Saturday, November 7, 2009

wargh....finally!

alhamdulillah finally aku dapat post something kat blog ni... rasanya dah lama tak jenguk blog yang entah apa2 ni...hihhihhihi aku harap my family read my blog... so that, diorg blh update pasal aku ASAP...tapi tu lah tak semua benda sempat aku ceritakan dlm blog ni... mana tak nya guna broadband kena gilir2... so tak leh update blog selalu...tu pasal la sekali update terus post 2 or 3 entry sekali gus... huhhuhuhuhh anyway i'm really fine rite here in Egypt! banyak benda aku belajar kat sini tapi the most important thing yang senior2 ajar ialah "tajdid niat"... fuh dalam maknanya tu... aku harap lepas ni aku dapat tulis sesuatu yang lebih matang dan berilmiah dlm blog ni sbg tazkirah pada diri sendiri, Insya Allah! to all my family and friends in malaysia, i always miss u guys! pray 4 me!

ragam kehidupan di ardhu kinanah!

Ragam di bumi nabi Musa A.S…

Banyak benar perkara yang melucukan berlaku selama sebulan aku tinggal di sini… agaknya sementara nak biasakan diri di bumi barakah ini…banyak pengalaman perlu dikutip….

Salah satu ragam yang takkan lari dlm kehidupan setiap pelajar di Mesir ni ialah pengalaman menaiki kenderaan pengangkutan awam…tak kisah lah sama ada naik teksi, tremco mahupun bas…

Ahhh…setiap kali naik kenderaan awam ni ada saja perkara yang tak disangka berlaku… terutama semasa nak pergi ke kuliah dan pulang dari kuliah… antara pengalaman yang teruk sepanjang hidup selama sebulan di sini ialah tambang teksi yang sgt mahal yakni 10 Genih dari kuliah ke rumah… geram betul dgn pak cik teksi tu… org ckp 5 Genih je… dia hentam nak 10 genih jgk…heh geram tahap gaban ni… tapi disebabkan tak nak bertegang urat, aku pun hulur jugak not 10 genih tu tanpa kerelaan… huhuhuhuhuh sedihnyer duit dah la nak kering… biasiswa pulak tak masuk2 lagi…so dlm mode berjimat yg sgt sadis skang ni…ishk pak cik teksi ni mmg bernasib baik hari tu, kalau tak… tak tahulah apa jadi hehehehhe…. Hem…disebabkan pengalaman tambang 10 Genih ni buatkan aku serik nak naik teksi… biar tunggu lama tak pe depan kuliah semata-mata nak dapat tremco jugak2… serik betul nak naik teksi…

Namun di sebalik yang pahit mesti ada yang maniskan??? Well, tak semua org Mesir ni tak baik ada je yang baik…may be korang belum jumpa lagi hehhehehehe tapi aku dah jumpa… pengalaman naik teksi jugak…. Masa tu aku dgn sorg ukhti ni dari souq thamin nak balik rumah la… Alhamdulillah cepat je dapat teksi ni...dahlah barang2 banyak, dah tu sampai tak cukup jari nak pegang plastic bag tu… naik je teksi tu, nampaklah pak cik teksi mcm baik je…muka bersih je… tekaan aku tu mmg betul pak cik teksi tu baik sgt… kiranya aku dgn ukhti tu sempat dgr dia bagi tazkirah dlm teksi…siap dgn dalil ayat al-quran dgn hadis lagi…hebat kan??? Bertuah betul naik teksi pak cik tu…aku pun smpt jugak berbual dgn pak cik tu… katanya dia pernah belajar dgn syeikh2 di al-azhar dan dia tinggal kat Giza..kiranya dlm 30 minit dari Nasr City…masa dah sampai kat rumah , dah nak turun teksi ni, dia sempat lagi pesan agar aku dgn ukhti tu doakan dia…pada masa yang sama pun aku minta dia doakan utk kitaorg… dia pun sempat bagi tahu nama…kalau tak silap aku nama dia Syarif kot…Insya Allah ammu Syarif, aku akan doakan kesejahteraan ammu!

Dalam kemanisan pengalaman tu mesti ada terselit kelucuan kan??? Ni nak cerita pasal ragam pada pagi hari nak ke kuliah… ada satu hari tu aku dan sahabat2 lain kejar bas nak ke kuliah, sambil menjerit “istanna” dari kejauhan agar sahabat yang sudah menaiki bas tersebut mendengar dan dapat memberhentikan bas tersebut agar kitorg dpt naik bas tu… tapi apakan daya tak de rezeki hari tu… terlepas la bas tu… aku dgn kawan yang lain pun naik bas yang seterusnya…yang menghairankan aku, bas kitorg naik tu smpai dulu drpd bas yg kitaorg terlepas tadi… bila turun je depan kuliah tu, Nampak lah sahabat yang naik bas awal tu masih berjalan kaki menghampiri kami….lucunya sebab kitaorg tunggu lama jgk nak dpt bas kat mahatah tadi…alih2 kitaorg smpai dulu drpd sahabat2 yang naik bas awal tu…hehehheheee…

ada lagi satu cerita pasal bas di pagi hari jugak… time tu dah pukul 8.30 pg…kiranya dah lewat jgk nak ke kuliah… aku dan sahabat2 setia menunggu bas kat bawah pokok sebelah mahatah tu… kat mahatah tu pulak adalah ustaz dlm 2,3 org… selang beberapa minit muncul sebuah bas bernombor 2 jim tak silap aku… aku dgn sahabat2 dah teragak-agak nak naik bas tu…dan kitaorg pun tak tahan la bas tu…tapi ustaz yg tunggu kat mahatah tu cam yakin je tahan bas tu dan terus naik… kitorg yang akhowat ni apa lagi kejarlah bas tu dah ustaz2 naik mestilah bas ni nak menghala ke kuliah… tapi dlm perjalanan tu lain pulak ceritanya…sbnrnya bas yg kitorg naik tu bukan nak menghala ke kuliah kitaorg tapi nak pergi sabiek…mujurlah bas tu sempat berhenti dan kitorg pun turun ramai2… nak diikutkan tempat yang kitaorg turun tu dari kuliah agak jauh jgk…yang angkatan ustaz tak tahulah apa cerita, macm diorg nak berjalan kaki je ke kuliah…kitaorg yg akhowat ni mmg bercadang nak naik teksi je…alih2 tremco je yang datang…Alhamdulillah! Time dlm tremco tu perasan jgk ustaz2 tu berjalan nak ke kuliah… tapi lepas tu tak tahulah pulak diorg naik teksi ataupun istiqomah berjalan kaki ke kuliah… wallahhua’lam! Alhamdulillah aku dan sahabat sempat sampai kuliah on time dgn tremco…so tambang utk pagi tu shj dah 1 genih…waaaaa…selalu naik bas direct dari mahatah ke kuliah nus(0.50 genih) je… time nak berjimat ni ada saja ujiannya….tak pe lah sabar je…Allah sentiasa bersama org yang sabarkan???Insya Allah!

