Wednesday, November 17, 2010

KoRbaN

selawat dan salam buat kekasih Allah yg dijanjikan syurga.... moga dengan syafaat baginda kita jua marasai indahnya nikmat syurga....Alhamdulillah dengan limpah dan kurniaan Nya, jantung ini masih berdetak mengikut ritmanya. Iman dan Islam jua masih menaungi diri ini yg haqirah wa faqirah....

Salam Aidul Adha@ Selamat Hari Raya Haji@ Selamat Hari Raya Korban...satu perayaan pelbagai nama... hemmm tahun ni dah masuk tahun ke-2 aku beraya Korban tanpa keluarga disisi dan diperantauan... saat manis bersama keluarga pasti bermain di layar minda dlm kemeriahan hari raya bersama teman2 seperjuagan di bumi Anbiya'....

entry ni bukan nak mengulas pe erti korban...or anything related to that... just nak bising2 kat ruangan maya mengenai pandangan aku ttg korban atau dlm versi arabnya, "at-tadhiyah".... bagi aku korban ini membawa erti yang sgt luas... bukan sekadar ibadah korban binatang ternakan setiap tahun simbolik kpd peristiwa nabi Allah IBRAHIM A.S dan anaknya ISMAIL A.S...bahkan merangkumi lebih daripada itu... tuntutan korban sebenarnya berlaku setiap hari malah setiap saat...tanpa disedari bagi org2 yg alpa...

realiti korban...
korban untuk yg dikasih dan disayangi...

melihat dari sudut ad-deen, ummat manusia yg cintakan akhirat, yg cintakan ALLAH dan RASULNYA mengorbankan serta meninggalkan kesenangan duniawi yg sekelip cuma... semata-mata mengejar impian istana syurga... di saat ummat manusia bergelumang dgn nikmat duniawi, ada golongan yg bermujahadah menghindari sisa2 kotor dunia...agar tampil bersih lagi suci di hadapan PENCIPTANYA...

melihat dari sudut kekeluargaan, pengorbanan ibu yg melahirkan setelah lelah mengendong 9 bulan, pengorban ibu dan ayah tanpa mengenal erti putusn asa dalam tarbiyah si cilik penyambung generasi, pengorbanan ibu dan ayah membanting tulang demi sesuap nasi...

melihat dari sudut seorg pelajar, berkorban masa bersenang-senang demi menjamin masa hadapan yg lebih cerah... berkorban tinggalkan keluarga dan sanak saudara seketika cuma demi menghirup secangkir ilmu di bumi ALLAH...

demikian konsep korban yg bisa ditafsir dlm pelbagai versi namun tunjangnya kerelaan nabi Ismail A.S untuk dijadikan korban sembelihan atas dasar kecintaannya pada Rabbnya melebihi dan mengatasi segala-galanya...

~indahnya pengorbanan didasari lillahita'ala...manisnya Islam bagi sesiapa yg merasainya... titian sirah menyingkap seribu makna dan hikmah...

p/s: sekadar coretan pandangan yg cetek lagi dangkal...ana asifah...hazha kalam min al-haqirah wa faqirah fillah....Allahuma zidni i'lman nafi'a warzuqni fahman wasie'a....

Sunday, October 10, 2010

where is the starting point???

Selawat dan salam buat kekasih Allah SAW dan seluruh ahli bait dan para sahabat baginda…Tanpa mereka dan perjuangan menegakan ad-deen Islam, maka siapalah kita pada hari ini… tiada kemulian pada seseorang manusia itu kecuali dengan Islam… memetik kalamulah al-huda,

“Sesungguhnya agama disisi Allah hanyalah Islam” maka mafhumnya tiada agama atau anutan yang terbaik melainkan Islam… Semoga Allah tsabatkan diri kita dengan cahaya Keimanan dan Islam…Amiin!

Bait2 kata sudah lama tidak meluncur laju di skrin, jari jemari pula tidak sepantas dulu utk menari-nari di atas papan kekunci laptop…agaknya lautan perasaan ini sudah lama tidak dikunjungi… namun aku kembali untuk menyelam kembali lautan hati yang sudah tidak diperhatikan…

Pejam celik sedar atau tidak…24 September 2010 lepas genaplah setahun aku bermaustatin di Perlembahan Nil… Alhamdulillah , aku panjatkan sejuta syukur yang tiada terhingga atas nikmat Ilahi ! sesungguhnya bauan udara bumi anbiya’ menjadi barakah bg diri ini yg sgt dhoif… itulah Allah the Best Planner, the comes out unexpectable…coz He knows the best for His slaves. Aku berlindung dengaNya drpd sebarang musibah dan kecelakaan sepanjang kehidupanku di langit Nabi Musa Kalamullah!

Suka duka pahit maung yang dihadapi tersimpan rapi dlm lipatan memori…kenangan terindah bersama para sahabat, doktor2 dan masyaikh2 tidak akn dilupakan… di sinilah aku belajar erti kehidupan seorang muslim, bagaimana seharusnya seorang bergelar muslim menggunakan masa 24 jam sebagai beribadah kpd Allah, di sinilah aku mengecapi kemanisan dalam berukhwah, di sinilah aku mula mengetahui apa itu ilmu tasawur, di sinilah aku mendalami ilmu pembersihan jiwa, di sinilah aku mengetahui apa itu gerakan haraki islami, di sinilah aku mengali ilmu2 dan uslub dakwah, jika ingin disebut ilmu2 yang aku peroleh di sini tidak terkira baik secara formal ataupun tidak formal ….masya Allah tidak terkira betapa banyak ilmu yg dpt aku kaut di bumi kinanah ini…

