Friday, September 4, 2009

Peraturan 5 Saat (2)

SAMBUNGAN....

Sedang aku leka memerhatikan ‘pastries’ yang ada di CZ tu dari luar kedai, tetiba terasa bahuku dilanggar kasar oleh sesorang!

“Sorry miss! I’m already late! Got to go!” kedengaran suara pemilik tubuh yang melanggar aku sebentar tadi. Aku segera menoleh ke arahnya yang masih tertunduk-tunduk meminta maaf!

“Owh! It’s ok! Small matter!” balasku. Namun, sebaik sahaja si pelanggar mengangkat wajahnya serentak kami bersuara…

“ALONG?!”
“ALANG?!”
“La…apa yang along buat kat area ni?! Bukan kampus Along kat area Bangi sana tu?!” ujar aku terpingga-pingga melihat along di kawasan CZ ni…

“Errr…ahhh..emmmmm….”

“Apa er….ahhh…emmm… ingat orang bisu ke?”

“Weih, alang ko janji dengan along ko jangan bagi tau sesapa!”

“Janji pe?! Bagi tau ape?! Tak paham alang. Along ni kalau cakap tu biar jelas sikit! Sekeh karang baru tahu!”

“Actually, gini ceritanya… Along dah tak duduk kat hostel kat kampus tu sebab…sebab…ni hah, along…along…kerja part time. Kalau duduk kat dalam tu susah sikit nak buat part time. Lagipun along tahu, nak harap gaji abah sebagai supervisor kat kilang tu, campur dengan upah ibu buat kerja kat rumah orang…berapa sen sangat! Adik-adik along makin membesar, tak lama lagi alang pun dah nak masuk IPT…angah pun sikit hari lagi abis lah belajar kat kolej tu… eh….nanti seminit, kau ni alang buat pe tercongok cam orang tak betul kat depan CZ nih?!”

Ergggh! Alik-alik aku pula yang jadi gabra biawak!

“Arhhh..aaaaa..tu…ape tu…hah, kawan alang, dia suruh alang buat survey kek kat kedai ni, katanya untuk birthday party guru kelas kitaorang!” jawabku pantas. Agaknya munasabah tak alasan aku tu???

“Ehem…ok lah along gerak dulu! Nanti tak memasal pulak kena sounds dengan Tokey Ah Leong kedai tu! Alang, janji tau jangan bagi tau sesapa pasal hal ni, even angah si pembodek tu pun tak leh tau! Kira ni rahsia kita dua orang je! Nanti gaji along yang pertama, along belanja alang blueberry cheese cake kat CZ tuh!” ujar along sebelum dia berlalu pergi!

“Ahh…along ni! Kau memang dapat baca ape yang alang fikirkan lah! Memang alang teringin sangat nak merasa ‘pastries and cake’ kat CZ tu especially blueberry cheese cake tu! Aku sayang kau along! Sorry lah… aku dah menyumpah seranah kau walaupun dalam hati je… aku ingat kau balik ni nak menyusahkan famili je…rupa-rupanya kau memang baik! Berhati mulia! Teruknya aku ni…berprasangka buruk kat along! Along maafkan alang ye!” ngomelku sendirian.

Di satu sudut dunia yang lain,
“Aisyeh, sapa ngumpat aku ni…sampai tersedak aku dibuatnya!” ngomel along sambil mengangkat guni-guni beras dari lori ke dalam Pasar Raya Impiana.

* * * *

Dekat seminggu aku ikat perut! Rasanya nanti bolehlah singgah CZ jap angkut setengah dozen cream puff kegemaran aku tuh! Hehehhehe…senangnya dalam hati…kalau dapat makan cream puff CZ…Hoi..hoii…gumbiranya aku! Eeiii…seronoknya aku dibuai mimpi indah bersama cream puff…ahhhh…

Tiba-tiba… ‘gedebush!!!!’ Aikk… makhluk Allah mana lah yang langgar aku nih??? Ke aku yang langgar hamba Allah tu??? Ishhh… habis buku-buku latihan yang aku bawa dari bilik guru tadi!

“Woi, mak cik! Nak mengelamun pun tengok time lah… Ade ke patut mengelamun sambil berjalan kat koridor ni… tak memasal langgar orang! Nasib baik aku tak terjun longkang sekali! Nah ambik balik buku-buku nih!” rengus kasar budak bermata empat tu!

Aku masih lagi tergamam dengan kejadian yang berlaku… mak aihhh..kereknya mamat tuh! Tau lah dia tu mata empat, sampai kuman pun dia boleh nampak…Tak pe lah aku maafkan dia, sebab 3 jam dari sekarang aku ada date kat CZ, so tak leh marah-marah nanti hilang mood aku!

“Minta maaf! Tak sengaja!” ujarku memohon maaf atas kesilapan diri sendiri...ni semua gara-garau kaulah cik cream puff oiii… kalau tak, tak de nye aku mahu langgar dengan budak mata empat ni…

“Hemm…maaf diterima! Lain kali, mata tu bukak luas-luas, tengok jalan tu betul-betul! Kalau tak nampak pakai je cermin mata terus!” balas mamat mata empat yang kerek nak mampus tu…sambil berlalu pergi.

‘aiceh…sempat lagi mengata aku…ade hati pulak nak ajak aku join kelab mata empat dia tu…huh~ sabar Am…kau mesti sabar! Control ayu! Kalau tak nanti ade yang kena side kick kau tu!’ desisku.

Petang, sebaik pulang dari sekolah…di kedai CZ Pastry&Bakery,

“Kak Yaya, Am nak setengah dozen cream puff boleh?” tanyaku kepada Kak Yaya, staf CZ yang paling ramah dan cute!

“Hem, nampaknya bertuah lah Am hari ni. Selalu waktu-waktu macam ni dah sold out dah cream puff tu! Kejap eh Kak Yaya bungkuskan untuk Am!” ujarnya lembut sambil menguntumkan senyumannya yang manis.

Tak de ribut, tak de taufan, tak de putting beliung, tak de banjir kilat…tetiba jer CZ dirempuh masuk oleh sekumpulan lelaki berbaju hitam ala-ala dalam cerita Men In Black (MIB) tu… agaknya alien planet mana lah mereka tengah cari tu eh… setelah dicerobohnya CZ dan akhirnya tak berjumpa dengan apa yang dicari, mereka pun beredar! Hurmm…nasib baik lah time tu tak de pelanggan kat CZ…kalau tak mau cabut lari pelangan-pelangan tu suma tengok sekumpulan MIB menjejaki makhluk asing! Heheheheheh….
Kak Yaya dan aku masih lagi dalam mode terkezut dengan kejadian yang belaku dalam sekelip mata tadi…

Pada ketika itu juga, kedengaran bunyi loceng di pintu masuk hadapan yang menandakan ada orang yang memasuki CZ… Aku dan Kak Yaya saling berpandangan.

p/s: agaknya siapakah yang memasuki CZ??? adakah makhluk asing yang dicari geng MIB??? nantikan part P5S yang seterusnya....

No comments: