Bahagianya….
Tanpa aku sedari sudah sebulan aku di bumi anbiya’…jauh dari rumah ,keluarga dan tanah air demi secangkir ilmu! Sudah hampir 3 minggu juga kuliahku bermula… betapa kerdilnya aku berbanding sahabat2 yang lain…sungguh aku mula merasakan kelazatan dlm berukhuwah…susah bertukar senang, sedih bertukar gembira, malas bertukar rajin…ahhh …enaknya ukhuwah fillah! Sahabat terima kasih kerana banyak membantu diri ini yang serba lemah lagi tak terdaya…
Arghh…kesibukan kuliah menyesakkan hati dan minda, ilmu yang dicurah bagaikan dicurah ke ladang gandum yang gersang…penuh harapan ladang gandum memberikan hasil… ‘subahanallah’….satu kata yang pingin aku ungkapkan apabila setiap kali berada di dewan kuliah bersama doktor2 yang sangat baik…walaupun diri ini masih lagi terkapai-kapai dlm lautan ilmu dgn bahasa yang sgt asing dari kehidupan harian, namun akan aku berusaha berenang-renang sehingga ke tepian…Insya Allah, kelak aku kan berjaya tiba di tebing kejayaan… doktor2, kalian sgt aku segani, ayat2 al-quran dan hadis nabawiyah sering menjadi santapan utama di kuliah, penguasaan bahasa kalian sgt aku kagumi dan usaha kalian mendidik si buta lagi pekak ini sgt aku hargai…Moga Allah sahajalah yang mampu membalas jasa dan kebaikan kalian…
Huh, family?! Ayah, umi, along, adan dgn adik2…korang sering mengisi benak angah… angah rindu sgt dgn korang… jarak yang memisahkan kita…namun hati ini sentiasa berada dekat dgn korang…bohong kiranya angah katakan angah tak pernah menangis…sejak minggu pertama lagi, bumi kinanah ini menyaksikan butir-butir mutiara mengalir bak sungai nil acapkali malam menjelma….kerinduan ini sgt tidak tertanggung… kalian telah menjadi sebhagian hidup angah…ibarat hati angah hilang separuh drpdnya… namun apakan daya, demi secebis ilmu, angah kena kuat dan tabah… doa2 kalian lah buat angah terus tegar hidup di bumi Mesir… Korang janganlah risaukan angah…Insya Allah, angah hidup baik-baik di sini… Insya Allah, Allah akn menjaga angah di sini…
Ditarbiah Allah… hemm…hidup di Mesir, banyak buatkan aku sentiasa bergantung kpd Allah, banyak buatkan aku sentiasa dekat dgn Allah, banyak buatkan aku sentiasa bersangka baik dgn Allah… arhhh… manisnya apabila hidup dlm tarbiah Allah…Allah berfirman :
[2]
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(al-ankabut:ayat 2)
Ujian demi ujian, buatkan diri ini seringkali teruji…baik dgn hawa nafsunya mahupun dengan musuh yang nyata bagi anak adam… Namun ujian2-Nya, tanda itu tarbiah dari Allah, tanda itu kasih sayang dari Allah, tanda itu hidayah dari Allah…aku yakin ujian itu mampu aku harungi kerana Alla berfirman dalam ayat-Nya,
[286]
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(al-baqarah:ayat 286)
Ya Allah, Kau permudahkanlah perjalanan hidupku sebagai seorang musafir ilmu di bumi-Mu…Kau jadikanlah aku sebahagian sibghallah yakni sebahagian drpd celupan-Mu!
No comments:
Post a Comment