Bercerita tentang ilmu, sebelum terlupa sudah 3 minggu kuliah bermula… maka secara tidak langsung, bermula jejak aku sebagai pelajar tahun 1 Kuliah Ulum Islamiyah… percaya atau tak aku dah bergelah azhariah…takut utk mengalas title itu kerana tanggungjawabnya ternyata besar sekali… namun aku percaya Allah bersama hamba2nya yang mahu menegakan kalimah tauhid di bumi ini…. Cerita sikit ttg kuliah… subjek yang dipelajari utk semester 1 ialah tafsir al-Quran, al-Quran (2juzuk) , ilmu tauhid, ulum hadis, qodoya akdiah, fiqah, nahu, balagha, maharat lughawi dan computer…alhamdulillah, aku merasakan suatu permulaan yang baik, Cuma aku perlu timgkatkan usaha kerana pelajaran makin susah dan lebih daqiq…perlukan perhatian yang lebih dan murajaah yang lebih…segala2nya perlu lebih drpd sebelumnya…. Aku berharap mampu mengharungi badai pada thn ini walaupun aku mampu menjangka badai ini bakal membawa taufan tornado dlm pola kehidupan aku…tapi apa yang aku tahu Allah bersama-sama org yg sabar… kuncinya adalah sabar… memetik kalam sorang ukhti yg sgt dihormati, katanya Mesir punya suluh kata tersendiri…menurut bhs arab, perkataan mesir dibina atas 3 huruf iaitu mim, sood, dan ra’… mim melambangkan MUSIBAH, sood pula mengambarkan SABAR dan ra’ pula menandakan REDHA… benarlah di Mesir ni pelbagai MUSIBAH yang menimpa namun seorang muslim yang sebenar kena SABAR DAN REDHA….

bersediakah aku menerobos alam baru??? tiada jawapan, diam seribu bahasa, terkelu lidah seketika... muhasabah diri...nescaya akn peroleh jawapannya...munajatlah pada si Dia, pasti ditunjukkan kunci hidayah utk membuka pintu jawapan... wallahu'alam....
kalamhaqir minn nafsdhoif....

{10-10-10, 20:00, madinah nasr, cairo}

Saturday, August 21, 2010

peristiwa awal ramadhan 1431H

antara diuji atau teruji…
selawat dan salam ke atas jungjungan besar Rasullulah SAW…Alhamdulillah udara segar masih menembusi ronga pernafasaan ini dan begitu juga dikurniakan daku nikmat terbesar yang tidak dimiliki makhluk lain melainkan yg beriman dgn Allah azza wa jalla….

Sedar atau tidak sudah seminggu Ramadhan meninggalkan kita…bererti tinggal 3 minggu shj lagi tempoh kita ber’dating’ dgn si Ramadhan Kareem… bagaimana dgn amalan kita??? Apakah sudah cukup melipatgandakkan pahala dlm bulan ganjaran ini???
Sepanjang mingggu ini pelbagai kejadian berlaku atas kehendak Allah sepertimana yang dicatatkan dlm kitab taqdir qada dan qadar…. Ujian pertama, krisis air di rumah ARB…sgt menduga kesabaran dlm keadaan musim panas ini… namun hikmah diperoleh…bersyukur hanya nikmat air yang ditarik Allah utk seketika bukannya nikmat elektrik… kalau tidak entah apa yang akan terjadi wallahu a’alam….

Meniti ujian ke dua, di saat Ramadhan melangkah hari yang ke 6, aku diberikan surat percutian drpd puasa, awalnya tertanya-tanya aku, apakah aku tidak layak memasuki madrasah Ramadhan yang barakah ini??? Namun hakikatnya, inilah ujian aku…ujian yg dilalui oleh semua insan yang bergelar an-nisa’…sejauh mana aku mampu melentur nafsu tatkala aku dilarang utk berpuasa. Nah disini, menguji aku mampukah aku menahan diri bukan dari segi lapar dan dahaga malah dari segi perlakuan anggota jawarih yang lain…

Seterusnya, ujian komplikasi dalaman… huh bunyi macam org sakit kronik…iya kronik penyakitnya bila melibatkan organ hati atau dlm erti kata lain al-qalbu…sabda Rasullulah dalam hadis sohih riwayat mutafaqun alaih;
“di dalam diri manusia itu terdapat seketul daging, sekiranya ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, sekiranya buruk maka buruklah seluruh jasadnya, dan seketul daging itu adalah hati” Masya Allah tabarakallah… aku mengesyaki ada dlm kalangan sahabatku ini bersuuk zon dgn diriku… astaghfirullah, bagaimana mungkin aku mengesyaki para sahabatku , ini bererti aku juga berada dlm golongan yang suuk zon terhadap sahabat sendiri…astaghfirullah… jauhilah aku dari perasaan suuk zon ini… selemah-lemah ukhuwah adalah berlapang dada…. Tak sepatutnya aku suuk zon dgn mereka melalui muamalah mereka dgnku yang kurang baik menurut pandanganku…. Kadang2 aku merasakan aku dipinggirkan dlm setiap perbicaraan… sepertinya aku bercakap sorg diri… hati ini terasa sangat kotor dan lemah sekali…namun itu lah hakikat ujian… yang tidak mengenal erti masa dan tempat… firman Allah dlm surah al-ankabut ayat 2;
“Apakah manusia mengira bahawa kami hanya membiarkan mereka berkata’Kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji?”

