Ragam di bumi nabi Musa A.S…
Banyak benar perkara yang melucukan berlaku selama sebulan aku tinggal di sini… agaknya sementara nak biasakan diri di bumi barakah ini…banyak pengalaman perlu dikutip….
Salah satu ragam yang takkan lari dlm kehidupan setiap pelajar di Mesir ni ialah pengalaman menaiki kenderaan pengangkutan awam…tak kisah lah sama ada naik teksi, tremco mahupun bas…
Ahhh…setiap kali naik kenderaan awam ni ada saja perkara yang tak disangka berlaku… terutama semasa nak pergi ke kuliah dan pulang dari kuliah… antara pengalaman yang teruk sepanjang hidup selama sebulan di sini ialah tambang teksi yang sgt mahal yakni 10 Genih dari kuliah ke rumah… geram betul dgn pak cik teksi tu… org ckp 5 Genih je… dia hentam nak 10 genih jgk…heh geram tahap gaban ni… tapi disebabkan tak nak bertegang urat, aku pun hulur jugak not 10 genih tu tanpa kerelaan… huhuhuhuhuh sedihnyer duit dah la nak kering… biasiswa pulak tak masuk2 lagi…so dlm mode berjimat yg sgt sadis skang ni…ishk pak cik teksi ni mmg bernasib baik hari tu, kalau tak… tak tahulah apa jadi hehehehhe…. Hem…disebabkan pengalaman tambang 10 Genih ni buatkan aku serik nak naik teksi… biar tunggu lama tak pe depan kuliah semata-mata nak dapat tremco jugak2… serik betul nak naik teksi…
Namun di sebalik yang pahit mesti ada yang maniskan??? Well, tak semua org Mesir ni tak baik ada je yang baik…may be korang belum jumpa lagi hehhehehehe tapi aku dah jumpa… pengalaman naik teksi jugak…. Masa tu aku dgn sorg ukhti ni dari souq thamin nak balik rumah la… Alhamdulillah cepat je dapat teksi ni...dahlah barang2 banyak, dah tu sampai tak cukup jari nak pegang plastic bag tu… naik je teksi tu, nampaklah pak cik teksi mcm baik je…muka bersih je… tekaan aku tu mmg betul pak cik teksi tu baik sgt… kiranya aku dgn ukhti tu sempat dgr dia bagi tazkirah dlm teksi…siap dgn dalil ayat al-quran dgn hadis lagi…hebat kan??? Bertuah betul naik teksi pak cik tu…aku pun smpt jugak berbual dgn pak cik tu… katanya dia pernah belajar dgn syeikh2 di al-azhar dan dia tinggal kat Giza..kiranya dlm 30 minit dari Nasr City…masa dah sampai kat rumah , dah nak turun teksi ni, dia sempat lagi pesan agar aku dgn ukhti tu doakan dia…pada masa yang sama pun aku minta dia doakan utk kitaorg… dia pun sempat bagi tahu nama…kalau tak silap aku nama dia Syarif kot…Insya Allah ammu Syarif, aku akan doakan kesejahteraan ammu!
Dalam kemanisan pengalaman tu mesti ada terselit kelucuan kan??? Ni nak cerita pasal ragam pada pagi hari nak ke kuliah… ada satu hari tu aku dan sahabat2 lain kejar bas nak ke kuliah, sambil menjerit “istanna” dari kejauhan agar sahabat yang sudah menaiki bas tersebut mendengar dan dapat memberhentikan bas tersebut agar kitorg dpt naik bas tu… tapi apakan daya tak de rezeki hari tu… terlepas la bas tu… aku dgn kawan yang lain pun naik bas yang seterusnya…yang menghairankan aku, bas kitorg naik tu smpai dulu drpd bas yg kitaorg terlepas tadi… bila turun je depan kuliah tu, Nampak lah sahabat yang naik bas awal tu masih berjalan kaki menghampiri kami….lucunya sebab kitaorg tunggu lama jgk nak dpt bas kat mahatah tadi…alih2 kitaorg smpai dulu drpd sahabat2 yang naik bas awal tu…hehehheheee…
ada lagi satu cerita pasal bas di pagi hari jugak… time tu dah pukul 8.30 pg…kiranya dah lewat jgk nak ke kuliah… aku dan sahabat2 setia menunggu bas kat bawah pokok sebelah mahatah tu… kat mahatah tu pulak adalah ustaz dlm 2,3 org… selang beberapa minit muncul sebuah bas bernombor 2 jim tak silap aku… aku dgn sahabat2 dah teragak-agak nak naik bas tu…dan kitaorg pun tak tahan la bas tu…tapi ustaz yg tunggu kat mahatah tu cam yakin je tahan bas tu dan terus naik… kitorg yang akhowat ni apa lagi kejarlah bas tu dah ustaz2 naik mestilah bas ni nak menghala ke kuliah… tapi dlm perjalanan tu lain pulak ceritanya…sbnrnya bas yg kitorg naik tu bukan nak menghala ke kuliah kitaorg tapi nak pergi sabiek…mujurlah bas tu sempat berhenti dan kitorg pun turun ramai2… nak diikutkan tempat yang kitaorg turun tu dari kuliah agak jauh jgk…yang angkatan ustaz tak tahulah apa cerita, macm diorg nak berjalan kaki je ke kuliah…kitaorg yg akhowat ni mmg bercadang nak naik teksi je…alih2 tremco je yang datang…Alhamdulillah! Time dlm tremco tu perasan jgk ustaz2 tu berjalan nak ke kuliah… tapi lepas tu tak tahulah pulak diorg naik teksi ataupun istiqomah berjalan kaki ke kuliah… wallahhua’lam! Alhamdulillah aku dan sahabat sempat sampai kuliah on time dgn tremco…so tambang utk pagi tu shj dah 1 genih…waaaaa…selalu naik bas direct dari mahatah ke kuliah nus(0.50 genih) je… time nak berjimat ni ada saja ujiannya….tak pe lah sabar je…Allah sentiasa bersama org yang sabarkan???Insya Allah!
Skang ni nak cerita pulak ttg gelagat nak balik rumah dari kuliah…disebabkan dah serik nak naik teksi, aku dan sahabat ni tunggu je bas atau tremco yang datang…lebih kurang setengah jam jgk tunggu… baru ada tremconya… kebetulan pulak ada 3 org ustaz naik tremco yang sama… time nak bayar tambang tremco tu…ustaz hulurkan duit 5 Genih utk 3 org…mak aih besarnya duit…agaknya tak de fakah(duit kecik) kot…last2 aku yang pening dgn baki tambang tremco tu…aku tak perasan pak cik tremco tu bagi 2.75 Genih je…sepatutnya baki 3.50 Genih…aku ni pun jenis yang malas nak pikir banyak2 terutamanya dlm kenderaan awam ni, aku pun hulurkan jelah bakinya… tapi bila dah turun dari tremco tu baru otak ni berjalan sikit, then baru aku tanya sahabat 2yang lain sepatutnya duit baki utk ustaz tu berapa…sbbnya aku fikir mesti ustaz tu pun dlm mode berjimat jgk… at last baru aku tau, baki duit tu tak cukup…kesiannya…disebabkan rasa mcm bersalah sbb aku tak kira betul2 baki masa atas tremco tu, aku pun ingat nak bayarkan baki yang tak cukup tu untuk ustaz tu… time tu kebetulan ustaz tu berjalan belakang kitorg, kitorg pun sempat tahan dan tanya baki sepatutnya ustaz tu dapat…aku ni lemah sikit bab kira2 ni…tambah time kalut2, jadi otak pun cam malas nak bergerak…agaknya ustaz tu pun malas nak berkira-kira dia pun ckp la tak cukup nus(0.50 genih) lagi… aku pun yg malas nak kira jgk bagi nus je…langsai terus kiranya… lps tu kitorg pergi aulad beli barang sikit…dlm masa tu aku still terfikir, betul ke balance yang tak cukup tu nus…pikir punya pikir…sampai rumah senang cerita aku tekan je papan kalkulator dlm handset tu…and finally I found that baki yang tak cukup tu 0.75 genih…tapi aku bayar nus je…kiranya aku terkurang bayar rubu’k(0.25 genih) kat ustaz tu…
(dlm hati: alah kira halal lah ye ustaz….tapi kalau ustaz tak nak halalkan pun boleh je mintak lagi rubu’k tu…aku boleh bayarkan…huhuuhhuuh…)
dalam masa yang sama aku berharap la lepas ni aku tak nak amik mudah bab tambang ni sbbnya ni melibatkan duit org…lps ni aku akan lebih berhati-hati dan peka dengan bayaran dan baki tambang ni…kejadian ni buatkan aku sedar betapa bernilainya wang tu walaupun rubu’k…Ya Allah berikanlah aku petunjuk dan hidayah-Mu daripada setiap apa yang berlaku dlm kehidupan ku saban hari! Moga dipermudahkan perjalanan hidupku dan para sahabat di bumi kinanah ini! Insya Allah!
2 comments:
salam kerinduan wat ukhti tikah yg berada d perantauan...
lucu btol ksah tmbng 2...
ad ala2 scene dlm novel 'salju sakinah...'
hehe....
mana ade tu... tak sengaja lah... on the spot je benda tu berlaku, but then start from that incident, i start to be alert with the surroundings specially things like money-related la... hihhiihi
Post a Comment