Skang ni nak cerita pulak ttg gelagat nak balik rumah dari kuliah…disebabkan dah serik nak naik teksi, aku dan sahabat ni tunggu je bas atau tremco yang datang…lebih kurang setengah jam jgk tunggu… baru ada tremconya… kebetulan pulak ada 3 org ustaz naik tremco yang sama… time nak bayar tambang tremco tu…ustaz hulurkan duit 5 Genih utk 3 org…mak aih besarnya duit…agaknya tak de fakah(duit kecik) kot…last2 aku yang pening dgn baki tambang tremco tu…aku tak perasan pak cik tremco tu bagi 2.75 Genih je…sepatutnya baki 3.50 Genih…aku ni pun jenis yang malas nak pikir banyak2 terutamanya dlm kenderaan awam ni, aku pun hulurkan jelah bakinya… tapi bila dah turun dari tremco tu baru otak ni berjalan sikit, then baru aku tanya sahabat 2yang lain sepatutnya duit baki utk ustaz tu berapa…sbbnya aku fikir mesti ustaz tu pun dlm mode berjimat jgk… at last baru aku tau, baki duit tu tak cukup…kesiannya…disebabkan rasa mcm bersalah sbb aku tak kira betul2 baki masa atas tremco tu, aku pun ingat nak bayarkan baki yang tak cukup tu untuk ustaz tu… time tu kebetulan ustaz tu berjalan belakang kitorg, kitorg pun sempat tahan dan tanya baki sepatutnya ustaz tu dapat…aku ni lemah sikit bab kira2 ni…tambah time kalut2, jadi otak pun cam malas nak bergerak…agaknya ustaz tu pun malas nak berkira-kira dia pun ckp la tak cukup nus(0.50 genih) lagi… aku pun yg malas nak kira jgk bagi nus je…langsai terus kiranya… lps tu kitorg pergi aulad beli barang sikit…dlm masa tu aku still terfikir, betul ke balance yang tak cukup tu nus…pikir punya pikir…sampai rumah senang cerita aku tekan je papan kalkulator dlm handset tu…and finally I found that baki yang tak cukup tu 0.75 genih…tapi aku bayar nus je…kiranya aku terkurang bayar rubu’k(0.25 genih) kat ustaz tu…

(dlm hati: alah kira halal lah ye ustaz….tapi kalau ustaz tak nak halalkan pun boleh je mintak lagi rubu’k tu…aku boleh bayarkan…huhuuhhuuh…)

dalam masa yang sama aku berharap la lepas ni aku tak nak amik mudah bab tambang ni sbbnya ni melibatkan duit org…lps ni aku akan lebih berhati-hati dan peka dengan bayaran dan baki tambang ni…kejadian ni buatkan aku sedar betapa bernilainya wang tu walaupun rubu’k…Ya Allah berikanlah aku petunjuk dan hidayah-Mu daripada setiap apa yang berlaku dlm kehidupan ku saban hari! Moga dipermudahkan perjalanan hidupku dan para sahabat di bumi kinanah ini! Insya Allah!

bahagia ke???

Bahagianya….
Tanpa aku sedari sudah sebulan aku di bumi anbiya’…jauh dari rumah ,keluarga dan tanah air demi secangkir ilmu! Sudah hampir 3 minggu juga kuliahku bermula… betapa kerdilnya aku berbanding sahabat2 yang lain…sungguh aku mula merasakan kelazatan dlm berukhuwah…susah bertukar senang, sedih bertukar gembira, malas bertukar rajin…ahhh …enaknya ukhuwah fillah! Sahabat terima kasih kerana banyak membantu diri ini yang serba lemah lagi tak terdaya…

Arghh…kesibukan kuliah menyesakkan hati dan minda, ilmu yang dicurah bagaikan dicurah ke ladang gandum yang gersang…penuh harapan ladang gandum memberikan hasil… ‘subahanallah’….satu kata yang pingin aku ungkapkan apabila setiap kali berada di dewan kuliah bersama doktor2 yang sangat baik…walaupun diri ini masih lagi terkapai-kapai dlm lautan ilmu dgn bahasa yang sgt asing dari kehidupan harian, namun akan aku berusaha berenang-renang sehingga ke tepian…Insya Allah, kelak aku kan berjaya tiba di tebing kejayaan… doktor2, kalian sgt aku segani, ayat2 al-quran dan hadis nabawiyah sering menjadi santapan utama di kuliah, penguasaan bahasa kalian sgt aku kagumi dan usaha kalian mendidik si buta lagi pekak ini sgt aku hargai…Moga Allah sahajalah yang mampu membalas jasa dan kebaikan kalian…

Huh, family?! Ayah, umi, along, adan dgn adik2…korang sering mengisi benak angah… angah rindu sgt dgn korang… jarak yang memisahkan kita…namun hati ini sentiasa berada dekat dgn korang…bohong kiranya angah katakan angah tak pernah menangis…sejak minggu pertama lagi, bumi kinanah ini menyaksikan butir-butir mutiara mengalir bak sungai nil acapkali malam menjelma….kerinduan ini sgt tidak tertanggung… kalian telah menjadi sebhagian hidup angah…ibarat hati angah hilang separuh drpdnya… namun apakan daya, demi secebis ilmu, angah kena kuat dan tabah… doa2 kalian lah buat angah terus tegar hidup di bumi Mesir… Korang janganlah risaukan angah…Insya Allah, angah hidup baik-baik di sini… Insya Allah, Allah akn menjaga angah di sini…
Ditarbiah Allah… hemm…hidup di Mesir, banyak buatkan aku sentiasa bergantung kpd Allah, banyak buatkan aku sentiasa dekat dgn Allah, banyak buatkan aku sentiasa bersangka baik dgn Allah… arhhh… manisnya apabila hidup dlm tarbiah Allah…Allah berfirman :

[2]
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(al-ankabut:ayat 2)

Ujian demi ujian, buatkan diri ini seringkali teruji…baik dgn hawa nafsunya mahupun dengan musuh yang nyata bagi anak adam… Namun ujian2-Nya, tanda itu tarbiah dari Allah, tanda itu kasih sayang dari Allah, tanda itu hidayah dari Allah…aku yakin ujian itu mampu aku harungi kerana Alla berfirman dalam ayat-Nya,

[286]
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(al-baqarah:ayat 286)

Ya Allah, Kau permudahkanlah perjalanan hidupku sebagai seorang musafir ilmu di bumi-Mu…Kau jadikanlah aku sebahagian sibghallah yakni sebahagian drpd celupan-Mu!

Sunday, October 11, 2009

Peraturan 5 Saat (5)

SAMBUNGAN.....

“Mak cik, kenapa mak cik bagi air sirap saya kat dia ni?” jari telunjukku menghala ke arah orang yang berada di sebelah aku ni…


“La, mak cik ingat kamu dah tak mahu dah air sirap tu, sebab tadi kamu lari jumpa kawan kamu tu…hah, pasal tu la mak cik bagi air sirap kat anak ni?” ujar mak cik tu penuh lemah lembut…


Ala, mak cik saya yang order dulu air tu!” rungutku hampa.


