian… yang tidak mengenal erti masa dan tempat… firman Allah dlm surah al-ankabut ayat 2;
“Apakah manusia mengira bahawa kami hanya membiarkan mereka berkata’Kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji?”

Menyelusuri ujian yang aku kira melakar sejarah hitam dalam kamus hidup akhowat ARB… Pertelingkahan antara ikhwah dan akhowat dlm pembahagian kerja dan segala selisih pendapat serta kesalah fahaman….menjerut tali ukhuwah yang sekian lama bertaut… segala ketidakpuasaan hati pihak ikhwah terhadap akhowat akhirnya terluah jua…walaupun pahit namun ditelan jua pihak akhowat…aku tidak mengerti kenapa ikhwah memendamkan segala ketidak puasaan hati sedangkan di setiap liqo diberikan peluang utk sebarang penjelasan… tidak disangka letusan gunug berapi ikhwah benar2 menggegarkan lena indah akhowat… detik itu, akhowat tertanya-tanya dimana silapnya, di mana salahnya, di mana pincangnya muamalah dgn ikhwah… akhirnya, disepakati yang lepas biarkan ia pergi, namun yang baru mula kita sematkan peristiwa lepas sbg pedoman... pengharapan tinggi diletakan selepas badai berlalu, tautan ukhwah yang dibina semakin utuh dan tegar utk menghadapi tsunami pada masa hadapan… kata orang, disangkakan panas sehingga ke petang namun hujan di tengah hari, hikmanya, selepas awan mendung lagi kelabu berarak pergi, muncul si pelangi yang berwarna-warni menceriakan dada langit…kata orang, selagi mana tidak merasai kepahitan ubat, selagi itu kita tidak akan mengetahui kemanisan coklat…
Tuntasnya, setiap ujian dikurniakan Allah itu adalah tanda Allah memerhatikan setiap tindak tanduk hambanya, menandakan Allah sayang terhadap hambanya, merupakan simbolik utk meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya, alangkkah ruginya kita menganggap setiap ujian itu adalah musibah… yakinlah segala yang terjadi itu pasti ada hikmahnya… yakinlah dgn Allah bahawasanya Allah tidak akan sekali-kali membebankan hambanya dengan apa yang tidak ia mampu menanggungnya… Sesungguhnya Allah menginginkan kesenangan utk umatnya dan tidak menginginkan kesusahan…

Hati ini begitu terpaut dgn kalamullah yang tercatit dlm mushaf yang bermaksud,
“dan apabila hamba2Ku bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang2 yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran”(2:186)

Saturday, August 7, 2010

Matruh-Siwa, Taqqarub kpd Allah…




Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasullullah S.A.W, berkocaknya darah dan keringat baginda dalam memperjuangkan ad-din dimuka bumi ini…dgn penuh rasa syukur kurafa’kan kpd Illahi, Alhamdulillah aku merasai nikmat Islam dan Iman pada hari ini…moga dikekalkan imannya dlm Islam…amin…

Beberapa hari yg lalu…percutian musim panas kali pertama aku rasai semenjak aku menjungjung langit Mesir… Matruh-Siwa bukanlah satu perjalanan dekat malah antara perjalanan yang terjauh sepanjang pemukiman aku di bumi anbiya ini selain Mansurah dan Alexandria….
Pemusafiran aku kali ini ke kawasan laut mediterenean yg terkenal dgn kecantikan lautnya yang memukau mata memandang…. Subahanallah dan masya Allah adalah ungkapan terbaik utk mengambarkan kecantikan alam semula jadi ciptaan Al-khaliq…. Tidak dapat digambarkan kecantikaan pantainya yang memutih dan lautnya yang membiru…. Seluas mata lensa…luas lagi mata ciptaan tiada tara ini dlm menangkap seribu pemandangan alam ini…


Baru kusedari nikmat pengelihatan atau al-basor ini sgt tidak ternilai…. Betapa sepasang mata kurnian-Nya mampu menerobos alam ciptaan ini tanpa batas…360 darjah… Masya Allah, aku sgt bersyukur!!! Ciptaan2 Allah ini membawa minda kita untuk memikir sejenak ttg kekuasaan-Nya… ttg kebesaran-Nya…ttg kebijaksanaan-Nya….Maha suci Allah! Allah menciptakan alam ini penuh rahsia, bagi mereka2 yang ingin memikirkannya…

Berakhirnya lawatan di sekitar matruh-siwa, bersama kenangan yang terindah di pantai2 terutamanya pantai Agiba, pantai 7 warna yang tiada rezeki untukku menyaksikan 7 warnanya ketika matahari terbenam, kami bertolak pulang ke Kaherah pada hari yg ke-3…
Semasa perjalanan, kiri dan kananku disajikan dgn pemandangan padang pasir sahara yang menghangatkan…. Pohon2 yang beranting tapi tiada daun menghijau…kering-kontang…bak padang jarak padang terkukur, namun masih lagi ada yang menempati kawasan ini… jarak antara kediaman dengan kediaman yang lain agak jauh… Masya Allah, masih ada yang mampu mengharungi lautan hidup di sahara… itulah kekuasaan Allah….

Siang pun mula melabuhkan tabirnya, malam mula menjelma… saat ini, kuperhatikan kaki langit…nun jauh di satu sudut horizon, matahari terbenam?! Allhamdulillah…aku diberi kesempataan oleh Allah untuk memerhatikan satu lagi keindahaan alam ini, Subhanallah, satu ungkapan yang sgt ternilai utk menggambarkan perasaan ini…yang kali pertama meihat matahari terbenam di sahara… nampaknya Allah menggantikan sesuatu yang aku inginkan dengan yang lebih baik… kupinggin melihat matahari itu terbenam diufuk lautan yang terbentang luas, namun dikurnia-Nya sepasang mata ini melihat matahari itu terbenam dikaki langit padang sahara yg berpasir halus….

Begitulah yang terprogram dlm percaturan yang Maha Esa, aku menjejaki INDAHNYA ALAM ini bukanlah semata-mata untuk keseronokkan, namun ia adalah wasilah untuk aku taqqarub kepada Pemilik Sekalian Alam…

Aku memetik kalam-Nya dalam kitabul-aziz :
“dan di antara tanda2 (kebesaran)-Nya adalah penciptaan langit dan bumi dan makhluk2 yang melata yang Dia sebarkan kpd keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila Dia kehendaki” (As-syura 42:31)

p/s: sebenarnya entry ini nak diuploadkan pada akhir bulan Julai yang lepas, tapi malangnya kesibukkan dengan mehnah dan tribulasinya membataskan langkah di alam blog…