Wednesday, July 21, 2010

Peraturan 5 saat (6)

SAMBUNGAN...

“Ishhh… takkan kau maksudkan dia ni kot?!” ujar Intan sambil jari telunjuknya yang runcing ditunjukkan pada sekeping gambar berukuran passport dalam buku profil pengawas sekolah.


“Hah, mamat mata 4 yang sengal nilah yang aku tengah cari ni…”


“Tapi kan, mulut dia ni tak delah murai sangat macam yang kau cerita. Nak kata sombong tu sikit la…mungkin sebab dia pendiam dan tak suka bergaul dengan orang. Dia lebih suka buat hal sendiri dan kawan baik dia pun buku-buku yang setebal seinci tuh!” terang Intan padaku.


‘Apa?! Intan kata dia pendiam?! Biar betul… takkan dunia dah terbalik kot! Setiap kali aku terserempak dengan mamat mata 4 ni, macam nak tercabut trakea aku dibuatnya gara-gara bertegang urat mempertahankan hak masing-masing!’ desisku dalam hati.


“Tapi, dalam diam-diam dia pun…berisi! Sekali dia buka mulut…semua orang boleh tergamam! Yelah semua idea-idea yang keluar daripada otak dia, semua idea yang bernas dan praktikal! Kau bayangkan dia dapat selamatkan krisis kewangan lembaga pengawas dalam masa sebulan je! Fuh…kagum aku! Kau tahu Si RAFIK@KP tu pun boleh jealous dengan dia!” puji Intan berbunga-bunga untuk budak mata 4 tu..


“Eh…. Intan boleh aku baca sikit tak profil dia?!” pujukku.


“Jap..jap..Kau ni minat kat dia ni eh?!”


“Hish… tolonglah! Sapa lah yang minat dekat mamat tiga suku ni! Kau pun tahukan prinsip aku, tak de maknanyer cintan-cintun time belajar ni..”


“Kau kata dia tiga suku?! Kau tau tak dia tu top five students…eh bukan-bukan top five…tapi top three… Argh…salah-salah! Actually, dia tu selalu dapat tempat pertama dalam tingkatan setiap tahun tau! Kiranya one of the best students, yang SMK Maju Bestari ada tau! Candidate’s 12 A1! Hebat kan?! Walaupun muka je nampak poyo”


“Ye ke?” aku sengaja buat-buat tak percaya. Padahal aku nak cungkil lagi kisah misteri mamat mata 4 ni…nampakanya setakat ni dah banyak info yang aku dapat! Nampaknya aku berjaya pancing minat Intan untuk bercerita tentang si mata 4 tu… Owh..Intan kau cerita lah lagi pasal mamat mata 4 tu…


“Eh, kau tahu…walaupun mamat ni ulat buku dan anti-sosial, dia ada ramai peminat tau! Berguni-guni surat cinta dia dapat, tapi satu pun dia tak layan! Kau tau dia cakap apa dekat penghantar2 surat cinta tu…”


“Tak” malas aku nak amik tahu…

“ehem…huk…huk.. betulkan tekak kejap… dia cakap macam ni, ZAMAN SEKOLAH BUKANNYA ZAMAN BERCINTA! BUANG MASA JER! LEBIH BAIK KORANG BELAJAR! BELAJAR DAN BELAJAR!!!!!!!!”


Hish…sadis bunyinya…mengalahkan kekejaman yang dilakukan organisasi Akatsuki dalam komik Naruto yang selalu aku baca tuh! But wait a minute, apasal aku rasa prinsip dia sama dengan prinsip aku nih?! Takkan la sampai prinsip cintan-cintun pun kau nak copy cat aku punya cik mata 4 oiii! Dah lah kau kebas prinsip ‘PERATURAN 5 SAAT’ aku...apa yang buat aku patah hati lagi, kau pun belajar tentang ‘TEKNIK RAMPASAN 5 SAAT’… hurm… nampaknya kau bukan lawan yang mudah! Amik sebijik..dush!dush!


“See…sama dengan prinsip kau lah! Entah…entah…kau berjodoh eh dengan dia?! Hahahhahah….elok lah tu…sorang kaki loyar buruk..sorang lagi si bisu berhati stone cold!”