“Macam ni lah, apa kata kamu amik jer air lain ni hah, air sirap tu memang tinggal segelas tu sahaja…kamu bagi je lah kat anak ni…lagipun, kat sini masih ada air oren, air anggur dengan air strawberry, kamu nak yang mana satu?”


Alah air-air yang mak cik tu sebut suma air bergas dan harganya seringgit lima puluh sen…lagi pula aku cuma ada 50 sen je…masih lagi bingung dengan pilihan tersebut…ataupun aku buat idea gila sikit, mintak hutang dulu dengan mak cik nih…heheheheh pandai gak aku nih…


“Mak cik, bagi jer air strawberry tu… saya bayarkan untuk dia!” tidak semena-mena budak sebelah aku ni nak belanja aku minum pulak…


“Eh, tak pe lah mak cik saya, tak jadi beli air lah…”ujarku kembali menolak pelawaan yang entah-entah punya maksud tersendiri…


“Kamu ni, tak baik tau ada orang nak belanja..tak nak pulak…rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari!” ujar mak cik tu dengan menghulurkan aku segelas air strawberry…


Ishk…nak sambut ke tak nih… aarhh.. sapu je!


“Terima kasih mak cik!” Ujarku tanda menghormati pemberian orang…


“Apa pula terima kasih kat mak cik, ni hah terima kasih kat anak ni!” mak cik tu menghadiakan segaris senyuman buat budak berhati murni di sebelah aku ni…


Alah aku tak tau nama budak ni pulak, dah tu berdiri sebelah aku mana nak nampak tanda nama tu…nak panggil apa eh?! Mengikut ciri-ciri fizikal dia ni, hah! Tetiba je mentol kat otak aku ni menyala….


“Terima kasih ye cik zirafah! Bantuan anda sangat dihargai! Moga Allah murahkan rezeki dan…dipanj..” belum sempat aku menghabiskan ayat terakhir tu… telinga aku menangkap suatu bisikan yang memang sah ditujukan untuk aku.


“Sama-sama kasih! Kita seri 1 sama! Kau dapat cream puff tu, aku pulak dapat air sirap! Pasal duit air tu kau takyah bimbang lah, aku ikhlas besedekah kepada yang memerlukan!” sindirnya dan berlalu pergi tanpa pamit. Sempat juga dia hadiahkan senyum sumbingnya tu kat aku…


Erkkk! What?!!! Budak Zirafah ni ialah orang yang sama dengan budak mata 4@budak galah@si pengawas kerek@ mawas jadian!???? Aku terpinga-pinga seketika, sebelum deringan lonceng yang menandakan waktu rehat dah tamat meletakkan aku di dunia yang nyata! Huh~~ ape nasib badan?! Asyik-asyik terserempak jer dengan si budak mata 4 tuh….tak de manusia lain ke aku nak jumpa nih… haih..lama-lama boleh rabun aku tengok muka dia, tak pun boleh jadi rosak koklea aku ni…asyik dengar sindiran sinis dia tuh…mungkin jugak aku boleh jadi bisu, mana taknya asyik jumpa je bertikam lidah….silap haribulan boleh tekeluar anak tekak aku nih…adoyai!~


Hish…heran aku! Apasal lah aku selalu jer tak cam muka budak mata 4 tu… bila teserempak je mesti aku tak ingat muka dia…melainkan style dia betulkan cermin mata dia tu...baru aku kenal! Rasanya otak aku ni pun tak boleh save memory yang tak penting, macam muka dia yang sadis tuh! Tambah blurr lagi, nama dia pun aku tak tahu…sudahnya habis ku ciplak nama haiwan kat zoo tu buat gelaran untuk dia…

Hurmm… agaknya dia tu antara pengawas yang kurang fofular kat sekolah ni kot…tak pun dia ni jenis yang tak ambil tahu hal sekeliling…tu yang tak berapa menonjol dalam lembaga pengawas sekolah! Dasar pengawas biasa tapi berlagak nak mampus…blah ah weyh…!


Nampak gayanya aku kena jadi SHERELOCK HOLMES untuk menyelesaikan kes misteri budak mata 4. Perkara pertama yang harus aku lakukan adalah menyiasat profil budak mata 4. Tapi kan, kat mana aku boleh dapat info tentang dia??? Hush…takkan aku berani mati nak tanya kat kerani sekolah yang super garang tu… eiii tak sanggup aku! Dah tu takkan aku nak jadi spy, follow je dia sampai rumah…macam tak de kerja lain je nak buat! Itu kerja gila namanya!


“Oiiii… cik otak! Kau perahlah otak kau tu, kasi aku idea bernas sikit!” rungutku sambil menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal tu.


Tak sampai seminit aku dah menemukan jawapan untuk menyelesaikan kes ni! Entah kenapa tetiba jer bibirku mengukirkan satu senyuman kejam lagi sadis. Petanda buruk ni! Heheheheh…


Dalam aku merencanakan rancangan licik aku, tak semena-mena kedengaran satu suara bak halilintar menerjah koklea aku!


“AM!!! Apa yang kamu tercegat kat situ?! Kamu tahu tak kamu dah lewat 5 minit kelas saya!” tempik Cikgu Budin.


Hah?! Takkan la Cikgu Budin bermurah hati jemput aku sampai kat kantin nih! Hai parah tambah kritikal sama dengan ICU ni… Rasanya sampai boleh terkeluar pancreas aku dengar jeritan 500 amplitude si BUDIN KATIK ni! Tak sangka aku, dalam katik-katik, pun power gak!


“Erkk.. minta maaf cikgu! Saya ke kelas dulu! Nanti saya lagi lah berganda-ganda lewat masuk ke kelas cikgu!” segera aku mepersiap larian pecut 400 meter ke blok G, kelas 5 Magma. Aku harap aku sampai dulu daripada Cikgu Budin!


* * * *


“Intan! Kau sedar tak kau ni cantik, anggun, ayu, sopan santun, apa lagi eh?” pujiku pada Intan yang sedang mengemas mejanya yang agak berserabut dengan fail-fail lembaga pengawas sekolah!


“La, kau baru perasan ke yang aku ni cantik, anggun lagi ayu?! Kesian kau! Aku ni dah berabad dah perasan yang aku ni cantik, anggun lagi ayu!” balas Intan dan terkekeh-kekeh ketawanya…

Isk..mak cik ni, baru puji sikit dah kembang semangkuk!


“Kau ni kan Am, mesti ada udang disebalik batu ni! Tak de hujan, tak de rebut, tak de tsunami, tak de gempa bumi…tetiba je puji aku ni apa hal?!


“Aiikk…takkan nak puji kau, aku kena tunggu hujan, rebut, tsunami tu suma?!”


“Eeeiii…geramnya aku! Susah tau bercakap dengan orang loyar buruk macam kau ni! Maksud aku, kau ni mesti nak sesuatu dari aku kan?! Kalau tak, jangan harap kau nak puji aku melambung macam saham-saham kat BSKL(Bursa Saham Kuala Lumpur) tuh…”


“Sebenarnya aku ada hal sikit nak minta tolong dengan kau…rasa-rasanya boleh tak?”


