Thursday, September 3, 2009

Peraturan 5 Saat (1)

Hai! Nama aku Amni Fariha. Umur 17 tahun. Sekolah di SMK Maju Bestari. Eh…chup..chup.. ni nak bagi biodata ke nak buat biografi ni… ok2! Aku tinggal dalam famili yang agak ramai semuanya 7 orang termasuk 5 adik beradik dan ditambah abah dengan ibu. Ramaikan?! Bertambah sadisnya lagi, 7 orang kami ni bersempit dan bersesak macam ikan sardine dlm tin tu kat sebuah rumah flat 12 tingkat. Bayangkan rumah aku di tingkat yg ke-6, hari-hari pergi sekolah turun dari tingkat enam tu… mak aih…kira nak jejak kaki ke tanah tu berpeluh juga. Sebenarnya bukan tak ada ‘lift’ flat ni cuma bila pagi2 je, ‘lift’ tu akan sesak dgn orang yg nak berangkat ke tempat kerja, mak cik-makcik yang nak ke pasar, budak-budak kecik nak ke sekolah dan macam-macam lagi lah… oleh itu, daripada aku tunggu ‘lift’ yang entah bila ada kosong tu, baik aku pakai dua kaki yang dikurniakan Allah ni… boleh ‘exercise’ sikit… hidup pun sihat je… tak berpenyakit… hehehheeheh…


“Ibu, along dah kena pegi ni, karang masuk lambat lecturer denda lagi!” ujar Along.


Hah, yang tu along aku, nama dia Rizal tapi panggil Ijad. Dia nie kira tak banyak cakap lah, tapi sekali dia naik darah…mak aihh gunung berapi pun boleh kalah!


“Bu, Bah! Angah pun kena gerak dulu! Tak sempat pulak nak kejar bas tu nanti!”


Ok yang ni pulak, Ziyad merangkap angah aku! Dia ni stylo and cool! Tapi satu hal yg paling menyampah pasal angah, dia ni kaki bodek dengan kaki sakat. Sekali dia bodek ibu dengan abah, bertambah-tambah lah duit belanja yang dia dapat. Hish…geram betol aku dengan orang mulut manis daripada gula macam angah ni!


“Zizie! Zizie! Pergi ambil bekal tu! Hari ni ibu buatkan roti telur untuk Zizie! Sedap tau!”


Hemm… Zizie ni pulak adik aku yang berumur 9 tahun. Dia ni amatlah baik tapi aku geram tahap gaban jugak dengan dia. Mana taknya, hari-hari angkut bekal pegi sekolah. Aku?! Hem… jangan harap! Tak de hari ibu nak buat cam gitu. Katanya aku dah besar, tua BANGKA, dah tak leh bawa bekal makanan. Wuawuawuaaaaaa……nak nangis jap, ada ke patut, ibu kata aku dah tua!!! IBU!!!!


“Bah! Bu! Alang cam ne??? Duit belanja untuk bulan ni???” soalku pada abah yang sedang bergegas nak ke tempat kerja manakala ibu pulak sedang sibuk melayan si kecil Aliff yang baru berusia 3 tahun.


“Am, abah minta maaf ye! Abah terpaksa kurangkan duit belanja Am…sebab bulan ni belanja isi rumah dah bertambah bila along pindah semula ke rumah. So, ibu dengan abah boleh kasi RM 50 je untuk bulan ni. Alang tak pe ke?” ujar abah dengan penuh kelembutan. Aisyeh…ni yang tak jadi meletup ni, tengok muka kesian abah tu… Aku tahu abah dengan ibu bekerja teruk nak menyara hidup kami anak beranak...kalau boleh semua kebutuhan anak-anak, mereka nak penuhi. Tapi kadang-kadang tu terpaksa juga mengalah atas desakan sara hidup yang tinggi…


“Mmmm…tak pe lah bah! Alang cuba berjimat sikit bulan ni…” segera aku menguntumkan segaris senyuman pada ibu dan abah agar mereka tak risaukan aku! Padahal dalam hati tu panas bak gurun Sahara, meluap-luap geram aku kat along!


‘Hish…along ni! Elok-elok je kau duduk kat hostel kampus tu, tetiba menempel balik kat rumah flat yang 2, 3 tahun lagi nak runtuh ni apasal! Gara-gara kau tau duit belanja aku bulan ni kena potong! Huhuhuhuhuuhu… apa lah nasib aku ni! Agaknya nasib batu kot selalu je tenggelam! Bila masa lah aku nak jadi sabut nih?!’ getus aku dalam hati.


