Daurah Fikhul Mar’ah… Isnin , 22 Mac 2010…
Malam isnin yang lepas, PMUI ada buat daurah sikit pasal Fikhul Mar’ah… tajuk dia simple dan ringkas je, pasal haid dan istihadah…. So aku ingat better aku postkan entry yang berkaitan dgn daurah tu, so that ilmu tu dapat disebarkan dan dikongsikan dgn kwn2 yg lain…
HAID
Mula2 takrif haid….apa itu haid??? Haid dari segi bhs bermaksud mengalir… dari segi istilah syarak, membawa maksud darah yang mengalir keluar daripada pangkal rahim wanita dan dalam keadaan yang normal, pada waktu2 yang tertentu…
Kenali haid… warna2 dan sifat2 darah haid…
Di sisi mazhab syafie, terdapat 5 jenis warna haid…
1. HITAM
2. MERAH
3. MERAH KEKUNING-KUNINGAN
4. KEKUNING-KUNINGAN
5. KERUH
Antara sifat2 darah haid:
1. Darah pekat
2. Berasa macam terbakar/panas
3. Mengalir keluar dgn lembut
4. Mengeluarkan satu bau yang tidak menyenangkan
Masa, Tempoh dan Waktu…..
Waktu wanita paling awal datang haid mengikut Mazhab Syafie, adalah umur 9 tahun QAMARIAH bukan MASIHI ye…(ihtimam sikit dgn benda2 gini yer)
Kadar minimum datang haid bagi seorang wanita adalah sehari semalam (24jam), kadar kebiasaan pula adalah sekitar 6 atau 7 hari….namun maksimum kadar datangnya haid bagi wanita adalah 15 hari 15 malam…
Tempoh MINIMUM suci antara 2 haid(haid pertama dgn haid yang kedua) pula ialah selama 15 hari….
Cth:
(1hb-7hb : haid)-------15 />15 hari-------(23hb-29hb:haid)
#perhatian: pengiraan tempoh suci bermula pada 8hb (lepas mandi wajib) dan tempoh maksimum suci tiada had…
Pengiraan haid dan kaitanya dgn solat…..
Dapat dibahagikan dgn 2 bahagian iaitu:
1. Awal waktu solat
2. Hujung waktu solat
Cth 1 (awal waktu) : azan zohor pada pukul 1.00 ptg….kita berwuduk pukul 1.30, dan dapati kita sedang berhadas besar (dtg haid) maka WAJIB bagi kita untuk qada’ kan solat zohor pada masa suci yg akan dtg…. Sekiranya kita dapati kita sedang berhadas besar pada pukul 1.02 ptg…kita tidak perlu qada’ kan solat zohor… sebab mengikut kebiasaan untuk kita menunaikan solat zohor kamilah (lakukan perkara2 RUKUN dlm solat shj), kita memerluakan 3 minit, maka fatrah antara azan dan kita dapati kita berhadas besar adalah kurang dari 3 minit….
Cth 2 (hujung waktu) : sekiranya kita dapati kita sudah suci drpd hadas besar(sudah suci disini tidak bererti mandi wajib, tapi suci disini kita dapati darah haid sudah tidak mengalir keluar) pada pukul 7.58 mlm, kemudian azan isyaknya pada pukul 8.00 mlm….fatrah antara kita dapati kita ini sudah suci drpd hadas besar dengan azan isyak tu adalah kadar 2 minit…. Dalam kadar 2 minit kita sempat melakukan 1 rakaat solat yang kamilah kan??? Maka dgn itu, kita mesti qada’ solat maghrib itu selepas selesai mandi wajib dan menunaikan solat isyak….Hal ini demikian adalah untuk langkah berhati-hati, kerana kita tidak pasti, apakah ketika waktu maghrib itu sememangnya kita sudah suci ataupun tidak….
Cth 3 : sekiranya, kita dapati kita suci(sudah suci disini tidak bererti mandi wajib, tapi suci disini kita dapati darah haid sudah tidak mengalir keluar) ketika sudah masuk waktunya asar, bagaimana dgn solat zohor??? maka solat zohor yang sebelumnya boleh diqada’kan…hal ini demikian, menurut pandangan sebahagian para ulamak, solat yang boleh dijamakkan pada waktunya, maka kita boleh jamakan solat, seperti zohor dgn asar, maghrib dgn isyak…. Hal ini juga bertujuan untuk langkah berhati-hati, kerana kita tidak pasti sama ada ketika waktu zohor tadi sememangnya kita sudah suci ataupun tidak…
****haid dan maslahah pada bulan Ramadhan;
Kita dapati pada pukul 4.50 pagi, kita sudah suci(sudah suci disini tidak bererti mandi wajib, tapi suci disini kita dapati darah haid sudah tidak mengalir keluar), manakala azan subuh pula pada pukul 5.00 pagi, fatrah antara 2 keadaan itu, adalah 10 minit, sekiranya dlm fatrah 10 minit itu kita sempat untuk niat berpuasa pada hari tersebut tanpa kita sempat untuk mandi wajib, maka sah puasa kita pada hari itu…
ISTIHADOH
Takrif istihadoh, apa itu istihadoh??? Darah yang keluar pada
bukan waktu2 haid…ringkasnya, darah istihadoh boleh ditakrifkan dgn 5 perkara@keadaan berikut...darah yang keluar:
1. Kurang drpd minimum dtg haid (kurang drpd 1 hari semalam@24jam)
2. Lebih drpd maksimum haid (>15 hari)
3. Sebelum umur haid (umur 9 tahun QAMARIAH) atau selepas had umur haid (menopause 62 thn)
4. Lebih drpd maksimum nifas (kebiasaan nifas bagi wanita adalah 40 hari manakala maksimum tempoh nifas adalah 60 hari)
5. Lebih daripada kebiasaan dan melepasi maksimum haid dan nifas….
Pengiraan darah istihadoh:
Cth 1:
(1-7hb: haid)----(8-10hb :suci)----(11-14: dtg darah maka takrifkan darah yang keluar ni adalah darah haid)----(15 hb dan seterusnya tidak keluar darah, maka sekarang adalah tempoh suci)
#perhatian: dlm kes ni tempoh haid kita dikira selama 14 hari. Maka dengan itu, jika dilihat dari sudut ibadah puasa(bulan Ramadhan) , puasa yang kita jalankan pada 8-10hb ni tidak dikira, so kena ganti puasa ni…
Cth2:
(1-7hb:haid)----(8-12hb:suci)----(13-26hb:dtg darah…so macam mana nak kira??? Hari 13hb -15hb masih dianggap masa haid dan pada hari 16hb-22hb dikira sbg darah yang keluar itu istihadah, kemudian pada 23hb, barulah dikira darah yang keluar pada hari itu adalah haid)
#perhatian: kita kena qada’ solat yang 13, 14 15 hb tu sbb darah haid dan istihadah sudah bercampur…
**** pening nak kira??? Ok, mudahnya, untuk tempoh haid kita akan kira daripada mula kita datang haid iaitu 1 hb….
Ok bagi tempoh suci pula kita akan kira daripada 8 hb…
[PERHATIAN, PENGIRAAN INI BERLAKU UNTUK WANITA YANG MEMPUNYAI KEBIASAAN]
Apa tu kebiasaan??? Kebiasaan ni, kebiasaan tempoh datang haid pada bulan yang sebelumnya… tak kiralah kebiasaan wanita itu 6, 7, 8,9,10 hari dan sebagainya…. Yang penting rujukan “KEBIASAAN” tu adalah diambil rujukannya drpd bulan2 yang lepas…….
WALLAHU A'ALAM TA'ALAM.....
penuntut ilmu di bumi mesir...
No comments:
Post a Comment