“Tengok tu, betulkan ape yang aku cakap! Kau ni mesti ada apa-apa nih! Nak mintak tolong apa?”


“Kau, setiausaha lembaga pengawas sekolah kan?!”


“hem”


“Agakya, kau kenal tak seorang pengawas ni, dia pakai cermin mata, orangnya tinggi lampai, kulit putih, rambut dia ala-ala poyo sikit. Lepas tu mulut dia pot..pet..pot..pet. Dan dia ni macam sombong sikit lah!”


“Mak aiihh…detailnya! Jap eh aku cari dulu…” ujar Intan sambil meneliti buku yang mengandungi profil pengawas di SMK Maju Bestari ni…


Seminit…dua minit..telah berlalu


“Sorry lah, mengikut perincian kau beri…rasanya tiada dalam data lah”


“Eh, kau recheck balik! Mesti ada punya! Aku confirm dia tu pengawas!”


“Ishhh… takkan kau maksudkan dia ni kot?!” ujar Intan sambil jari telunjuknya yang runcing ditunjukkan pada sekeping gambar berukuran passport dalam buku profil pengawas sekolah.


p/s: siapakah si pengawas yang dimaksudkan Intan??? apakah akan berlaku antara AM dan budak misteri itu??? nantikan part yang seterusnya...


Sunday, October 4, 2009

Sambungan Bumi Kinanah Aku Jejaki...

ok sambung balik story yang lepas... sebenarnya banyak benda aku nak kongsi... tapi masa tak mengizinkan dan pengunaan broadband yang bergilir-gilir membuatkan aku menukilkan story2 yang benar2 penting shaja... walaupun aku ni mmg suka bercerita even the small things happens in my life... agaknya aku suka bercerita ni utk bebaskan diri drpd stress kot... heheheheh tu yang dok happy memanjang...

ok lah kita short cut kan beberapa cerita dan juga cerita ttg orientasi selama 3 hari anjuran PMUI (Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiyyah)...terus ke cerita jaulah sekitar Kaherah...

semasa pergi jaulah tu akhowat berjalan ikut musyrifah yang telah ditetapkan... kumpulan aku musrifahnya akak Aisyah dengan akak Farahin... tapi masa nak ke masjid azhar, kitorang suma pergi sekali cuma berpecah time nak pegi ke Hussien je... nak cakap pasal kenderaan dan jalan raya di sekitar kaherah sepertinya semua sudah maklum... rasa buang masa je...tapi aku nak jugak bercerita...aku berani katakan pemandu2 kenderaan di Mesir especially Kaherah patut diberi tabik spring..hehhehe...aku ertikan mereka menempa maut sebaik shaja tiba di jalanan... mana taknya, jalan-jalanya penuh berselirat dengan kenderaan baik dari kiri dan kanan mahupun dari depan dan belakang....fuh! sangat tidak sistematik! tambah pula tiada lampu isyarat yang bisa mengatur arah kenderaan ini...kalau pun ada hanya sebatang dua je... sudah lah berselirat dan kenderaan sesuka hati mencelah sana sini...ditambahnya lagi pencemaran bunyi yang memekakkan telingan dengan hon-hon yang sangat bingit!!! bersabarlah wahai hati2 sekalian....inilah gambaran realiti hidup di bumi Kaherah!

baik, cerita di masjid azhar pulak.... hemmmm...tidak dapat aku gambarkan perasaan yang melanda diri tika itu... rasa macam nak sujud syukur je kat situ tapi apakan daya, pada ketika itu keadaan diri yang tidak bersih membuatkan niat aku terbantut di situ... Insya Allah aku berpeluang lagi bersolat di Majid Azhar... keindahan masjid ini membuatkan aku terpaku dengan seni binanya di samping usianya yang tua, masih lagi tetap teguh berdiri di tengah-tengah kesibukan kota Kaherah ini... subhanallah! kebetulan juga di masjid azhar, kami bertemu dengan seorang akhi yang boleh berbahasa Melayu tapi berloghatkan indon?! macam mana tu ya...fikirlah sendiri... kami sempat berbual dan akhi tersebut memberitahu dia akan menyambung pelajarannya di Kuantan, Pahang pada tahun hadapan dlm kuliah tib (perubatan) Masya Allah! Semoga dia mendapat cerita-cerita yang baik ttg Malaysia... Sebelum kami mengundurkan diri, sempat lagi akhi tersebut memberi secara percuma buku doa dan zikir-zikir harian...Masya Allah! Murah rezeki betul orang Misr ni! benarlah kata orang bumi Misr ni kiblat ilmu...yakni ilmu boleh didapati di mana-mana shaja... Insya Allah!

oklah tutp cerita masjid azhar kita buka cerita di Hussien... sedikit info tentang Masjid Hussien, menurut musyrifah aku, dalam masjid tu adanya makam Imam Hussien cucu kepada Rasullulah...it's true or not, wallahua'lam! nak dijadikan cerita, ketika sahabat-sahabat bersolat di Masjid Hussien, aku diamanahkan untuk menjaga beg2 dan barang2 berharga para sahabat... namun atas kelalaian aku, aku ter'hilangkan' beg kecik akak arifah! tak dapat aku bayangkan betapa cemasnya hati ini...betapa berdebarnya perasaan ini.... pertama kali ke masjid hussien sudah buat hal... tambah pula dlm beg kecik akak arifah tu ada wang dan handset... tika itu, akak Aisyah selaku musyrifah masuk kembali ke dalam masjid mencari beg tersebut! Alhamdulillah beg kecik tu dijumpai...betapa bersyukurnya aku pada saat itu...aku juga sudah puas memohon maaf atas kealpaan aku kpd akak arifah! aku benar2 harap akak arifah maafkan aku atas kekhilafan yang tidak aku sengajakan! agaknya inilah pelajaran pertama yang aku dapat di bumi misr ni, agar sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga... Insya Allah tidak akan aku ulangi lagi kealpaan itu...

sudahnya bersolat zohor, it's time to shop at Hussien! kelakar juga bila berjalan-jalan di sekitar tempat beli-belah di Hussien...yelah setiap kami lalu ada saja perkataan dlm bahasa Melayu di sebut penjual-penjual di situ...cth: Jualan Murah, Harga Mahal, Jualan Percuma, dan sebagainya... yang kelakarnya, penjual-penjual tu tidak mengerti sepatah haram pun yang disebutnya...hahhahaha aku sempat lah memborang sedikit barangan di situ... Insya Allah lepas ni, aku akan kerap ke Hussien....

p/s: rasanya banyak lagi hendak aku nukilkan pengalaman2 baru di Kaherah ni, tapi masa sentiasa menghantui aku..huh! apa2pun, aku tetap aku meneruskan penulisan ini yang aku umpamakan catatan permata pada masa yang lain Insya Allah!

