ok sambung balik story yang lepas... sebenarnya banyak benda aku nak kongsi... tapi masa tak mengizinkan dan pengunaan broadband yang bergilir-gilir membuatkan aku menukilkan story2 yang benar2 penting shaja... walaupun aku ni mmg suka bercerita even the small things happens in my life... agaknya aku suka bercerita ni utk bebaskan diri drpd stress kot... heheheheh tu yang dok happy memanjang...
ok lah kita short cut kan beberapa cerita dan juga cerita ttg orientasi selama 3 hari anjuran PMUI (Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiyyah)...terus ke cerita jaulah sekitar Kaherah...
semasa pergi jaulah tu akhowat berjalan ikut musyrifah yang telah ditetapkan... kumpulan aku musrifahnya akak Aisyah dengan akak Farahin... tapi masa nak ke masjid azhar, kitorang suma pergi sekali cuma berpecah time nak pegi ke Hussien je... nak cakap pasal kenderaan dan jalan raya di sekitar kaherah sepertinya semua sudah maklum... rasa buang masa je...tapi aku nak jugak bercerita...aku berani katakan pemandu2 kenderaan di Mesir especially Kaherah patut diberi tabik spring..hehhehe...aku ertikan mereka menempa maut sebaik shaja tiba di jalanan... mana taknya, jalan-jalanya penuh berselirat dengan kenderaan baik dari kiri dan kanan mahupun dari depan dan belakang....fuh! sangat tidak sistematik! tambah pula tiada lampu isyarat yang bisa mengatur arah kenderaan ini...kalau pun ada hanya sebatang dua je... sudah lah berselirat dan kenderaan sesuka hati mencelah sana sini...ditambahnya lagi pencemaran bunyi yang memekakkan telingan dengan hon-hon yang sangat bingit!!! bersabarlah wahai hati2 sekalian....inilah gambaran realiti hidup di bumi Kaherah!
baik, cerita di masjid azhar pulak.... hemmmm...tidak dapat aku gambarkan perasaan yang melanda diri tika itu... rasa macam nak sujud syukur je kat situ tapi apakan daya, pada ketika itu keadaan diri yang tidak bersih membuatkan niat aku terbantut di situ... Insya Allah aku berpeluang lagi bersolat di Majid Azhar... keindahan masjid ini membuatkan aku terpaku dengan seni binanya di samping usianya yang tua, masih lagi tetap teguh berdiri di tengah-tengah kesibukan kota Kaherah ini... subhanallah! kebetulan juga di masjid azhar, kami bertemu dengan seorang akhi yang boleh berbahasa Melayu tapi berloghatkan indon?! macam mana tu ya...fikirlah sendiri... kami sempat berbual dan akhi tersebut memberitahu dia akan menyambung pelajarannya di Kuantan, Pahang pada tahun hadapan dlm kuliah tib (perubatan) Masya Allah! Semoga dia mendapat cerita-cerita yang baik ttg Malaysia... Sebelum kami mengundurkan diri, sempat lagi akhi tersebut memberi secara percuma buku doa dan zikir-zikir harian...Masya Allah! Murah rezeki betul orang Misr ni! benarlah kata orang bumi Misr ni kiblat ilmu...yakni ilmu boleh didapati di mana-mana shaja... Insya Allah!
oklah tutp cerita masjid azhar kita buka cerita di Hussien... sedikit info tentang Masjid Hussien, menurut musyrifah aku, dalam masjid tu adanya makam Imam Hussien cucu kepada Rasullulah...it's true or not, wallahua'lam! nak dijadikan cerita, ketika sahabat-sahabat bersolat di Masjid Hussien, aku diamanahkan untuk menjaga beg2 dan barang2 berharga para sahabat... namun atas kelalaian aku, aku ter'hilangkan' beg kecik akak arifah! tak dapat aku bayangkan betapa cemasnya hati ini...betapa berdebarnya perasaan ini.... pertama kali ke masjid hussien sudah buat hal... tambah pula dlm beg kecik akak arifah tu ada wang dan handset... tika itu, akak Aisyah selaku musyrifah masuk kembali ke dalam masjid mencari beg tersebut! Alhamdulillah beg kecik tu dijumpai...betapa bersyukurnya aku pada saat itu...aku juga sudah puas memohon maaf atas kealpaan aku kpd akak arifah! aku benar2 harap akak arifah maafkan aku atas kekhilafan yang tidak aku sengajakan! agaknya inilah pelajaran pertama yang aku dapat di bumi misr ni, agar sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga... Insya Allah tidak akan aku ulangi lagi kealpaan itu...
sudahnya bersolat zohor, it's time to shop at Hussien! kelakar juga bila berjalan-jalan di sekitar tempat beli-belah di Hussien...yelah setiap kami lalu ada saja perkataan dlm bahasa Melayu di sebut penjual-penjual di situ...cth: Jualan Murah, Harga Mahal, Jualan Percuma, dan sebagainya... yang kelakarnya, penjual-penjual tu tidak mengerti sepatah haram pun yang disebutnya...hahhahaha aku sempat lah memborang sedikit barangan di situ... Insya Allah lepas ni, aku akan kerap ke Hussien....
p/s: rasanya banyak lagi hendak aku nukilkan pengalaman2 baru di Kaherah ni, tapi masa sentiasa menghantui aku..huh! apa2pun, aku tetap aku meneruskan penulisan ini yang aku umpamakan catatan permata pada masa yang lain Insya Allah!
No comments:
Post a Comment