Menyelusuri ujian yang aku kira melakar sejarah hitam dalam kamus hidup akhowat ARB… Pertelingkahan antara ikhwah dan akhowat dlm pembahagian kerja dan segala selisih pendapat serta kesalah fahaman….menjerut tali ukhuwah yang sekian lama bertaut… segala ketidakpuasaan hati pihak ikhwah terhadap akhowat akhirnya terluah jua…walaupun pahit namun ditelan jua pihak akhowat…aku tidak mengerti kenapa ikhwah memendamkan segala ketidak puasaan hati sedangkan di setiap liqo diberikan peluang utk sebarang penjelasan… tidak disangka letusan gunug berapi ikhwah benar2 menggegarkan lena indah akhowat… detik itu, akhowat tertanya-tanya dimana silapnya, di mana salahnya, di mana pincangnya muamalah dgn ikhwah… akhirnya, disepakati yang lepas biarkan ia pergi, namun yang baru mula kita sematkan peristiwa lepas sbg pedoman... pengharapan tinggi diletakan selepas badai berlalu, tautan ukhwah yang dibina semakin utuh dan tegar utk menghadapi tsunami pada masa hadapan… kata orang, disangkakan panas sehingga ke petang namun hujan di tengah hari, hikmanya, selepas awan mendung lagi kelabu berarak pergi, muncul si pelangi yang berwarna-warni menceriakan dada langit…kata orang, selagi mana tidak merasai kepahitan ubat, selagi itu kita tidak akan mengetahui kemanisan coklat…
Tuntasnya, setiap ujian dikurniakan Allah itu adalah tanda Allah memerhatikan setiap tindak tanduk hambanya, menandakan Allah sayang terhadap hambanya, merupakan simbolik utk meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya, alangkkah ruginya kita menganggap setiap ujian itu adalah musibah… yakinlah segala yang terjadi itu pasti ada hikmahnya… yakinlah dgn Allah bahawasanya Allah tidak akan sekali-kali membebankan hambanya dengan apa yang tidak ia mampu menanggungnya… Sesungguhnya Allah menginginkan kesenangan utk umatnya dan tidak menginginkan kesusahan…

Hati ini begitu terpaut dgn kalamullah yang tercatit dlm mushaf yang bermaksud,
“dan apabila hamba2Ku bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang2 yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran”(2:186)

Saturday, August 7, 2010

Matruh-Siwa, Taqqarub kpd Allah…




Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasullullah S.A.W, berkocaknya darah dan keringat baginda dalam memperjuangkan ad-din dimuka bumi ini…dgn penuh rasa syukur kurafa’kan kpd Illahi, Alhamdulillah aku merasai nikmat Islam dan Iman pada hari ini…moga dikekalkan imannya dlm Islam…amin…

Beberapa hari yg lalu…percutian musim panas kali pertama aku rasai semenjak aku menjungjung langit Mesir… Matruh-Siwa bukanlah satu perjalanan dekat malah antara perjalanan yang terjauh sepanjang pemukiman aku di bumi anbiya ini selain Mansurah dan Alexandria….
Pemusafiran aku kali ini ke kawasan laut mediterenean yg terkenal dgn kecantikan lautnya yang memukau mata memandang…. Subahanallah dan masya Allah adalah ungkapan terbaik utk mengambarkan kecantikan alam semula jadi ciptaan Al-khaliq…. Tidak dapat digambarkan kecantikaan pantainya yang memutih dan lautnya yang membiru…. Seluas mata lensa…luas lagi mata ciptaan tiada tara ini dlm menangkap seribu pemandangan alam ini…


Baru kusedari nikmat pengelihatan atau al-basor ini sgt tidak ternilai…. Betapa sepasang mata kurnian-Nya mampu menerobos alam ciptaan ini tanpa batas…360 darjah… Masya Allah, aku sgt bersyukur!!! Ciptaan2 Allah ini membawa minda kita untuk memikir sejenak ttg kekuasaan-Nya… ttg kebesaran-Nya…ttg kebijaksanaan-Nya….Maha suci Allah! Allah menciptakan alam ini penuh rahsia, bagi mereka2 yang ingin memikirkannya…

Berakhirnya lawatan di sekitar matruh-siwa, bersama kenangan yang terindah di pantai2 terutamanya pantai Agiba, pantai 7 warna yang tiada rezeki untukku menyaksikan 7 warnanya ketika matahari terbenam, kami bertolak pulang ke Kaherah pada hari yg ke-3…
Semasa perjalanan, kiri dan kananku disajikan dgn pemandangan padang pasir sahara yang menghangatkan…. Pohon2 yang beranting tapi tiada daun menghijau…kering-kontang…bak padang jarak padang terkukur, namun masih lagi ada yang menempati kawasan ini… jarak antara kediaman dengan kediaman yang lain agak jauh… Masya Allah, masih ada yang mampu mengharungi lautan hidup di sahara… itulah kekuasaan Allah….

Siang pun mula melabuhkan tabirnya, malam mula menjelma… saat ini, kuperhatikan kaki langit…nun jauh di satu sudut horizon, matahari terbenam?! Allhamdulillah…aku diberi kesempataan oleh Allah untuk memerhatikan satu lagi keindahaan alam ini, Subhanallah, satu ungkapan yang sgt ternilai utk menggambarkan perasaan ini…yang kali pertama meihat matahari terbenam di sahara… nampaknya Allah menggantikan sesuatu yang aku inginkan dengan yang lebih baik… kupinggin melihat matahari itu terbenam diufuk lautan yang terbentang luas, namun dikurnia-Nya sepasang mata ini melihat matahari itu terbenam dikaki langit padang sahara yg berpasir halus….

Begitulah yang terprogram dlm percaturan yang Maha Esa, aku menjejaki INDAHNYA ALAM ini bukanlah semata-mata untuk keseronokkan, namun ia adalah wasilah untuk aku taqqarub kepada Pemilik Sekalian Alam…

Aku memetik kalam-Nya dalam kitabul-aziz :
“dan di antara tanda2 (kebesaran)-Nya adalah penciptaan langit dan bumi dan makhluk2 yang melata yang Dia sebarkan kpd keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila Dia kehendaki” (As-syura 42:31)

p/s: sebenarnya entry ini nak diuploadkan pada akhir bulan Julai yang lepas, tapi malangnya kesibukkan dengan mehnah dan tribulasinya membataskan langkah di alam blog…

Wednesday, July 21, 2010

Peraturan 5 saat (6)

SAMBUNGAN...