Monday, September 28, 2009

alkisah Misr!!!


wokeyh gambo kat atas ni namanya aruz mandi





3 gambo dia atas pasal sate ayam yang kami cucuk sama2 dengan akak senior... waktu first time sampai kat "Rumah AMANAH"


last but not least pix yang bawah ni gambo atas flight!!!
duduk sebelah kak in kat tepi tingkap....


p/s: Insya Allah, nanti lebih banyak gambar akan di uploadkan... buat masa ini masih tak sempat dan agak kalut sedikit... hehehhe...

Bumi Kinanah Aku Jejaki...

subahanallah! itulah perkataan pertama yang muncul dibibir setelah menjejakkan kaki di Bumi Misr pada 24 September, Khamis, 5.40 pg... tika itu, terlahir sebuah kekaguman pada diri yang kerdil ini kerana aku bakal berkuliah, bakal menuntut ilmu di bumi penuh barakah...yang banyak melahirkan para aulia dan tokoh2 Islam... subahanallah! subahanallah! subahanallah! maka dengan itu, aku ingin soroti sedikit pengalaman di Bumi Misr yang aku kira tidak dapat dijual beli dengan apa sekalipun...

pertama kali tiba di airport terminal 3 di kaherah, aku dan sahabat2 menanti untuk beberapa ketika kerana karenah birokrasinya yang aku kira sangat membuang masa... sementara menunggu, aku dan beberapa sahabat lain-kak in, ainnisha, dan fadzillah... menuju ke tolilet untuk melunasi hajat yang tergendala di atas kapala terbang sebelumnya...heheheh namun sebaik sahaja memasuki toilet tersebut, kak in mendapati tiada air mahupun tisu yang doleh digunakan untuk istinjak... kesian kak in... dalam pada masa yang sama, masuklah seorang wanita berbaju dan berkerudung serba hitam... agaknya orang arab Misr... dia cuba berbahasa basi dengan kami...(of course lah dlm bhs arab takkan bhs tamil pulak ye..huhuhu) pada mulanya kukirakan dia sangat baik dan peramah orangnya, namun semuanya dimusnahkan oleh sebatang rokok....pada mulanya kami tidak memahami apa butir bicara yang diperkatakan... almaklumlah penguasaan terhadap bahasa arab kami pun masih pada tahap sederhana... pada ketika itu, kukirakan wanita itu ingin meminjam pemeti api, rupa2nya tekaan ku meleset sama sekali.... akhirnya untuk merungkai pembicaraan yang aku kira pembicaraan antara itik dan ayam... ada lah seorang ukhti yang lupa kutanyakan namanya, menyuruh kami berkata 'LA' kepada wanita Arab tersebut...kata ukhti tersebut, wanita itu cuba menawarkan sebatang rokok kepada salah sorang daripada kalangan kami...akhirnya kami mengerti apa yang cuba disampaikan oleh wanita arab itu... setelah kami mengatakan "LA"maka wanita itu pun berlalu dan masuk ke tandas untuk merokok agaknya...wallahua'lam... aku dan sahabat2 pula bergegas keluar dari tandas tersebut... itulah pengalaman pertama kami berbicara dengan seorang yang bernama Arab...

namun, pengalaman pertama tersbut tidak membuatkan aku dan para sahabat melabelkan semua Arab bersikap demikian...kerana sentiasa ber'husnuzon' itu lebih baik dan jauh daripada sebarang prasangka dan fitnah... walaupun dalam keletihan yang amat sangat (yelah, 11 jam 55 minit berada di atas flight...) rombongan pelajar ARB batch ke-2 disambut dengan senyuman manis para senior... bagi pihak akhowat, kami ditemani senior Izzati, Akak Siti dan Akak Farahin...bagi pihak ikhwah tak tahu lah pulak...(malas nak amik tahu lah...) kami kemudiannya dibawa terus ke hostel ataupun lebih dikenali dengan 'RUMAH AMANAH'...dan program pada hari tersebut adalah istirahah (rest@rehat)...

sebaik sahaja sampai di 'RUMAH AMANAAH', kami diberi sedikit briefing dan kami dihidangkan dengan makanan Arab Misr yang dikenali sebagai 'tokmiyah' (tak tahu nak ejalah pulak...) 'tokmiyah' ini menurut para senior ada 4 jenis. pertama, 'tokmiyah batotis', 'tokmiyah bizinjals',
'tokmiyah kacang ful' dan 'tokmiyah inti telur' (lupa pulak namanya dlm arab....akak senior sorry ye kalau salah sebut dan eja nama makanan tu...hehehhe) sebelah malam pula, kami dihidangkan dengan satu lagi makanan arab yang dikenali sebagai 'aruz mandi' yang dibeli di sebuah kedai bernama HadratulMaut(nama tempat di Yaman)... menurut akak senior, 'aruz mandi' ni berasal dari Yaman...wallahu a'lam)... dan buat pertama kalinya jugak, aku makan secara berjemaah yakni makan menggunakan talam....Masya Allah! aku sangat terharu dengan kemeriahan ketika makan berjemaah ni...ukhuwah yang wujud sebelumnya menjadi lebih kukuh... tambah pula, akak2 senior makan bersama dan memperkenalkan satu amalan baru buat aku... yakni "SUAPAN PERTAMA BUAT SAHABAT". tika itu, aku berharap dan berdoa agar ukhuwah fillah yang terbina ini akan sentiasa dipelihara oleh Allah dan dikuatkan tautan hati antara sahabat2 ini... selain itu jugak, kami juga dikenalkan dengan makanan arab lain seperti 'fathirah'... alhamdulillah, perut aku dapat menerima makanan arab ni... rasanya sangat sedap especially 'fathirah' susu... hehhehehe...thanks akak belikan kita orang 'fathirah' tu... =)

apa2pun, aku sangat terharu dengan akak2 senior yang sangat bertungkus lumus menyediakan segala-galanya buat kami adik2 baru.... jazakillah ya ukhti! may Allah repay all of ur kindness!

p/s: asif jiddan kerana aku tidak sempat update blog ni... agak susah nak dapat akses internet di sini... ini pun alhamdulillah aku dapat sewa broadband dari akak Arifah yang tinggalkat ARMA tu... sewanya sehari (24 hours) 16 genih... oklah..aku sangat mengejar masa sekarang ni..dan kesian jugak dekat sahabat2 lain yang menunggu nak guna broadband ni... aku end upkan posting kali ni di sini...moga Allah meberkati pengembaraan ilmu aku dan sahabat2 di bumi barakah, bumi kinanah, bumi para anbiya' , bumi para aulia... Insya Allah, aku akan nukilkan lagi sambungan catatan permata ini pada kali yang lain...

Monday, September 14, 2009

Few days before Eid...

arghh...Ramadhan will be leaving us! Then, come the BIG DAY in ISLAM, Hari Raya Aidil Fitri...
i'm pretty sad that Ramadhan will be left us just in few days... 10 last days in Ramadhan, there is a special night called lilatul qadr...which is the best night over 100o month... so, most muslims prepare themselves to grab the chance to have that special night! i'm also hope, that i will get opportunity to have that lilatul qadr...someday Insya Allah! usually muslims do some prayer, reciting al-Quran, and zikrullah!

talking bout Ramadhan and its 10 last days, remind me about one of my friends that really catch my attention... She is the best friend that i've ever known! what's so special bout her??? Along my lifetime, she is the one who remind me about qiyamulail during Ramadhan... last two days, she send me a sms and make a missed call early in 2 a.m...hoping that i'll wake up to have a nod to Allah! i'm so glad to have her as my friend! but i did'nt noticed that sms and missed call until i woke up for my sahur! i'm quite frustrated coz i was so sleepy that night. then, yesterday i've got a called by 3a.m early in the morning...and guess what?! she make a call to wake me up from my sleep and go to meet my almighty Creator! ahh... this time i noticed that call and i've send a thankfu sms as a symbol of appreciation that she remind me to meet Allah! huh...what a wonderful friend i've got! she never forget to invite people around her to gain rewards from Allah along with her.... Thanks for being one of my friends that can lead me to the percious paradise, Insya Allah!

besides that, this afternoon, my father told me that he got an offer letter... a promotion letter! he will transform from usual teacher to PK KOKO... and yet, he need to transfer to SK Kuala Perlis...i'm so happy to hear that! Congrats ayah! but then, poor my lil sisters... three of them need to transfer too... so they will be apart from their fomer classmates and their bestfriends... and most tragically they have to adapt new environment at new place! My sis, G doesn't want to leave her fomer school and she decide to sit for her big exam UPSR in her fomer school! however, it's too early to jump into a conclusion especially bout moving to another school... let my father and those lil sisters having a calm discussion... hope they understand, why they need to move to another school...and why ayah have to accept this promotion! Insya Allah, everything will be fine after musyawarah....

in the middle of my happiness today, there is something bad happen... my bestfriend father's have already gone to meet The Almighty, The Creator of Universe, ALLAH SWT! the time has come, ustaz shamsudin have to leave this world and goes to another world! Hope Allah rested him in peace and placed him among the pious people! like Allah says in Quran; in surah al-ankabut, sorry i forget which verse "every single things that have souls will be dead!" hence the death pretty sure coming over us, sooner or later we all dead!

ok that's all for today...and i wrapped up this post... "we should be thankful, since we have time to earn as much rewards as we can especially this Ramadhan... who know's next Ramadhan won't be ours... so make full use of this Ramadhan to get a forgiveness from HIM!"

p/s: it has been a week i'm not update this blog... perhaps i have no issue to post here...heheheheh...

Peraturan 5 Saat (4)

SAMBUNGAN....


Namun belum sempat kakiku melangkah menuju ke pondok kecil pak cik misai tu, muncul sekujur tubuh daripada ‘seat’ belakang kereta mewah tu…tak berkelip mata aku melihat makhluk yang keluar dari kereta BMW tuh….


“Aisyeh…sekali aku pandang macam kenal je dengan budak tu…dua kali aku pandang, memang sah aku kenal dia!!! Daripada cara dia betulkan suit blueblack dengan cermin mata dia, aku dah dapat agak siapa dia!


Cis…cermin mata tu, uniform pengawas tu… la macam mana lah aku tak perasan… mamat senget tambah sengal nilah yang ajak aku join kelab mata empat dia tu…dah tu masa kat CZ kemarin ade hati nak kebas cream puff aku… haik! Hampas betol! Memang disahkan JAKIM dan dicop SIRIM, confirm mamat yang turun dari kereta mewah tu, mamat mata 4@budak galah@pengawas kerek@mawas jadian!!!!!!! Nah ambik kau… macam-macam nama gelaran aku bagi, kau tinggal pilih je mane yang berkenan dihati… HAHAHAAHAHAHAH! Tetiba je aku rasa ada sepasang tanduk muncul atas kepala ni…hohohohohoho~~~~


* * * *


“HAI, gembira terlebih kawan kita hari ni! Senyum sampai ke telinga ni… kau ada ape-ape ke???” sampuk Nani ketika aku,dia dan Zarith sedang menjamu selera di kantin pada waktu rehat.


“Yelah Nani…” Zarith mula bersuara… “Kau rasakan Nani, patut ke aku telefon abang kat wad Tampoi ni datang amik si AM ni…aku tengok makin parah ni!” tambah Zarith lagi…


“A’aha…lah..rasenyer salah satu pesakit wad Tampoi dah terlepas kat SMK Maju Bestari ni… aku baru jer terbaca Harian Metro pagi tadi, yang melaporkan seorang gadis berusia 17 tahun telah menghilangkan diri dari kawasan wad sejak dua hari yang lalu… Agaknya kan Za, budak yang terlepas tu ade kat kantin kita nih..” sakat Si Nani…


Aku yang ketika itu menikmati nasi goreng buatan ibu dengan penuh rasa terharu kerana dapat menikmati bekal makanan yang terhebat pada abad ini, mula panas punggung! Ini berkaitan maruah aku dan status diri aku yang masih waras tapi didakwa pesakit mental! Kuang hasam punya kawan!!!


“Woi..woi.. sudah..sudah la nak menyakat aku!!! Korang ni bila korang cakap cam tu…aku ade gak terpikir seminit dua…nampaknya korang dua orang ni amat berbangga lah dengan aku, sebab korang ade kawan gila eh?! Ishk..tak sangka pulak aku ada orang bangga dapat kawan gila…hihihihihi terharu pun ada gak! Bertuah rasanya dapat kawan macam korang ni…Yelah korang still mengekor aku je ke mana aku pergi…walaupun tahu aku ni pesakit Wad Tampoi kan?!”


Serentak dengan itu, pecah lah ketawa tiga orang sahabat yang takkan pernah lekang dari buat lawak-lawak bodoh menyakitkan hati…dalam pada itu, Zarith telah mengeluarkan kata-kata yang menurut aku sangat bernas dan wajar sekali. Heheheheheh~~~


“Eh, Nani, kalau macam tu kau dengan aku pun jadi orang gila lah!”


“Aikkk…apasal pulak?!” soal Nani dengan muka cemberut.


“Yelah orang gila, hanya akan berkawan dengan orang gila je… mana de orang sihat akal nak gi bertegur sapa dengan orang tiga suku…btul x?!” pantas Zarith memberikan jawapan…


“Eeeiiii… pandainyer!!! Anak sapa lah tu?! Hai..tak sangka aku bila masa pula lah si Za ni ada IQ 120 ni! Betulah teori kau tu, orang gila akan kawan dengan orang gila jer… jadi kau dengan Nani pun bakal didaftarkan di Wad Tampoi lah ye tak lama lagi…”


HAHAHAHAHAHAHA!!!! Maka dengan itu, bergegarlah tiang-tiang di kantin tersebut dek kerana gelak ketawa dari tiga orang sekawan yang kaki merapu dan mengarut!


“Eh…Za, Nani… korang pergilah balik ke kelas dulu…agak lewat dah ni… kang tak memasal kena amuk dengan Cikgu Budin@cikgu disiplin merangkap cikgu Additional Math tu…aku nak pegi beli air jap! Kang tersedak pula aku nih…” ujarku pada teman-teman.


“Ok bos! Nanti biar kau sorang je kena sounds dengan cikgu katik tu… Jom Za!”


Di kaunter minuman...


“Mak Cik, bagi segelas teh ais!” ujar seorang pengawas.

Mak aihh…pengawas pun baru nak beli air time-time tengah nazak ni… biar betul! Mmm…tak pe kot kalau dia yang beli, yelah pengawas katakan…mesti cikgu sayang! Eh.. aku pun kena cepat gak ni karang bising pulak si Budin Katik tuh…


“Mak Cik, air sirap satu!” ujarku sambil menyeluk saku mencari syilling 50 sen…


Alamak! Mana pulak duit 50 sen nih…Aku mula menjadi cemas… aku pusing kiri, aku pusing kanan… adoiiii!!! IBU….dompet alang tertinggal! Tulah, pagi tadi seronok terlebih sebab dapat bekal, terus lupa dompet buruk aku tuh…urwahhhhhh ni yang nak menangis nih…


Dalam pada tu, aku perasan ada sepasang mata yang memerhati gelagat aku yang sangat gelisah macam cacing kepanasan… arhhh…peduli sama dia…sekarang ni yang penting macam mana nak bayar duit air yang aku kira air ‘super’ murah yang ada dijual kat kantin nih…


“Nah air teh ais kamu!” ujar Mak Cik tersebut sambil memberi wang kembalian sebanyak 50 sen kepada pengawas yang aku tak nampak wajahnya sebab aku berdiri di belakang si pengawas tu…


Ting! Ting! Ting! Bergolek lah duit syilling 50 sen dihadapan aku!


“Aikkk…duit sape plak ni?! Ni, mesti duit si pengawas tu…mungkin dia nak cepat tu yang dia tak perasan duit 50 sen dia dah terjatuh” aku membuat rumusan sendiri.


“Eh…Eh… kau yang berdiri tegak, yang pakai uniform pengawas! Berhenti!!!” tika itu si pengawas masih membelakangi aku… aku terus bergegas mendapatkannya…


“Encik pengawas! Ni, duit kau 50 sen! Tadi terjatuh, masa kau kat kaunter minuman!” ujarku sambil menghulurkan sekeping syilling 50 sen ke arahnya…


Sebaik sahaja si pengawas tersebut memalingkan badanya ke arah ku, tiba-tiba aku merasakan rahang aku ni terjatuh…(means mulut aku jadi ternganga) kerana kaget melihat yang empunya diri…


Ye saya! Ada ape ermm…cik Amni Fariha?” Aikk… mana dia tau nama aku ni.. eh lupa pulak yang aku pakai tanda nama, mesti lah dia tengok kat tanda nama tu…


“Owh, Encik Ketua Pengawas rupanya… ni duit awak terjatuh tadi!”


“Ye ke??? Eh, tak pe lah, awak amik jer Amni… saya tahu awak perlukan duit tu… selamat membeli ye… Saya ada hal ni, saya pergi dulu!” ujarnya pantas sambil melambaikan tangan ke arahku dan menghadiakan aku senyuman yang paling bersinar…


“Terima kasih Encik KP! Nanti saya pulangkan balik duit tuh!” jeritku dengan harapan dia mendengarnya… aku melihat dari jauh dia sekadar mengangguk-anggukan kepala, tanda bersetuju… hai bertuahnya badan, aku dapat jumpa orang yang pemurah hari ni…


Seusai itu, aku terus bergegas ke kaunter minuman untuk menuntut air sirap yang aku pesan tadi… Tidak sampai 5 saat, aku di kaunter minuman tersebut…ada sepasang tangan yang menyambar minuman ‘super’ murah aku tu…aku bengang! Tu minuman aku pesan la zirafah oiii! Hish…ni tak boleh jadi ni, dia pun pakai “TEKNIK RAMPASAN 5 SAAT”… Aku ingat aku sorang je pakai jurus 5 saat ni…rupa-rupanya ade yang nak lawan dengan aku…


p/s: siapakah yang bakal menjadi lawan si AM dengan mengunakan jurus 5 SAAT??? nantikan part yang seterusnya...

Monday, September 7, 2009

Peraturan 5 Saat (3)

SAMBUNGAN...

Kak Yaya dan aku masih lagi dalam mode terkezut dengan kejadian yang belaku dalam sekelip mata tadi…


Pada ketika itu juga, kedengaran bunyi loceng di pintu masuk hadapan yang menandakan ada orang yang memasuki CZ… Aku dan Kak Yaya saling berpandangan. Fuhh nasib baik! Ingatkan geng MIB tu lagi, rupa-rupanya seorang pemuda yang bersuit blueblack masuk ke dalam CZ. Eh…jap…jap…tunggu seminit! Uikkss…aku rasa ni macam uniform pengawas sekolah aku ni! Hemm…betul lah tu tak dapat disangkal lagi, pengawas sekolah aku lah tu…


“Kak Yaya, bagi sedozen cream puff! Cepat eh! Orang ada hal ni!” ujar si mamat pengawas sambil tertoleh-toleh melihat pintu depan CZ…hai macam wanted je mamat ni… tah..tah dia kot yang jadi alien yang geng MIB cari tu!


“Sorry, cream puff ni ada setengah dozen je lagi..”ujar Kak Yaya.


“La mane pulak lagi setengah dozen tu?!”


“Tu…Tu ade kat situ” beritahu Kak Yaya kepada si mamat pengawas sambil jari telunjuknya yang runcing itu menghala ke arah aku! Hah…sudah! Mampus lah aku!


Belum sempat, aku nak mengorak langkah beribu-ribu batu sambil tangan menjinjit beg plastic berisi setengah dozen cream puff, terasa beg sekolah aku ditarik-tarik!


“Weih, apa ni main tarik-tarik! Beg aku ni mahal tau!” marahku pada mamat pengawas tu…


Dalam hati, ‘walaupun beg ni turun-temurun dari zaman along…hem nak jimat punya pasal, aku dah ubah suai dah beg ni jadi macam beg baru! Aku jahit sulam sikit, lepas tu tambah butang-butang terpakai…tu yang jadi valuable tu. My artwork piece! Aku buat modification tu pun sampai 3 hari aku puasa tau sebab nak beli benang berbagai pakai duit lorh! Huh~’


“Weih, budak KECIK! Kasilah aku setengah dozen cream puff kau tu! Aku bayar dua kali ganda dari harga asal, amacam?!” haik..bunyi cam desperate jer…tapi kan ade ke patut panggil aku budak kecik?! Hampas betol! Tauu la aku tak tinggi mana…kurang-kurang aku tak sombong dowh~


Hemm… ape eh aku nak panggil mamat pengawas ni?! Hah! Idea dah datang!


“Woi budak GALAH! Ade hati kau buli budak kecik macam aku ni! Report Cikgu Budin kang baru kau tahu! Pengawas pe benda buli orang! Eh..kau tau tak, aku dah seminggu ikat perut tau sebab nak beli setengah dozen cream puff kat CZ ni… kau pe tahu! Senang-senang je redah masuk CZ, pastu mintak-mintak cream puff yang aku beli ni…ape kes?!” semburku pada mamat pengawas yang perangai pun ala-ala mawas je aku tengok!


“Weih, aku bukan mintak free…aku bayarlah! Macam tu pun nak berkira ke??? Besok-besok pun kau boleh beli lain cream puff tu!”


“Eh…budak galah ni… sorry sikit eh! Dah aku kata tak boleh…tak boleh le namanye…takkan tak paham kot…kang aku cakap bahasa arab kang lagi kau tak paham!” Cis, nak berebut cream puff dengan aku sorry la..no chance! Aku gila punya siot mogok lapar kat sekolah sampai seminggu, kau pulak senang-senang datang nak kebas aku punya cream puff phew!~


“Emmm..tak pe lah, tak mati ke bulur pun kalau aku tak dapat setengah dozen cream puff kau tu…lain lah kau kan...mane de duit nak beli tu semua… agaknya tunggu ujung bulan baru dapat rasa cream puff tu… kesian aku tengok! Tak pe lah, aku kasi chance lah untuk budak kecik macam kau ni! Kak Yaya, bungkus je lah cream puff yang ada tu! Cepat sikit tau karang ada yang jadi udang bakar ni!” sindirnya sinis.


Aku terus terdiam! Tanpa sebarang kata! Barang kali apa yg dicakapkan pengawas@mawas tu betul lah… Sementara tu, Kak Yaya segera membungkuskan pesanan si mawas kerek tu… Setelah beg plastic bertukar tangan, budak galah tu pun berlalu pergi dengan tergesa-gesa…


“GEDEBUK!!!” Aikk… cam buah nangka busuk jatuh je… Owh rupa-rupanya si budak galah tu tersadung kaki kerusi. Seraya dengan itu, cream puff yang dibelinya terjatuh ke lantai. Aku pulak ape lagi tergelak besar le melihat adegan lucu di depan mata. Hahahahahaha! Mau gegar CZ ni gara-gara gelak ketawa aku. Tapi aku ada perasan sesuatu lah… budak galah tu tak sampai lima saat pun, cream puff yg tergolek atas lantai tu dikutipnya dan dimasukkan kembali ke dalam kotak!


Aiikkk… takkan la dia pun pakai prinsip tu??? Prinsip “PERATURAN 5 SAAT”?!!!!!

Ishk…ishk..ishk..nampak je kaya tapi kedekut rupanya.. eh tapi kalau aku pun, aku akan kutip balik selagi benda yang jatuh tu, aku dapat kutip dlm masa kurang dari 5 saat! Rezeki tu… tak baik membazir…Alah jatuh kejap je kat lantai bukan bermakna dah kotor kan???? So, itulah yang digelar “ PERATURAN 5 SAAT AMNI FARIHA!” tak sangka aku..ade gak budak yang guna peraturan tu, ingatkan aku sorang je… Kalau Nani dengan Za tau aku ada peraturan gini, maunya dikatakan aku ni kedekut plus bakhil plus pengotor agaknya…yelah makanan dah jatuh atas lantai, mesti diorang anggap kotorkan?!


* * * *


Pada suatu pagi yang hening, kedengaran kicauan burung-burung keluar mencari rezeki, deruman enjin kereta di jalanan yang menyumbang kepada pencemaran…huhuhuhuhu pe benda la yang aku nak describe nih… Actually pagi ni ialah pagi yang best, ceria seindah suria! Heheheheh… seronok giler aku ke sekolah walaupun aku jalan kaki jerk…mana taknya, hari ni first time ibu bagi aku bekal nasi goreng! Waaaaaa… terharu lah…. Ibu, alang sayang ibu!!!! Yang menambahkan kegumbiraan aku pagi ni, sebab kejap lagi kelas pertama start dengan subjek kimia. Subjek yang paling aku minat tuh! Lepas tu pulak sambung dengan subjek sejarah. Pergh…subjek sejarah la antara subjek yang paling aku skor dalam exam. Hihihihihih… kadang-kadang aku pun pelik kenapa aku suka subjek sejarah, sedangkan kawan-kawan sekelas buat tahi mata jer time tu… diorang kata subjek ni ubat tidur yang paling mujarab dalam sejarah perubatan DUNIA! Huh?! Apa-apa pun, pagi ni ialah pagi terindah aku… macam nak catat dalam diari jer…huhuhuhhuu~


Yes! Lebih kurang 200 meter lagi dari pintu pagar utama sekolah, Amni Fariha akan mencatakan rekod baru dalam sejarah hidup ni… tak pernah-pernah aku dapat sampai ke sekolah tepat pukul 7 pagi ni… selalu paling awal pun dalam pukul 7.15 je… Hip..hip..horey! satu rekod baru dicatat heh! Hish aku rasa macam nak buat dokumentari HARI INI DALAM SEJARAH lah, lepas tu hantar kat RTM…


Tanpa aku sedari, sepasang mata aku yang bundar ni menangkap sesuatu?!


‘Eh..apasal kereta BMW 8 series tu berhenti kat tepi semak tu? Ini mencurigkan ni… tah..tah.. ada komplot penculikan!!! Yelah, kereta dah cun dah kaler hitam, lepas tu cermin dia tinted lagi! So, tinggal tunggu mangsa untuk dicekup!!! Nak diikutkan, sekolah aku ni memang banyak anak-anak “lord” belajar kat sini… Contohnya, KP aku tu, hari-hari datang sekolah naik DUCATI merah dia tu…tahulah dia tu kaya, tapi janganlah menunjuk pulak… Aisyeh, tapi smart jugak KP tu… kadang-kadang cair jugak aku menengoknya…adoyai!!!’ aku mula memasang teori dan andaian yang bukan-bukan…


“Hurm… sepanjang aku sekolah kat sini dekat 4 tahun dah, tak pernah terserempak pun dengan kereta mewah tepi semak cam gitu…Agaknya, hari ni aku ‘terawal’ sangat ke sekolah…tapi ini kes yang mencurigakan ni..tak boleh dibiarkan, kena report kat pak cik misai@pak guard sekolah ni” ujarku pada diri sendiri. Pada masa yang sama, mata aku masih lagi terpaku pada kereta BMW 8 series tuh! Dalam hati, ‘hai…jadi detective conan lah aku hari ni…hikhikhikhikhik’


Namun belum sempat kakiku melangkah menuju ke pondok kecil pak cik misai tu, muncul sekujur tubuh daripada ‘seat’ belakang kereta mewah tu…tak berkelip mata aku melihat makhluk yang keluar dari kereta BMW tuh….


p/s: agaknya siapakah makhluk Allah yang keluar dari kereta BMW tu??? dan apakah yang bakal terjadi pada AM??? nantikan part seterusnya!