SUMBER DARI IBRAHZINE.COM, forumer: NAMHARNIMSAK
assalamualaikum,
pernah dapat surat berantai? emel berantai yang mengatakan ttg sheikh ahmad? kalau x hantar, dapat musibah? tolong ingatkan sahabat-sahabat kita bahawa ianya boleh membawa kepada MURTAD base on fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan 1978.
jangan malu-malu untuk tolong sahabat yang mungkin tak tahu pasal benda ni
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978
SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi
biara Blessings of St Antonio , Texas , USA pada tahun 1974/75 untuk
mengelirukan uma t Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis
Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria
(bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas
di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh
Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de
Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun. Menurut
Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam
Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga
makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.
Penjaga makam di Madinah ialah:
Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul
Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),
anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi
Al-Quraisy
(1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi
Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya
Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque
Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat
dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada
tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada
dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau
meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana
bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad). Allahyarham D atuk Shafawi Mufti
Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa
dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah “melakukan syirik dan tidak
mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya
itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini”.
( Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).
sumber http://www.mail-archive.com/dunia-muslim...ps.com/msg01216.html
No comments:
Post a Comment