“Ishhh… takkan kau maksudkan dia ni kot?!” ujar Intan sambil jari telunjuknya yang runcing ditunjukkan pada sekeping gambar berukuran passport dalam buku profil pengawas sekolah.


“Hah, mamat mata 4 yang sengal nilah yang aku tengah cari ni…”


“Tapi kan, mulut dia ni tak delah murai sangat macam yang kau cerita. Nak kata sombong tu sikit la…mungkin sebab dia pendiam dan tak suka bergaul dengan orang. Dia lebih suka buat hal sendiri dan kawan baik dia pun buku-buku yang setebal seinci tuh!” terang Intan padaku.


‘Apa?! Intan kata dia pendiam?! Biar betul… takkan dunia dah terbalik kot! Setiap kali aku terserempak dengan mamat mata 4 ni, macam nak tercabut trakea aku dibuatnya gara-gara bertegang urat mempertahankan hak masing-masing!’ desisku dalam hati.


“Tapi, dalam diam-diam dia pun…berisi! Sekali dia buka mulut…semua orang boleh tergamam! Yelah semua idea-idea yang keluar daripada otak dia, semua idea yang bernas dan praktikal! Kau bayangkan dia dapat selamatkan krisis kewangan lembaga pengawas dalam masa sebulan je! Fuh…kagum aku! Kau tahu Si RAFIK@KP tu pun boleh jealous dengan dia!” puji Intan berbunga-bunga untuk budak mata 4 tu..


“Eh…. Intan boleh aku baca sikit tak profil dia?!” pujukku.


“Jap..jap..Kau ni minat kat dia ni eh?!”


“Hish… tolonglah! Sapa lah yang minat dekat mamat tiga suku ni! Kau pun tahukan prinsip aku, tak de maknanyer cintan-cintun time belajar ni..”


“Kau kata dia tiga suku?! Kau tau tak dia tu top five students…eh bukan-bukan top five…tapi top three… Argh…salah-salah! Actually, dia tu selalu dapat tempat pertama dalam tingkatan setiap tahun tau! Kiranya one of the best students, yang SMK Maju Bestari ada tau! Candidate’s 12 A1! Hebat kan?! Walaupun muka je nampak poyo”


“Ye ke?” aku sengaja buat-buat tak percaya. Padahal aku nak cungkil lagi kisah misteri mamat mata 4 ni…nampakanya setakat ni dah banyak info yang aku dapat! Nampaknya aku berjaya pancing minat Intan untuk bercerita tentang si mata 4 tu… Owh..Intan kau cerita lah lagi pasal mamat mata 4 tu…


“Eh, kau tahu…walaupun mamat ni ulat buku dan anti-sosial, dia ada ramai peminat tau! Berguni-guni surat cinta dia dapat, tapi satu pun dia tak layan! Kau tau dia cakap apa dekat penghantar2 surat cinta tu…”


“Tak” malas aku nak amik tahu…

“ehem…huk…huk.. betulkan tekak kejap… dia cakap macam ni, ZAMAN SEKOLAH BUKANNYA ZAMAN BERCINTA! BUANG MASA JER! LEBIH BAIK KORANG BELAJAR! BELAJAR DAN BELAJAR!!!!!!!!”


Hish…sadis bunyinya…mengalahkan kekejaman yang dilakukan organisasi Akatsuki dalam komik Naruto yang selalu aku baca tuh! But wait a minute, apasal aku rasa prinsip dia sama dengan prinsip aku nih?! Takkan la sampai prinsip cintan-cintun pun kau nak copy cat aku punya cik mata 4 oiii! Dah lah kau kebas prinsip ‘PERATURAN 5 SAAT’ aku...apa yang buat aku patah hati lagi, kau pun belajar tentang ‘TEKNIK RAMPASAN 5 SAAT’… hurm… nampaknya kau bukan lawan yang mudah! Amik sebijik..dush!dush!


“See…sama dengan prinsip kau lah! Entah…entah…kau berjodoh eh dengan dia?! Hahahhahah….elok lah tu…sorang kaki loyar buruk..sorang lagi si bisu berhati stone cold!”


“Woi, Intan bila kau nak bagi aku baca profil mamat ni?! Takkan kena tunggu ombak tsunami kot…”

gertakku bagi menamatkan ocehanya nak mempasangkan aku dengan si kerek mata 4 tuh….


“Ok..oklah nah buku ni! Aku bagi kau sorang je baca tau! Maklumat dalam ni confidential! Tapi apakan daya, aku sebagai pejuang cinta, tak sanggup tengok kau bagai nak meroyan menjejaki putera idaman! Hihihihihihi..” sengih Intan... aku pun membalas sengihan itu dengan sengihan jugak!


‘Banyak lah kau punya putera idaman! Padahal dia tu lah musuh yang bakal aku musnahkan dengan penuh kekejaman! KAHKAHKAHKAHKAH! Tetiba ja, aku merasakan sepasang tanduk muncul di kepala aku!’ aku bermonolog sendirian.


Setelah buku profil pengawas sekolah bertukar tangan, aku segera meneliti profil budak mata 4 tu…

Hemm..sedap juga nama dia ni, AHMAD KHALIS BIN ABU BAKAR. Tinggi, 175 cm! Mak aihh..padanlah aku gelar dia budak galah dengan cik zirafah! Jawatan, BENDAHARI 1 merangkap JURU AUDIT lembaga pengawas sekolah! Patutlah kerek semacam je, rupanya pegang dua jawatan bukan satu!