Sambil-sambil aku berjalan kaki ke sekolah, sempat lagi aku buat belanjawan hidup untuk bulan ni…


“Hem…setelah dicampur,ditolak,didarab dan dibahagi, sehari ke sekolah aku akan bawa RM 2.50! Errkk…ciputnya! Kira cukup makan je nih. Kalau ada kelas petang ni sah tak cukup. Tak pe aku kena pandai jimat sikit, nanti baru senang hidup! Apa orang kata tu, ‘berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’ Aiceh, terernya aku siap boleh bagi peribahasa lagi…Cikgu Zuraida mesti bangga dengan aku. Hehehehehehhe! Ikut pakar ekonomi yakni aku sendiri, aku dah kira untung sangat, sebab aku ke sekolah jalan kaki atau kadang-kadang naik basikal je…Kalau tak, tolak tambang bas untuk seminggu, alamat makan pasir lah aku. Tak pun puasa penuh sebulan! So, ‘save’ sikit duit ni, plus aku dapat selamatkan dunia sebab aku bukan penyumbang kepada pencemaran! Hahahahah!


* * * *


“AM! Termenung panjang ni apasal eh?! Kalau ye nak lawan lumba ni, sah ikan-ikan termenung kat dalam laut tu kalah” ujar Zarith sambil menepuk bahuku dari belakang. Seusai Zarith melabukan punggungnya di sebelah aku…Hanani pulak menyusul.


“Eh, kau ada masalah ke? Ceritalah kat aku dengan Za!” sampuk Hanani atau lebih mesra dipanggil Nani.


“Tak delah Nani…aku sesaja je nak ajak ikan-ikan termenung tu berlumba dengan aku! Nak tengok siapa lagi hebat!” balasku selamber. Seraya dengan itu, meletuslah gelak ketawa tiga sahabat sehati sejiwa ni…


“Am, kau dah makan ke belum?” soal Zarith.


“Makan belum lagi tapi kalau minum dah! Hehehhehe gurau je… entah lah aku tak rasa lapar kot! Mungkin tadi aku sarapan kat rumah, tu yang kenyang sampai sekarang ni!” jawabku memberi alasan agar sahabat-sahabat terbaik aku ni tidak menghidu masalah kewangan aku ni.


Padahal kat rumah tadi, aku tak jamah apa-apa pun. Sengaja aku bagi tahu ibu jangan sediakan sarapan untuk aku sebab aku nak makan di sekolah saja…tapi sebenarnya aku nak ‘save’ makanan kat rumah aku tu… yelah along dengan angah ni kuat makan…katanya orang lelaki kena makan banyak baru ada tenaga! Habis tu orang perempuan tak yah makan lah ye?! So, automatic aku ni kira macam IRON LADY lah, sebab tak amik sarapan pun still bertenaga, jalan kaki dari rumah ke sekolah yang jaraknya 2 kilometer tu…


“Am, Za! Jomlah masuk kelas! Lonceng dah bunyi tu! Karang ada yang kena sound lagi dengan Ketua Pengawas (KP) senget tuh!” ajakan Nani menyebabkan aku kembali ke dunia nyata!


“Eh…jap…jap! KP tu aku tengok ok je dia berdiri. Straight macam tiang bendera kat Dataran 2020 tu… tak de senget pun! Nak kata tempang jauh sekali!” balasku


“Eh…kau ni kan tak habis-habis dengan loyar buruk kau tu… besok-besok macam mana lah laki kau tu dapat tahan dengan orang wad Tampoi macam kau ni…bla..bla..bla..” balas Nani. Zarith pula memang dari dulu lagi sekadar, menjadi pemerhati drama sebabak antara aku dengan Nani.


* * * *


Tamat je waktu persekolahan, aku akan ke suatu tempat yang menjadi favorite aku selepas sekolah. Aku selalu ke CZ Pastry&Bakery. Sebab apa eh? Kerja? Taklah, aku bukan kerja kat situ tapi teruja la tengok roti, puff, bun, cake and so on yang ada di jual kat situ. Terliur aku dibuatnya! Nak..nak lagi dapat tengok pastry dengan cake kegemaran aku, cream puff dengan blueberry cheese cake!Orang kata apa, kalau tak dapat makan, dapat tengok dan dapat bau pun kira oklah tu… yelah mana taknya, kalau nak membeli pastry kat situ alamatnya tak makanlah aku seminggu. Harganya bagi golongan yang mampu memang berpatutan tapi bagi orang macam aku ni agak mahal la…


‘Agaknya bila lah aku dapat merasa makanan favorite aku tu… hurmmm...kalau aku berjimat seminggu dua ni dapatlah merasa cream puff terhebat tuh! Aaahhhh…bestnyer!’ aku bermonolong sendirian.

Sedang aku leka memerhatikan ‘pastries’ yang ada di CZ tu dari luar kedai, tetiba terasa bahuku dilanggar kasar oleh sesorang!


p/s: nak tau pe jadi seterusnya... siapa yang melanggar watak utama SI AM ni??? elok lah tunggu sambungan yang akan datang...

No comments: