pertelingkahan kecil berlaku gara2 ingin pertahankan pandangan dan pendapat masing2
-langit-
wahai bumi ketahuilah! aku lagi baik daripada kamu... di sini, tiada kemusnahan dan kerosakkan... di sini ada beribu malaikat bertasbih kepada Allah, di sini tiada bauan fitnah dan pengumpat....ketahuilah, aku melebihi kamu dari segala hal...
~bongkaknya langit
>bumi<
ohh...langit! apa yang kamu perkatankan itu ada benarnya...manusia saling berbunuhan, saling mencerca... namun begitu,di sini adanya laut dan sungai, adanya hutan rimba, adanya gunung ganang, adanya flora dan fauna menceriakan hatiku... di sini mereka memenuhi keperluan manusia....tanpa perlu balasan...
-langit-
ahh... itu semua omongan kosong wahai bumi!
~ terus-menerus langit menghentam bumi..
>bumi<
ya langit! aku tahu kamu melebihi aku! namun,aku lebih barakah daripada kamu... tahukah kamu, di tempat aku inilah lahir seorang insan yang sgt mulia,kekasih Allah SWT! kerana Baginda, aku diterangi cahaya, dilimpahi rahmat, dan dibanjiri barakah!
-langit-
owh ya??? siapakah dia? Alangkah ruginya Insan Mulia seperti itu di bumi... ~si langit terus membangga diri....
>bumi<
Insan itu adalah Muhammmad Bin Abdullah,kekasih Allah, rasul utusan Allah di bumi... betapa bangganya aku di bumi ini lahirnya insan kamilan seperti baginda... kerana baginda manusia mengenal Allah, manusia mengetahui syiar Islam... nah apakah kau lagi ahsan drpd aku????
~si bumi merasakan itulah paku buah keras utk mematah hujah si langit!
-langit-
betapa ruginya aku, insan semulia itu tidak menjejakan kaki di langit...
~langit merasa sedih... sedih gara2 insan mulia itu tidak menziarahinya... namun langit tidak pernah berputus asa... terus menerus memanjat doa2...agar insan mulia itu menjejakkan kaki ke langit.... tak lama selepas itu, doanya pun dikabul Allah.... Allah telah mengangkat kekasihNya menemuiNya pada malam ISRAK DAN MIKRAJ... mulai itu, tiadalah bezanya antara langit dan bumi... masing2 dapat mencium derap kaki baginda Rasullullah SAW!....
p/s: cerita yg aku dapat masa mesyuarat kenaikan biawsiswa tajaan ARB khamis lalu.... hehhehe hikmahnya, sama2lah kita renungkan....
No comments:
Post a Comment