Selang 5 minit, Intan bersuara memecah kesunyian dan keasyikan aku meniliti profil AHMAD KHALIS ni…


“Am, cepatlah belek profil buah hati, pengarang jatung kau tu! Aku nak cepat ni! Karang pukul 3.30 nanti ada mesyuarat tegempar lembaga pengawas sekolah!”


“Owh..sorry eh dah ganggu kau!”

Intan sekadar senyum dan mengemas fail-fail yang perlu dibawa ke mesyuarat nanti…


“eh, kejap lagi Intan ada meeting…mesti ada tuan KP nya… hemm..lebih baik aku ambik peluang ni nak pulangkan duit 50 sen yang aku pinjam hari tu, walaupun tak digunakan! Yes good idea! Kalau nak harap aku bertembung dengan si KP tu lagi, agaknya ambil masa 40 tahun pun belum berjumpa! Yelah, orang mana nak pandang kita ni yang huduh lagi miskin…tak setanding!”ngomelku sendirian…

Belum sempat, Intan melangkah keluar dari kelas 5 Magma,


“Intan! Intan! Terima kasih ye!” ujarku pada Intan, namun dia sekadar menganggukkan kepala…


“Intan boleh mintak tolong kau sekali jer lagi…”rayuku


“Apa?! Nak kirim salam dekat buah hati kau yang super bisu tu?” soal Intan dengan mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain gitu…


“Tak lah! Ni aku nak suruh kau pulangkan duit 50 sen ni kat RAFIK@KP kita tuh! Jangan tanya aku apa-apa, just pulangkan aje! KP tahu aku pinjam duit dia!”


“Oklah aku takkan tanya kau apa-apa! Tapi tak tahu lah aku, kalau-kalau mulut ni lancang…terus aku tanya si Rafik sendiri lepas meeting tu! Tapi apa-apa pun, Insya Allah aku akan sampai kan pesanan kau ni…”


“Terima kasih banyak-banyak! Ni yang buat aku bertambah sayang kat kau nih! Entah kenapa lah aku rasa hari ni kau lah intan payung aku! HIHIHIHIHI” aku tergelak kecil dengan omogan kusendiri..

Namun, Intan hanya mampu tersenyum padaku dan berlalu pergi.. Agaknya dia masih confused dengan hal yang berlaku antara aku dan Rafik, si KP pujaan hatinya…


* * * *


Seusai aku memberi salam, daun pintu dibuka dari arah dalam. Aku kaget melihat sekujur tubuh terbaring di atas sofa.


“Ibu! Ibu! Ibu! Kenapa nih?”


“Tak de apa-apa lah alang! Jangan risau…ibu cuma terseliuh pinggang je masa nak jemur kain kat rumah Cik Saodah tu…”


“Dah pergi hospital?”


“Tak de apa-apa lah alang, sakit sikit je nih…pergi hospital pun dokter bagi ubat jugak… tadi Cik Saodah belikan ubat di farmasi… Insya Allah tak de apa-apa…” pujuk ibu untuk menyenangkan hatiku yang sudah gundah gelana.


“Ibu kena banyak rehat ni…jangan bergerak banyak sangat... hari ni biar alang mengemas dengan memasak ye! Ibu duduk dan arahkan je tau.. Alang sedia berkhidmat untuk ibu” ujarku sambil tangan kananku bertabik kemas macam Polis Diraja Malaysia tu…


“Oklah lah kalau macam tu, ibu arahkan alang pergi satu rumah ni… boleh tak?! Tolong ibu masakkan makan malam kat rumah ni…kalau ibu tak pergi, gaji kena potong… alang tahu kan keluarga kita sangat-sangat perlukan duit sekarang ni.. harap alang boleh tolong gantikan tempat ibu untuk beberapa hari ni?”


Aku masih dalam keadaan terpingga-pingga dengan dahi yang berkerut tahap gaban… ‘alah leceh lah masak-masak ni…kang aku masak tak kena taste orang tu, buat malu muka je.. tapi ibu mintak tolong aku ni… argh…cam mana ni… nak telan mati mak nak luah mati bapak..’ desisku

Seminit berfikir, “ Oklah ibu… alang pergi rumah tu... mana alamatnya? Kalau ada peta lagi best!” sengihku pada ibu.


“Tu ada di atas peti ais tu…terima kasih alang! Ibu minta maaflah kalau ibu menyusahkan alang ye..”


“eh, mana ada menyusahkan bu, dah memang tanggungjawab seorang anak mesti bantu ibu bapanya…lagipun alang tak harapkan apa-apa, just nak syurga kat tapak kaki ibu je…hehehhehe...

Hem… alang pergi mandi dengan solat dulu eh…jap lagi nak kena gerak ni… karang susah nak dapat bas!”


Aku pun segera beredar dari ruang tamu ke bilik aku yang terletak berdekatan dengan dapur.



“No 1, Eden Avenue, Bandar Saujana Prima.. ahhh… ni tempat orang loaded nih… fuh tak sangka ibu dapat kerja kat kawasan ni… tapi…menyampahnya bila kena berurusan dengan orang kaya ni… tambah pulak yang cerewet…warghhh… tapi demi ibu, lautan api sanggup aku renangi…hohohoho!” ngomelku sendirian sambil mata meliar mencari rumah yang bertepatan dengan alamat yang ditulis ibu…


30 minit berlalu, ‘haih, mana lah rumahnya ni… dah berpeluh ketiak ni cari rumah yang entah wujud entah tidak tu… tak leh jadi ni! Kena bertanya, kalau tak sesat jalan namanya…huhuhuhu..’ desisku


Kebetulan, pada ketika itu keluar seorang yang aku kira pembantu rumah di salah sebuah pintu pagar, berdekatan dengan tempat aku berdiri…Alhamdulillah!


“Maaf nbak, bisa nolongin ngak?!” ujarku kepada seorang pembantu rumah yang keluar untuk membuang sampah.


“owh bisa neng! Ada apa ya?!”


“Saya mau nanya alamat ini, saya udah mutar 2 kali tapi ngak ketemu sama rumahnya” balasku sambil menunjukannya sekeping kertas kecil.


“neng, ini alamatnya Datin Qamariah…rumahnya tu, dihujung jalan sana!”


“Owh di situ ya! Makasih ya nbak! Saya buru-buru! Saya permisi dulu!”


“Mari neng!” balas pembantu Indonesia itu…


‘aisyeh, kat situ rupanya rumah tu….dah dua kali aku tawaf kawasan ni tak jumpa-jumpa pun…tu lah sapa soh buat rumah besar-besar…dahlah rumah besar, pagarnya pun mencacak tinggi macam nak bina kubu pertahanan jer…jenuh aku nak mencari… hem dasar orang kaya…” bebelku sepanjang perjalanan nak ke sebuah rumah banglo di hujung jalan sana.


“Assalamualaikum!!!!” jeritku sambil jari telunjukku menekan-nekan loceng rumah agam tu… tiba2 muncul sekujur tubuh menjawab salam dan memperkenalkan dirinya sebagai Encik Ilyias, ketua pembantu kat rumah agam ni…


“Saya Amni, anak kepada Puan Rahmah…saya datang ni nak mengantikkan tempat ibu, dia sakit…” jelasku


“Oh ya, Puan Rahmah ada beritahu saya tentang masalah ini…Cik Amni jangan risau semuanya sudah saya bereskan, Cuma saya harpakan perkhidmatan yang terbaik daripada Cik Amni…jangan rosakan reputasi Puan Rahmah di rumah ni ye…” ujar Encik Ilyias penuh hemah dan tanggungjawab….


“Insya Allah Encik Ilyias! Saya akan bekerja dengan baik!” janjiku sambil mengangguk-anggukan kepala tanda setuju… aku kemudianya dibawa masuk ke dalam rumah banglow tersebut…ternganga seketika melihat kemewahan rumahnya…bayangkan satu ruang tamunya sahaja dah boleh muat satu rumah aku….adoih…kaya tahap millionaire nih…kemudian aku diperkenalkan dengan sepasang suami isteri yang aku kira berumur dlm lingkungan 70 tahun… dlm hati, teringak kat datuk dgn nenek kat kampung…dah lama tak balik kampung….


“Assalamualaikum! Nama saya Amni Fariha…. Atuk dengan Nenek boleh lah panggil saya Am! Saya pekerja baru kat sini!” aku menghadiahkan sekuntum senyuman utk mereka berdua….


“Cik Amni, ni bukan atuk dgn nenek awak ye…diorang ni Tuan Besar dan Puan Besar kat rumah ni! Tunjuk hormat sikit!” tegur Encik Ilyias…


“ Maaf! Tak sengaja” aku sekadar menundukkan kepala…


“Tak pe lah Yas, bukan ada benda pun dgn nama2 ni semua…tak boleh dibawak ke kubur pun… cucu ni anak si Mah ye, tukang masak rumah ni?” ujar datuk tersebut. Aku sekadar menganggukan kepala, tak berani bersuara, bimbang kalau2 ada lagi yang aku tersalah kata…


“Atuk harap mak kamu tu cepat sembuh ye! Kamu panggil je atuk ni Tok Din… ni yang jelitawan sebelah ni kamu panggil Nek Kiah!” dengan tak semena-mena Nek Kiah mencubit pinggang tok Din… aku tergelak kecil melihat gelagat suami isteri yang sedang menikmati bahagia meniti sisa usia yang ada…


“betul tu Am, panggil je nenek ni Nek Kiah…waaahh dapat jugan nenek rasa ada cucu perempuan macam ni…” ujar Nek Kiah. Sambungnya lagi, “Eh...Am ni rasa saya sebaya dengan cucu kita la bang!” ujar Nek Kiah


“hah ah… yelah! Nampaknya ada kawan jugaklah cucu kita tu... tak de teperuk je dlm bilik dia tu..” ujar Tok Din.


“Yas, kau pergi panggil si Mat tu ke mari… biar kenal dengan pekerja baru rumah ni…kang kalau tak kenal, dihalaunya Si Am ni bila dia ke dapur kejap lagi” ujar Tok Din.


‘Alamak aiii nama klasikal betul, Mat! Weih zaman dah milinieum la, letak la nama canggih sikit…nak terburai perut aku menahan tawa pabila terdengar nama Mat tu… mmg la tak baik gelakkan nama org ...Cuma yelah aku rasa kelakar je… sorry Mat!!!’desis ku dlm hati…


Beberapa minit kemudian muncul sekujur tubuh tinggi lampai dari arah tangga yang bertentangan dengan ruang tamu. Subahanallah... Masya Allah... Astaghfirullah... Hanya itu yang mampu diucapkan di dalam hati...



p/s: ya Allah... akhirnya dapat jugak upload sambungan cerita ni...ingatkan nak biarkan je berkubur...tapi still ada minat nak sambung may be lack of idea sometimes makes me to give up on it... Ya Allah, give me some strength to finish what i've been started!

siapa mat, si classical tuh??? kenapa AM terpana??? nantikan part seterusnya... Insya Allah

Tuesday, July 20, 2010

natijah imtihan...

Selawat dan salam atas junjungan kekasih Allah, yang menjadi nur bagi seluruh alam, atas jerih payah baginda, hari ini aku masih lagi diberi nikmat terbesar dalam hidup iaitu, nikmat Islam dan Iman….

Menyelusuri kisah hidup dibumi anbiya’ yang tak dapatku nukilkan semuanya diblog ini…. Hampir setahun aku berdiri dibawah langit Mesir, langit yang tak pernah menjadi impian aku sebelumnya… tapi takdir Allah, aku disini…

Di bumi para aulia’ ini, aku mengenal erti hidup, mengenal erti susah payah, mengenal erti menghargai dan dihargai… di sini aku menimba sesuatu yang baru , memberi ibrah…
Suatu ketika dahulu (sem1), aku mentah dlm menilai sesuatu, jahil dlm membezakan sesuatu, ambil mudah dalam sesuatu….natijahnya aku terus berkhayal dalam ulit lena yang sangat panjang… namun semuanya berubah dlm sekelip mata, seperti firman Allah, “KUN FA YA KUN”…. Natijah imtihan menyesakkan dada, mengecewakan hati, menghampakan harapan… dengan rasib 2 madah aku tersungkur di tengah jalan…menangis jua sia2…tidak bisa mengubah keputusan, tidak bisa mengulang masa…

Bermula dgn satu harapan, bermula dgn dokongan sahabat2 dan family, aku mengorak langkah ke hadapan mencari satu titik bernilaikan positif… aku terus bersangka ini hanyalah ujian dari YANG MENGASIHI aku… memetik kalam-Nya dlm al-furqan “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum, sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri” (13:11) berteraskan wawasan baru, natijahnya pengharapan tiada tara… Alhamdulillah pengucapan terbaik tika ini, menjadi simbolik kesyukuran kepada Pemilik Segala Rahsia, natijah imtihan jayyid!!!!!!!!!!! Jayyid satu penghargaan atas segala usaha doa dan tawakal… walaupun sekadar jayyid, aku bersyukur tiada terkira…

Insya Allah, semester baru akan bermula 2 bulan lagi…. Dan saat itu aku akan bergelar pelajar tahun satu, dan mengalas satu lagi tanggungjawab baru sebagai azhariah…berat tapi itulah hakkikat… hidup diteruskan tanpa ragu-ragu…masa tetap berdetik tanpa henti-henti…aku??? Aku ingin bermula dengan nafas baru…nafas yang menyegarkan, iringi aku dengan doa kalian… Ya Allah tunjukkillah aku jalan-MU yang lurus, Kau tetapkanlah hati aku dalam agama-Mu, dalam mentaati perintah-Mu dan dalam berjihad dijalan-Mu….Ameen!


p/s: sepatutnya entry ni upload minggu lepas disebabkan lack of time and internet connection problem, so hari ni baru dapat upload... the first touch after quite long farewell...huhhuuhu
(adakah ini petanda aku akn kembali aktif dgn blog???? no answer...allhua'lam... wish for that huh...)

Monday, April 26, 2010

rasa ini....

rindu buatkan aku jadi sedih
rindu buatkan aku terasa jauh
rindu buat aku lemah
rindu buat aku sayu

kadang2 kekuatan hilang...
kadang2 keberanian hilang...
kadang2 kesabaran hilang....

mana perginya si tabah...
mana perginya si tekun....
mana perginya si semangat....

aku mencari...
dan terus mencari...
dlm ruang lingkup yang sempit....
yang sesak....

makin hari terasa kegelapan....
makin hari terasa kesunyian....
makin hari terasa kehilangan....

apa yang aku cari???
ketenangan, kerohanian, ketuhanan....

terasa sgt jauh dgn sang Pencipta...
bagaimana mungkin aku masih boleh berdiam tanpa tindakan....

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim....
pimpinlah aku....
bawalah aku....
tunjukkilah aku...
JALAN MU, REDHO MU, RAHMAT MU, BERKAT MU....

aku hanya hamba kerdil yang mengemis CINTANYA,
yang menagih PANDANGANNYA,
yang meminta PERTOLONGANNYA

aku insan biasa, insan lemah....bantulah aku agar bisa menjadi sebahagian dari sibghaNYA.....

>1.04 AM, dlm bilik, baitul Qurra', Madinat Nasr,Cairo, Egypt....<

Thursday, April 1, 2010

Daurah Ilmiah....

Daurah Fikhul Mar’ah… Isnin , 22 Mac 2010…

Malam isnin yang lepas, PMUI ada buat daurah sikit pasal Fikhul Mar’ah… tajuk dia simple dan ringkas je, pasal haid dan istihadah…. So aku ingat better aku postkan entry yang berkaitan dgn daurah tu, so that ilmu tu dapat disebarkan dan dikongsikan dgn kwn2 yg lain…

HAID
Mula2 takrif haid….apa itu haid??? Haid dari segi bhs bermaksud mengalir… dari segi istilah syarak, membawa maksud darah yang mengalir keluar daripada pangkal rahim wanita dan dalam keadaan yang normal, pada waktu2 yang tertentu…

Kenali haid… warna2 dan sifat2 darah haid…
Di sisi mazhab syafie, terdapat 5 jenis warna haid…
1. HITAM
2. MERAH
3. MERAH KEKUNING-KUNINGAN
4. KEKUNING-KUNINGAN
5. KERUH

Antara sifat2 darah haid:
1. Darah pekat
2. Berasa macam terbakar/panas
3. Mengalir keluar dgn lembut
4. Mengeluarkan satu bau yang tidak menyenangkan

Masa, Tempoh dan Waktu…..

Waktu wanita paling awal datang haid mengikut Mazhab Syafie, adalah umur 9 tahun QAMARIAH bukan MASIHI ye…(ihtimam sikit dgn benda2 gini yer)

Kadar minimum datang haid bagi seorang wanita adalah sehari semalam (24jam), kadar kebiasaan pula adalah sekitar 6 atau 7 hari….namun maksimum kadar datangnya haid bagi wanita adalah 15 hari 15 malam…


Tempoh MINIMUM suci antara 2 haid(haid pertama dgn haid yang kedua) pula ialah selama 15 hari….

Cth:
(1hb-7hb : haid)-------15 />15 hari-------(23hb-29hb:haid)
#perhatian: pengiraan tempoh suci bermula pada 8hb (lepas mandi wajib) dan tempoh maksimum suci tiada had…

Pengiraan haid dan kaitanya dgn solat…..

Dapat dibahagikan dgn 2 bahagian iaitu:

1. Awal waktu solat
2. Hujung waktu solat

Cth 1 (awal waktu) : azan zohor pada pukul 1.00 ptg….kita berwuduk pukul 1.30, dan dapati kita sedang berhadas besar (dtg haid) maka WAJIB bagi kita untuk qada’ kan solat zohor pada masa suci yg akan dtg…. Sekiranya kita dapati kita sedang berhadas besar pada pukul 1.02 ptg…kita tidak perlu qada’ kan solat zohor… sebab mengikut kebiasaan untuk kita menunaikan solat zohor kamilah (lakukan perkara2 RUKUN dlm solat shj), kita memerluakan 3 minit, maka fatrah antara azan dan kita dapati kita berhadas besar adalah kurang dari 3 minit….

Cth 2 (hujung waktu) : sekiranya kita dapati kita sudah suci drpd hadas besar(sudah suci disini tidak bererti mandi wajib, tapi suci disini kita dapati darah haid sudah tidak mengalir keluar) pada pukul 7.58 mlm, kemudian azan isyaknya pada pukul 8.00 mlm….fatrah antara kita dapati kita ini sudah suci drpd hadas besar dengan azan isyak tu adalah kadar 2 minit…. Dalam kadar 2 minit kita sempat melakukan 1 rakaat solat yang kamilah kan??? Maka dgn itu, kita mesti qada’ solat maghrib itu selepas selesai mandi wajib dan menunaikan solat isyak….Hal ini demikian adalah untuk langkah berhati-hati, kerana kita tidak pasti, apakah ketika waktu maghrib itu sememangnya kita sudah suci ataupun tidak….

Cth 3 : sekiranya, kita dapati kita suci(sudah suci disini tidak bererti mandi wajib, tapi suci disini kita dapati darah haid sudah tidak mengalir keluar) ketika sudah masuk waktunya asar, bagaimana dgn solat zohor??? maka solat zohor yang sebelumnya boleh diqada’kan…hal ini demikian, menurut pandangan sebahagian para ulamak, solat yang boleh dijamakkan pada waktunya, maka kita boleh jamakan solat, seperti zohor dgn asar, maghrib dgn isyak…. Hal ini juga bertujuan untuk langkah berhati-hati, kerana kita tidak pasti sama ada ketika waktu zohor tadi sememangnya kita sudah suci ataupun tidak…

****haid dan maslahah pada bulan Ramadhan;
Kita dapati pada pukul 4.50 pagi, kita sudah suci(sudah suci disini tidak bererti mandi wajib, tapi suci disini kita dapati darah haid sudah tidak mengalir keluar), manakala azan subuh pula pada pukul 5.00 pagi, fatrah antara 2 keadaan itu, adalah 10 minit, sekiranya dlm fatrah 10 minit itu kita sempat untuk niat berpuasa pada hari tersebut tanpa kita sempat untuk mandi wajib, maka sah puasa kita pada hari itu…


ISTIHADOH

Takrif istihadoh, apa itu istihadoh??? Darah yang keluar pada
bukan waktu2 haid…ringkasnya, darah istihadoh boleh ditakrifkan dgn 5 perkara@keadaan berikut...darah yang keluar:
1. Kurang drpd minimum dtg haid (kurang drpd 1 hari semalam@24jam)
2. Lebih drpd maksimum haid (>15 hari)
3. Sebelum umur haid (umur 9 tahun QAMARIAH) atau selepas had umur haid (menopause 62 thn)
4. Lebih drpd maksimum nifas (kebiasaan nifas bagi wanita adalah 40 hari manakala maksimum tempoh nifas adalah 60 hari)
5. Lebih daripada kebiasaan dan melepasi maksimum haid dan nifas….


Pengiraan darah istihadoh:

Cth 1:
(1-7hb: haid)----(8-10hb :suci)----(11-14: dtg darah maka takrifkan darah yang keluar ni adalah darah haid)----(15 hb dan seterusnya tidak keluar darah, maka sekarang adalah tempoh suci)
#perhatian: dlm kes ni tempoh haid kita dikira selama 14 hari. Maka dengan itu, jika dilihat dari sudut ibadah puasa(bulan Ramadhan) , puasa yang kita jalankan pada 8-10hb ni tidak dikira, so kena ganti puasa ni…

Cth2:
(1-7hb:haid)----(8-12hb:suci)----(13-26hb:dtg darah…so macam mana nak kira??? Hari 13hb -15hb masih dianggap masa haid dan pada hari 16hb-22hb dikira sbg darah yang keluar itu istihadah, kemudian pada 23hb, barulah dikira darah yang keluar pada hari itu adalah haid)
#perhatian: kita kena qada’ solat yang 13, 14 15 hb tu sbb darah haid dan istihadah sudah bercampur…

**** pening nak kira??? Ok, mudahnya, untuk tempoh haid kita akan kira daripada mula kita datang haid iaitu 1 hb….
Ok bagi tempoh suci pula kita akan kira daripada 8 hb…

[PERHATIAN, PENGIRAAN INI BERLAKU UNTUK WANITA YANG MEMPUNYAI KEBIASAAN]

Apa tu kebiasaan??? Kebiasaan ni, kebiasaan tempoh datang haid pada bulan yang sebelumnya… tak kiralah kebiasaan wanita itu 6, 7, 8,9,10 hari dan sebagainya…. Yang penting rujukan “KEBIASAAN” tu adalah diambil rujukannya drpd bulan2 yang lepas…….

WALLAHU A'ALAM TA'ALAM.....
penuntut ilmu di bumi mesir...