“Woi, Intan bila kau nak bagi aku baca profil mamat ni?! Takkan kena tunggu ombak tsunami kot…”

gertakku bagi menamatkan ocehanya nak mempasangkan aku dengan si kerek mata 4 tuh….


“Ok..oklah nah buku ni! Aku bagi kau sorang je baca tau! Maklumat dalam ni confidential! Tapi apakan daya, aku sebagai pejuang cinta, tak sanggup tengok kau bagai nak meroyan menjejaki putera idaman! Hihihihihihi..” sengih Intan... aku pun membalas sengihan itu dengan sengihan jugak!


‘Banyak lah kau punya putera idaman! Padahal dia tu lah musuh yang bakal aku musnahkan dengan penuh kekejaman! KAHKAHKAHKAHKAH! Tetiba ja, aku merasakan sepasang tanduk muncul di kepala aku!’ aku bermonolog sendirian.


Setelah buku profil pengawas sekolah bertukar tangan, aku segera meneliti profil budak mata 4 tu…

Hemm..sedap juga nama dia ni, AHMAD KHALIS BIN ABU BAKAR. Tinggi, 175 cm! Mak aihh..padanlah aku gelar dia budak galah dengan cik zirafah! Jawatan, BENDAHARI 1 merangkap JURU AUDIT lembaga pengawas sekolah! Patutlah kerek semacam je, rupanya pegang dua jawatan bukan satu!


Selang 5 minit, Intan bersuara memecah kesunyian dan keasyikan aku meniliti profil AHMAD KHALIS ni…


“Am, cepatlah belek profil buah hati, pengarang jatung kau tu! Aku nak cepat ni! Karang pukul 3.30 nanti ada mesyuarat tegempar lembaga pengawas sekolah!”


“Owh..sorry eh dah ganggu kau!”

Intan sekadar senyum dan mengemas fail-fail yang perlu dibawa ke mesyuarat nanti…


“eh, kejap lagi Intan ada meeting…mesti ada tuan KP nya… hemm..lebih baik aku ambik peluang ni nak pulangkan duit 50 sen yang aku pinjam hari tu, walaupun tak digunakan! Yes good idea! Kalau nak harap aku bertembung dengan si KP tu lagi, agaknya ambil masa 40 tahun pun belum berjumpa! Yelah, orang mana nak pandang kita ni yang huduh lagi miskin…tak setanding!”ngomelku sendirian…

Belum sempat, Intan melangkah keluar dari kelas 5 Magma,


“Intan! Intan! Terima kasih ye!” ujarku pada Intan, namun dia sekadar menganggukkan kepala…


“Intan boleh mintak tolong kau sekali jer lagi…”rayuku


“Apa?! Nak kirim salam dekat buah hati kau yang super bisu tu?” soal Intan dengan mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain gitu…


“Tak lah! Ni aku nak suruh kau pulangkan duit 50 sen ni kat RAFIK@KP kita tuh! Jangan tanya aku apa-apa, just pulangkan aje! KP tahu aku pinjam duit dia!”


“Oklah aku takkan tanya kau apa-apa! Tapi tak tahu lah aku, kalau-kalau mulut ni lancang…terus aku tanya si Rafik sendiri lepas meeting tu! Tapi apa-apa pun, Insya Allah aku akan sampai kan pesanan kau ni…”


“Terima kasih banyak-banyak! Ni yang buat aku bertambah sayang kat kau nih! Entah kenapa lah aku rasa hari ni kau lah intan payung aku! HIHIHIHIHI” aku tergelak kecil dengan omogan kusendiri..

Namun, Intan hanya mampu tersenyum padaku dan berlalu pergi.. Agaknya dia masih confused dengan hal yang berlaku antara aku dan Rafik, si KP pujaan hatinya…


* * * *


Seusai aku memberi salam, daun pintu dibuka dari arah dalam. Aku kaget melihat sekujur tubuh terbaring di atas sofa.


“Ibu! Ibu! Ibu! Kenapa nih?”


“Tak de apa-apa lah alang! Jangan risau…ibu cuma terseliuh pinggang je masa nak jemur kain kat rumah Cik Saodah tu…”


“Dah pergi hospital?”


“Tak de apa-apa lah alang, sakit sikit je nih…pergi hospital pun dokter bagi ubat jugak… tadi Cik Saodah belikan ubat di farmasi… Insya Allah tak de apa-apa…” pujuk ibu untuk menyenangkan hatiku yang sudah gundah gelana.


“Ibu kena banyak rehat ni…jangan bergerak banyak sangat... hari ni biar alang mengemas dengan memasak ye! Ibu duduk dan arahkan je tau.. Alang sedia berkhidmat untuk ibu” ujarku sambil tangan kananku bertabik kemas macam Polis Diraja Malaysia tu…


“Oklah lah kalau macam tu, ibu arahkan alang pergi satu rumah ni… boleh tak?! Tolong ibu masakkan makan malam kat rumah ni…kalau ibu tak pergi, gaji kena potong… alang tahu kan keluarga kita sangat-sangat perlukan duit sekarang ni.. harap alang boleh tolong gantikan tempat ibu untuk beberapa hari ni?”


Aku masih dalam keadaan terpingga-pingga dengan dahi yang berkerut tahap gaban… ‘alah leceh lah masak-masak ni…kang aku masak tak kena taste orang tu, buat malu muka je.. tapi ibu mintak tolong aku ni… argh…cam mana ni… nak telan mati mak nak luah mati bapak..’ desisku

Seminit berfikir, “ Oklah ibu… alang pergi rumah tu... mana alamatnya? Kalau ada peta lagi best!” sengihku pada ibu.


“Tu ada di atas peti ais tu…terima kasih alang! Ibu minta maaflah kalau ibu menyusahkan alang ye..”


“eh, mana ada menyusahkan bu, dah memang tanggungjawab seorang anak mesti bantu ibu bapanya…lagipun alang tak harapkan apa-apa, just nak syurga kat tapak kaki ibu je…hehehhehe...

Hem… alang pergi mandi dengan solat dulu eh…jap lagi nak kena gerak ni… karang susah nak dapat bas!”


Aku pun segera beredar dari ruang tamu ke bilik aku yang terletak berdekatan dengan dapur.



“No 1, Eden Avenue, Bandar Saujana Prima.. ahhh… ni tempat orang loaded nih… fuh tak sangka ibu dapat kerja kat kawasan ni… tapi…menyampahnya bila kena berurusan dengan orang kaya ni… tambah pulak yang cerewet…warghhh… tapi demi ibu, lautan api sanggup aku renangi…hohohoho!” ngomelku sendirian sambil mata meliar mencari rumah yang bertepatan dengan alamat yang ditulis ibu…


30 minit berlalu, ‘haih, mana lah rumahnya ni… dah berpeluh ketiak ni cari rumah yang entah wujud entah tidak tu… tak leh jadi ni! Kena bertanya, kalau tak sesat jalan namanya…huhuhuhu..’ desisku


Kebetulan, pada ketika itu keluar seorang yang aku kira pembantu rumah di salah sebuah pintu pagar, berdekatan dengan tempat aku berdiri…Alhamdulillah!


“Maaf nbak, bisa nolongin ngak?!” ujarku kepada seorang pembantu rumah yang keluar untuk membuang sampah.


“owh bisa neng! Ada apa ya?!”


“Saya mau nanya alamat ini, saya udah mutar 2 kali tapi ngak ketemu sama rumahnya” balasku sambil menunjukannya sekeping kertas kecil.


“neng, ini alamatnya Datin Qamariah…rumahnya tu, dihujung jalan sana!”


“Owh di situ ya! Makasih ya nbak! Saya buru-buru! Saya permisi dulu!”


“Mari neng!” balas pembantu Indonesia itu…


‘aisyeh, kat situ rupanya rumah tu….dah dua kali aku tawaf kawasan ni tak jumpa-jumpa pun…tu lah sapa soh buat rumah besar-besar…dahlah rumah besar, pagarnya pun mencacak tinggi macam nak bina kubu pertahanan jer…jenuh aku nak mencari… hem dasar orang kaya…” bebelku sepanjang perjalanan nak ke sebuah rumah banglo di hujung jalan sana.


“Assalamualaikum!!!!” jeritku sambil jari telunjukku menekan-nekan loceng rumah agam tu… tiba2 muncul sekujur tubuh menjawab salam dan memperkenalkan dirinya sebagai Encik Ilyias, ketua pembantu kat rumah agam ni…


“Saya Amni, anak kepada Puan Rahmah…saya datang ni nak mengantikkan tempat ibu, dia sakit…” jelasku


“Oh ya, Puan Rahmah ada beritahu saya tentang masalah ini…Cik Amni jangan risau semuanya sudah saya bereskan, Cuma saya harpakan perkhidmatan yang terbaik daripada Cik Amni…jangan rosakan reputasi Puan Rahmah di rumah ni ye…” ujar Encik Ilyias penuh hemah dan tanggungjawab….


“Insya Allah Encik Ilyias! Saya akan bekerja dengan baik!” janjiku sambil mengangguk-anggukan kepala tanda setuju… aku kemudianya dibawa masuk ke dalam rumah banglow tersebut…ternganga seketika melihat kemewahan rumahnya…bayangkan satu ruang tamunya sahaja dah boleh muat satu rumah aku….adoih…kaya tahap millionaire nih…kemudian aku diperkenalkan dengan sepasang suami isteri yang aku kira berumur dlm lingkungan 70 tahun… dlm hati, teringak kat datuk dgn nenek kat kampung…dah lama tak balik kampung….


“Assalamualaikum! Nama saya Amni Fariha…. Atuk dengan Nenek boleh lah panggil saya Am! Saya pekerja baru kat sini!” aku menghadiahkan sekuntum senyuman utk mereka berdua….


“Cik Amni, ni bukan atuk dgn nenek awak ye…diorang ni Tuan Besar dan Puan Besar kat rumah ni! Tunjuk hormat sikit!” tegur Encik Ilyias…


“ Maaf! Tak sengaja” aku sekadar menundukkan kepala…


“Tak pe lah Yas, bukan ada benda pun dgn nama2 ni semua…tak boleh dibawak ke kubur pun… cucu ni anak si Mah ye, tukang masak rumah ni?” ujar datuk tersebut. Aku sekadar menganggukan kepala, tak berani bersuara, bimbang kalau2 ada lagi yang aku tersalah kata…


“Atuk harap mak kamu tu cepat sembuh ye! Kamu panggil je atuk ni Tok Din… ni yang jelitawan sebelah ni kamu panggil Nek Kiah!” dengan tak semena-mena Nek Kiah mencubit pinggang tok Din… aku tergelak kecil melihat gelagat suami isteri yang sedang menikmati bahagia meniti sisa usia yang ada…


“betul tu Am, panggil je nenek ni Nek Kiah…waaahh dapat jugan nenek rasa ada cucu perempuan macam ni…” ujar Nek Kiah. Sambungnya lagi, “Eh...Am ni rasa saya sebaya dengan cucu kita la bang!” ujar Nek Kiah


“hah ah… yelah! Nampaknya ada kawan jugaklah cucu kita tu... tak de teperuk je dlm bilik dia tu..” ujar Tok Din.


“Yas, kau pergi panggil si Mat tu ke mari… biar kenal dengan pekerja baru rumah ni…kang kalau tak kenal, dihalaunya Si Am ni bila dia ke dapur kejap lagi” ujar Tok Din.


‘Alamak aiii nama klasikal betul, Mat! Weih zaman dah milinieum la, letak la nama canggih sikit…nak terburai perut aku menahan tawa pabila terdengar nama Mat tu… mmg la tak baik gelakkan nama org ...Cuma yelah aku rasa kelakar je… sorry Mat!!!’desis ku dlm hati…


Beberapa minit kemudian muncul sekujur tubuh tinggi lampai dari arah tangga yang bertentangan dengan ruang tamu. Subahanallah... Masya Allah... Astaghfirullah... Hanya itu yang mampu diucapkan di dalam hati...



p/s: ya Allah... akhirnya dapat jugak upload sambungan cerita ni...ingatkan nak biarkan je berkubur...tapi still ada minat nak sambung may be lack of idea sometimes makes me to give up on it... Ya Allah, give me some strength to finish what i've been started!

siapa mat, si classical tuh??? kenapa AM terpana??? nantikan part seterusnya... Insya Allah

No comments: