last but not least pix yang bawah ni gambo atas flight!!!
duduk sebelah kak in kat tepi tingkap....
SAMBUNGAN....
Namun belum sempat kakiku melangkah menuju ke pondok kecil pak cik misai tu, muncul sekujur tubuh daripada ‘seat’ belakang kereta mewah tu…tak berkelip mata aku melihat makhluk yang keluar dari kereta BMW tuh….
“Aisyeh…sekali aku pandang macam kenal je dengan budak tu…dua kali aku pandang, memang sah aku kenal dia!!! Daripada cara dia betulkan suit blueblack dengan cermin mata dia, aku dah dapat agak siapa dia!
Cis…cermin mata tu, uniform pengawas tu… la macam mana lah aku tak perasan… mamat senget tambah sengal nilah yang ajak aku join kelab mata empat dia tu…dah tu masa kat CZ kemarin ade hati nak kebas cream puff aku… haik! Hampas betol! Memang disahkan JAKIM dan dicop SIRIM, confirm mamat yang turun dari kereta mewah tu, mamat mata 4@budak galah@pengawas kerek@mawas jadian!!!!!!! Nah ambik kau… macam-macam nama gelaran aku bagi, kau tinggal pilih je mane yang berkenan dihati… HAHAHAAHAHAHAH! Tetiba je aku rasa ada sepasang tanduk muncul atas kepala ni…hohohohohoho~~~~
* * * *
“HAI, gembira terlebih kawan kita hari ni! Senyum sampai ke telinga ni… kau ada ape-ape ke???” sampuk Nani ketika aku,dia dan Zarith sedang menjamu selera di kantin pada waktu rehat.
“Yelah Nani…” Zarith mula bersuara… “Kau rasakan Nani, patut ke aku telefon abang kat wad Tampoi ni datang amik si AM ni…aku tengok makin parah ni!” tambah Zarith lagi…
“A’aha…lah..rasenyer salah satu pesakit wad Tampoi dah terlepas kat SMK Maju Bestari ni… aku baru jer terbaca Harian Metro pagi tadi, yang melaporkan seorang gadis berusia 17 tahun telah menghilangkan diri dari kawasan wad sejak dua hari yang lalu… Agaknya
Aku yang ketika itu menikmati nasi goreng buatan ibu dengan penuh rasa terharu kerana dapat menikmati bekal makanan yang terhebat pada abad ini, mula panas punggung! Ini berkaitan maruah aku dan status diri aku yang masih waras tapi didakwa pesakit mental! Kuang hasam punya kawan!!!
“Woi..woi.. sudah..sudah la nak menyakat aku!!! Korang ni bila korang cakap cam tu…aku ade gak terpikir seminit dua…nampaknya korang dua orang ni amat berbangga lah dengan aku, sebab korang ade kawan gila eh?! Ishk..tak sangka pulak aku ada orang bangga dapat kawan gila…hihihihihi terharu pun ada gak! Bertuah rasanya dapat kawan macam korang ni…Yelah korang still mengekor aku je ke mana aku pergi…walaupun tahu aku ni pesakit Wad Tampoi
Serentak dengan itu, pecah lah ketawa tiga orang sahabat yang takkan pernah lekang dari buat lawak-lawak bodoh menyakitkan hati…dalam pada itu, Zarith telah mengeluarkan kata-kata yang menurut aku sangat bernas dan wajar sekali. Heheheheheh~~~
“Eh, Nani, kalau macam tu kau dengan aku pun jadi orang gila lah!”
“Aikkk…apasal pulak?!” soal Nani dengan muka cemberut.
“Yelah orang gila, hanya akan berkawan dengan orang gila je… mana de orang sihat akal nak gi bertegur sapa dengan orang tiga suku…btul x?!” pantas Zarith memberikan jawapan…
“Eeeiiii… pandainyer!!! Anak sapa lah tu?! Hai..tak sangka aku bila masa pula lah si Za ni ada IQ 120 ni! Betulah teori kau tu, orang gila akan kawan dengan orang gila jer… jadi kau dengan Nani pun bakal didaftarkan di Wad Tampoi lah ye tak lama lagi…”
HAHAHAHAHAHAHA!!!! Maka dengan itu, bergegarlah tiang-tiang di kantin tersebut dek kerana gelak ketawa dari tiga orang sekawan yang kaki merapu dan mengarut!
“Eh…Za, Nani… korang pergilah balik ke kelas dulu…agak lewat dah ni… kang tak memasal kena amuk dengan Cikgu Budin@cikgu disiplin merangkap cikgu Additional Math tu…aku nak pegi beli air jap! Kang tersedak pula aku nih…” ujarku pada teman-teman.
“Ok bos! Nanti biar kau sorang je kena sounds dengan cikgu katik tu… Jom Za!”
Di kaunter minuman...
“Mak Cik, bagi segelas teh ais!” ujar seorang pengawas.
Mak aihh…pengawas pun baru nak beli air time-time tengah nazak ni… biar betul! Mmm…tak pe kot kalau dia yang beli, yelah pengawas katakan…mesti cikgu sayang! Eh.. aku pun kena cepat gak ni karang bising pulak si Budin Katik tuh…
“Mak Cik, air sirap satu!” ujarku sambil menyeluk saku mencari syilling 50 sen…
Alamak! Mana pulak duit 50 sen nih…Aku mula menjadi cemas… aku pusing kiri, aku pusing kanan… adoiiii!!! IBU….dompet alang tertinggal! Tulah, pagi tadi seronok terlebih sebab dapat bekal, terus lupa dompet buruk aku tuh…urwahhhhhh ni yang nak menangis nih…
Dalam pada tu, aku perasan ada sepasang mata yang memerhati gelagat aku yang sangat gelisah macam cacing kepanasan… arhhh…peduli sama dia…sekarang ni yang penting macam mana nak bayar duit air yang aku kira air ‘super’ murah yang ada dijual kat kantin nih…
“Nah air teh ais kamu!” ujar Mak Cik tersebut sambil memberi wang kembalian sebanyak 50 sen kepada pengawas yang aku tak nampak wajahnya sebab aku berdiri di belakang si pengawas tu…
Ting! Ting! Ting! Bergolek lah duit syilling 50 sen dihadapan aku!
“Aikkk…duit sape plak ni?! Ni, mesti duit si pengawas tu…mungkin dia nak cepat tu yang dia tak perasan duit 50 sen dia dah terjatuh” aku membuat rumusan sendiri.
“Eh…Eh… kau yang berdiri tegak, yang pakai uniform pengawas! Berhenti!!!” tika itu si pengawas masih membelakangi aku… aku terus bergegas mendapatkannya…
“Encik pengawas! Ni, duit kau 50 sen! Tadi terjatuh, masa kau kat kaunter minuman!” ujarku sambil menghulurkan sekeping syilling 50 sen ke arahnya…
Sebaik sahaja si pengawas tersebut memalingkan badanya ke arah ku, tiba-tiba aku merasakan rahang aku ni terjatuh…(means mulut aku jadi ternganga) kerana kaget melihat yang empunya diri…
Ye saya!
“Owh, Encik Ketua Pengawas rupanya… ni duit awak terjatuh tadi!”
“Ye ke??? Eh, tak pe lah, awak amik jer Amni… saya tahu awak perlukan duit tu… selamat membeli ye… Saya ada hal ni, saya pergi dulu!” ujarnya pantas sambil melambaikan tangan ke arahku dan menghadiakan aku senyuman yang paling bersinar…
“Terima kasih Encik KP! Nanti saya pulangkan balik duit tuh!” jeritku dengan harapan dia mendengarnya… aku melihat dari jauh dia sekadar mengangguk-anggukan kepala, tanda bersetuju… hai bertuahnya badan, aku dapat jumpa orang yang pemurah hari ni…
Seusai itu, aku terus bergegas ke kaunter minuman untuk menuntut air sirap yang aku pesan tadi… Tidak sampai 5 saat, aku di kaunter minuman tersebut…ada sepasang tangan yang menyambar minuman ‘super’ murah aku tu…aku bengang! Tu minuman aku pesan la zirafah oiii! Hish…ni tak boleh jadi ni, dia pun pakai “TEKNIK RAMPASAN 5 SAAT”… Aku ingat aku sorang je pakai jurus 5 saat ni…rupa-rupanya ade yang nak lawan dengan aku…
p/s: siapakah yang bakal menjadi lawan si AM dengan mengunakan jurus 5 SAAT??? nantikan part yang seterusnya...
Kak Yaya dan aku masih lagi dalam mode terkezut dengan kejadian yang belaku dalam sekelip mata tadi…
Pada ketika itu juga, kedengaran bunyi loceng di pintu masuk hadapan yang menandakan ada orang yang memasuki CZ… Aku dan Kak Yaya saling berpandangan. Fuhh nasib baik! Ingatkan geng MIB tu lagi, rupa-rupanya seorang pemuda yang bersuit blueblack masuk ke dalam CZ. Eh…jap…jap…tunggu seminit! Uikkss…aku rasa ni macam uniform pengawas sekolah aku ni! Hemm…betul lah tu tak dapat disangkal lagi, pengawas sekolah aku lah tu…
“Kak Yaya, bagi sedozen cream puff! Cepat eh! Orang ada hal ni!” ujar si mamat pengawas sambil tertoleh-toleh melihat pintu depan CZ…hai macam wanted je mamat ni… tah..tah dia kot yang jadi alien yang geng MIB cari tu!
“Sorry, cream puff ni ada setengah dozen je lagi..”ujar Kak Yaya.
“La mane pulak lagi setengah dozen tu?!”
“Tu…Tu ade kat situ” beritahu Kak Yaya kepada si mamat pengawas sambil jari telunjuknya yang runcing itu menghala ke arah aku! Hah…sudah! Mampus lah aku!
Belum sempat, aku nak mengorak langkah beribu-ribu batu sambil tangan menjinjit beg plastic berisi setengah dozen cream puff, terasa beg sekolah aku ditarik-tarik!
“Weih, apa ni main tarik-tarik! Beg aku ni mahal tau!” marahku pada mamat pengawas tu…
Dalam hati, ‘walaupun beg ni turun-temurun dari zaman along…hem nak jimat punya pasal, aku dah ubah suai dah beg ni jadi macam beg baru! Aku jahit sulam sikit, lepas tu tambah butang-butang terpakai…tu yang jadi valuable tu. My artwork piece! Aku buat modification tu pun sampai 3 hari aku puasa tau sebab nak beli benang berbagai pakai duit lorh! Huh~’
“Weih, budak KECIK! Kasilah aku setengah dozen cream puff kau tu! Aku bayar dua kali ganda dari harga asal, amacam?!” haik..bunyi cam desperate jer…tapi
Hemm… ape eh aku nak panggil mamat pengawas ni?! Hah! Idea dah datang!
“Woi budak GALAH! Ade hati kau buli budak kecik macam aku ni! Report Cikgu Budin kang baru kau tahu! Pengawas pe benda buli orang! Eh..kau tau tak, aku dah seminggu ikat perut tau sebab nak beli setengah dozen cream puff kat CZ ni… kau pe tahu! Senang-senang je redah masuk CZ, pastu mintak-mintak cream puff yang aku beli ni…ape kes?!” semburku pada mamat pengawas yang perangai pun ala-ala mawas je aku tengok!
“Weih, aku bukan mintak free…aku bayarlah! Macam tu pun nak berkira ke??? Besok-besok pun kau boleh beli lain cream puff tu!”
“Eh…budak galah ni… sorry sikit eh! Dah aku kata tak boleh…tak boleh le namanye…takkan tak paham kot…kang aku cakap bahasa arab kang lagi kau tak paham!” Cis, nak berebut cream puff dengan aku sorry la..no chance! Aku gila punya siot mogok lapar kat sekolah sampai seminggu, kau pulak senang-senang datang nak kebas aku punya cream puff phew!~
“Emmm..tak pe lah, tak mati ke bulur pun kalau aku tak dapat setengah dozen cream puff kau tu…lain lah kau kan...mane de duit nak beli tu semua… agaknya tunggu ujung bulan baru dapat rasa cream puff tu… kesian aku tengok! Tak pe lah, aku kasi chance lah untuk budak kecik macam kau ni! Kak Yaya, bungkus je lah cream puff yang ada tu! Cepat sikit tau karang ada yang jadi udang bakar ni!” sindirnya sinis.
Aku terus terdiam! Tanpa sebarang kata! Barang kali apa yg dicakapkan pengawas@mawas tu betul lah… Sementara tu, Kak Yaya segera membungkuskan pesanan si mawas kerek tu… Setelah beg plastic bertukar tangan, budak galah tu pun berlalu pergi dengan tergesa-gesa…
“GEDEBUK!!!” Aikk… cam buah nangka busuk jatuh je… Owh rupa-rupanya si budak galah tu tersadung kaki kerusi. Seraya dengan itu, cream puff yang dibelinya terjatuh ke lantai. Aku pulak ape lagi tergelak besar le melihat adegan lucu di depan mata. Hahahahahaha! Mau gegar CZ ni gara-gara gelak ketawa aku. Tapi aku ada perasan sesuatu lah… budak galah tu tak sampai
Aiikkk… takkan la dia pun pakai prinsip tu??? Prinsip “PERATURAN 5 SAAT”?!!!!!
Ishk…ishk..ishk..nampak je kaya tapi kedekut rupanya.. eh tapi kalau aku pun, aku akan kutip balik selagi benda yang jatuh tu, aku dapat kutip dlm masa kurang dari 5 saat! Rezeki tu… tak baik membazir…Alah jatuh kejap je kat lantai bukan bermakna dah kotor
* * * *
Pada suatu pagi yang hening, kedengaran kicauan burung-burung keluar mencari rezeki, deruman enjin kereta di jalanan yang menyumbang kepada pencemaran…huhuhuhuhu pe benda la yang aku nak describe nih… Actually pagi ni ialah pagi yang best, ceria seindah suria! Heheheheh… seronok giler aku ke sekolah walaupun aku jalan kaki jerk…mana taknya, hari ni first time ibu bagi aku bekal nasi goreng! Waaaaaa… terharu lah…. Ibu, alang sayang ibu!!!! Yang menambahkan kegumbiraan aku pagi ni, sebab kejap lagi kelas pertama start dengan subjek kimia. Subjek yang paling aku minat tuh! Lepas tu pulak sambung dengan subjek sejarah. Pergh…subjek sejarah la antara subjek yang paling aku skor dalam exam. Hihihihihih… kadang-kadang aku pun pelik kenapa aku suka subjek sejarah, sedangkan kawan-kawan sekelas buat tahi mata jer time tu… diorang kata subjek ni ubat tidur yang paling mujarab dalam sejarah perubatan DUNIA! Huh?! Apa-apa pun, pagi ni ialah pagi terindah aku… macam nak catat dalam diari jer…huhuhuhhuu~
Yes! Lebih kurang 200 meter lagi dari pintu pagar utama sekolah, Amni Fariha akan mencatakan rekod baru dalam sejarah hidup ni… tak pernah-pernah aku dapat sampai ke sekolah tepat pukul 7 pagi ni… selalu paling awal pun dalam pukul 7.15 je… Hip..hip..horey! satu rekod baru dicatat heh! Hish aku rasa macam nak buat dokumentari HARI INI DALAM SEJARAH lah, lepas tu hantar kat RTM…
Tanpa aku sedari, sepasang mata aku yang bundar ni menangkap sesuatu?!
‘Eh..apasal kereta BMW 8 series tu berhenti kat tepi semak tu? Ini mencurigkan ni… tah..tah.. ada komplot penculikan!!! Yelah, kereta dah cun dah kaler hitam, lepas tu cermin dia tinted lagi! So, tinggal tunggu mangsa untuk dicekup!!! Nak diikutkan, sekolah aku ni memang banyak anak-anak “lord” belajar kat sini… Contohnya, KP aku tu, hari-hari datang sekolah naik DUCATI merah dia tu…tahulah dia tu kaya, tapi janganlah menunjuk pulak… Aisyeh, tapi smart jugak KP tu… kadang-kadang cair jugak aku menengoknya…adoyai!!!’ aku mula memasang teori dan andaian yang bukan-bukan…
“Hurm… sepanjang aku sekolah kat sini dekat 4 tahun dah, tak pernah terserempak pun dengan kereta mewah tepi semak cam gitu…Agaknya, hari ni aku ‘terawal’ sangat ke sekolah…tapi ini kes yang mencurigakan ni..tak boleh dibiarkan, kena report kat pak cik misai@pak guard sekolah ni” ujarku pada diri sendiri. Pada masa yang sama, mata aku masih lagi terpaku pada kereta BMW 8 series tuh! Dalam hati, ‘hai…jadi detective conan lah aku hari ni…hikhikhikhikhik’
Namun belum sempat kakiku melangkah menuju ke pondok kecil pak cik misai tu, muncul sekujur tubuh daripada ‘seat’ belakang kereta mewah tu…tak berkelip mata aku melihat makhluk yang keluar dari kereta BMW tuh….
p/s: agaknya siapakah makhluk Allah yang keluar dari kereta BMW tu??? dan apakah yang bakal terjadi pada AM??? nantikan part seterusnya!
Hai! Nama aku Amni Fariha. Umur 17 tahun. Sekolah di SMK Maju Bestari. Eh…chup..chup.. ni nak bagi biodata ke nak buat biografi ni… ok2! Aku tinggal dalam famili yang agak ramai semuanya 7 orang termasuk 5 adik beradik dan ditambah abah dengan ibu. Ramaikan?! Bertambah sadisnya lagi, 7 orang kami ni bersempit dan bersesak macam ikan sardine dlm tin tu kat sebuah rumah flat 12 tingkat. Bayangkan rumah aku di tingkat yg ke-6, hari-hari pergi sekolah turun dari tingkat enam tu… mak aih…kira nak jejak kaki ke tanah tu berpeluh juga. Sebenarnya bukan tak ada ‘lift’ flat ni cuma bila pagi2 je, ‘lift’ tu akan sesak dgn orang yg nak berangkat ke tempat kerja, mak cik-makcik yang nak ke pasar, budak-budak kecik nak ke sekolah dan macam-macam lagi lah… oleh itu, daripada aku tunggu ‘lift’ yang entah bila ada kosong tu, baik aku pakai dua kaki yang dikurniakan Allah ni… boleh ‘exercise’ sikit… hidup pun sihat je… tak berpenyakit… hehehheeheh…
“Ibu, along dah kena pegi ni, karang masuk lambat lecturer denda lagi!” ujar Along.
Hah, yang tu along aku, nama dia Rizal tapi panggil Ijad. Dia nie kira tak banyak cakap lah, tapi sekali dia naik darah…mak aihh gunung berapi pun boleh kalah!
“Bu, Bah! Angah pun kena gerak dulu! Tak sempat pulak nak kejar bas tu nanti!”
Ok yang ni pulak, Ziyad merangkap angah aku! Dia ni stylo and cool! Tapi satu hal yg paling menyampah pasal angah, dia ni kaki bodek dengan kaki sakat. Sekali dia bodek ibu dengan abah, bertambah-tambah lah duit belanja yang dia dapat. Hish…geram betol aku dengan orang mulut manis daripada gula macam angah ni!
“Zizie! Zizie! Pergi ambil bekal tu! Hari ni ibu buatkan roti telur untuk Zizie! Sedap tau!”
Hemm… Zizie ni pulak adik aku yang berumur 9 tahun. Dia ni amatlah baik tapi aku geram tahap gaban jugak dengan dia. Mana taknya, hari-hari angkut bekal pegi sekolah. Aku?! Hem… jangan harap! Tak de hari ibu nak buat cam gitu. Katanya aku dah besar, tua
“Bah! Bu! Alang cam ne??? Duit belanja untuk bulan ni???” soalku pada abah yang sedang bergegas nak ke tempat kerja manakala ibu pulak sedang sibuk melayan si kecil Aliff yang baru berusia 3 tahun.
“Am, abah minta maaf ye! Abah terpaksa kurangkan duit belanja Am…sebab bulan ni belanja isi rumah dah bertambah bila along pindah semula ke rumah. So, ibu dengan abah boleh kasi RM 50 je untuk bulan ni. Alang tak pe ke?” ujar abah dengan penuh kelembutan. Aisyeh…ni yang tak jadi meletup ni, tengok muka kesian abah tu… Aku tahu abah dengan ibu bekerja teruk nak menyara hidup kami anak beranak...kalau boleh semua kebutuhan anak-anak, mereka nak penuhi. Tapi kadang-kadang tu terpaksa juga mengalah atas desakan sara hidup yang tinggi…
“Mmmm…tak pe lah bah! Alang
‘Hish…along ni! Elok-elok je kau duduk kat hostel kampus tu, tetiba menempel balik kat rumah flat yang 2, 3 tahun lagi nak runtuh ni apasal! Gara-gara kau tau duit belanja aku bulan ni kena potong! Huhuhuhuhuuhu… apa lah nasib aku ni! Agaknya nasib batu kot selalu je tenggelam! Bila masa lah aku nak jadi sabut nih?!’ getus aku dalam hati.
Sambil-sambil aku berjalan kaki ke sekolah, sempat lagi aku buat belanjawan hidup untuk bulan ni…
“Hem…setelah dicampur,ditolak,didarab dan dibahagi, sehari ke sekolah aku akan bawa RM 2.50! Errkk…ciputnya! Kira cukup makan je nih. Kalau ada kelas petang ni sah tak cukup. Tak pe aku kena pandai jimat sikit, nanti baru senang hidup! Apa orang kata tu, ‘berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’ Aiceh, terernya aku siap boleh bagi peribahasa lagi…Cikgu Zuraida mesti bangga dengan aku. Hehehehehehhe! Ikut pakar ekonomi yakni aku sendiri, aku dah kira untung sangat, sebab aku ke sekolah jalan kaki atau kadang-kadang naik basikal je…Kalau tak, tolak tambang bas untuk seminggu, alamat makan pasir lah aku. Tak pun puasa penuh sebulan! So, ‘save’ sikit duit ni, plus aku dapat selamatkan dunia sebab aku bukan penyumbang kepada pencemaran! Hahahahah!
* * * *
“AM! Termenung panjang ni apasal eh?! Kalau ye nak lawan lumba ni, sah ikan-ikan termenung kat dalam laut tu kalah” ujar Zarith sambil menepuk bahuku dari belakang. Seusai Zarith melabukan punggungnya di sebelah aku…Hanani pulak menyusul.
“Eh, kau ada masalah ke? Ceritalah kat aku dengan Za!” sampuk Hanani atau lebih mesra dipanggil Nani.
“Tak delah Nani…aku sesaja je nak ajak ikan-ikan termenung tu berlumba dengan aku! Nak tengok siapa lagi hebat!” balasku selamber. Seraya dengan itu, meletuslah gelak ketawa tiga sahabat sehati sejiwa ni…
“Am, kau dah makan ke belum?” soal Zarith.
“Makan belum lagi tapi kalau minum dah! Hehehhehe gurau je… entah lah aku tak rasa lapar kot! Mungkin tadi aku sarapan kat rumah, tu yang kenyang sampai sekarang ni!” jawabku memberi alasan agar sahabat-sahabat terbaik aku ni tidak menghidu masalah kewangan aku ni.
Padahal kat rumah tadi, aku tak jamah apa-apa pun. Sengaja aku bagi tahu ibu jangan sediakan sarapan untuk aku sebab aku nak makan di sekolah saja…tapi sebenarnya aku nak ‘save’ makanan kat rumah aku tu… yelah along dengan angah ni kuat makan…katanya orang lelaki kena makan banyak baru ada tenaga! Habis tu orang perempuan tak yah makan lah ye?! So, automatic aku ni kira macam IRON LADY lah, sebab tak amik sarapan pun still bertenaga, jalan kaki dari rumah ke sekolah yang jaraknya 2 kilometer tu…
“Am, Za! Jomlah masuk kelas! Lonceng dah bunyi tu! Karang ada yang kena sound lagi dengan Ketua Pengawas (KP) senget tuh!” ajakan Nani menyebabkan aku kembali ke dunia nyata!
“Eh…jap…jap! KP tu aku tengok ok je dia berdiri. Straight macam tiang bendera kat Dataran 2020 tu… tak de senget pun! Nak kata tempang jauh sekali!” balasku
“Eh…kau ni
* * * *
Tamat je waktu persekolahan, aku akan ke suatu tempat yang menjadi favorite aku selepas sekolah. Aku selalu ke CZ Pastry&Bakery. Sebab apa eh? Kerja? Taklah, aku bukan kerja kat situ tapi teruja la tengok roti, puff, bun, cake and so on yang ada di jual kat situ. Terliur aku dibuatnya! Nak..nak lagi dapat tengok pastry dengan cake kegemaran aku, cream puff dengan blueberry cheese cake!Orang kata apa, kalau tak dapat makan, dapat tengok dan dapat bau pun kira oklah tu… yelah mana taknya, kalau nak membeli pastry kat situ alamatnya tak makanlah aku seminggu. Harganya bagi golongan yang mampu memang berpatutan tapi bagi orang macam aku ni agak mahal la…
‘Agaknya bila lah aku dapat merasa makanan favorite aku tu… hurmmm...kalau aku berjimat seminggu dua ni dapatlah merasa cream puff terhebat tuh! Aaahhhh…bestnyer!’ aku bermonolong sendirian.
Sedang aku leka memerhatikan ‘pastries’ yang ada di CZ tu dari luar kedai, tetiba terasa bahuku dilanggar kasar oleh sesorang!
p/s: nak tau pe jadi seterusnya... siapa yang melanggar watak utama SI AM ni??? elok lah tunggu sambungan yang akan datang...
for example, kisah bilal dengan sorang jemaah masjid! cerita ni mmg benar2 terjadi... al-kisahnya, suatu hari pada solat Jumaat, datang sorang bilal ni nak buat mic testing... dia pun berdehem-dehem nak test mic tu ok ke tak... yelah karang tiup mic tu rosak pulak... jadi dia pun berdehem je... alik2 ada sorang jemaah ni, mmg hebat lah... mengamalkan prinsip "kullu haq walau kanna murran!" selamber je sounds si bilal tu... kalau tak silap aku, lebih kurang macam ni lah dia ckp:
"la pasaipa pi ber ehem...ehem...kat mic tu...org kata la, testing2 ke... mic testing ke...1,2,3 test2! ni dok ehem..ehem..."
(actually cerita ni ayah aku yang cerita tau)