“Mak cik, kenapa mak cik bagi air sirap saya kat dia ni?” jari telunjukku menghala ke arah orang yang berada di sebelah aku ni…
“La, mak cik ingat kamu dah tak mahu dah air sirap tu, sebab tadi kamu lari jumpa kawan kamu tu…hah, pasal tu la mak cik bagi air sirap kat anak ni?” ujar mak cik tu penuh lemah lembut…
“
“Macam ni lah, apa kata kamu amik jer air lain ni hah, air sirap tu memang tinggal segelas tu sahaja…kamu bagi je lah kat anak ni…lagipun, kat sini masih ada air oren, air anggur dengan air strawberry, kamu nak yang mana satu?”
Alah air-air yang mak cik tu sebut suma air bergas dan harganya seringgit lima puluh sen…lagi pula aku cuma ada 50 sen je…masih lagi bingung dengan pilihan tersebut…ataupun aku buat idea gila sikit, mintak hutang dulu dengan mak cik nih…heheheheh pandai gak aku nih…
“Mak cik, bagi jer air strawberry tu… saya bayarkan untuk dia!” tidak semena-mena budak sebelah aku ni nak belanja aku minum pulak…
“Eh, tak pe lah mak cik saya, tak jadi beli air lah…”ujarku kembali menolak pelawaan yang entah-entah punya maksud tersendiri…
“Kamu ni, tak baik tau ada orang nak belanja..tak nak pulak…rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari!” ujar mak cik tu dengan menghulurkan aku segelas air strawberry…
Ishk…nak sambut ke tak nih… aarhh.. sapu je!
“Terima kasih mak cik!” Ujarku tanda menghormati pemberian orang…
“Apa pula terima kasih kat mak cik, ni hah terima kasih kat anak ni!” mak cik tu menghadiakan segaris senyuman buat budak berhati murni di sebelah aku ni…
Alah aku tak tau nama budak ni pulak, dah tu berdiri sebelah aku mana nak nampak tanda nama tu…nak panggil apa eh?! Mengikut ciri-ciri fizikal dia ni, hah! Tetiba je mentol kat otak aku ni menyala….
“Terima kasih ye cik zirafah! Bantuan anda sangat dihargai! Moga Allah murahkan rezeki dan…dipanj..” belum sempat aku menghabiskan ayat terakhir tu… telinga aku menangkap suatu bisikan yang memang sah ditujukan untuk aku.
“Sama-sama kasih! Kita seri 1 sama! Kau dapat cream puff tu, aku pulak dapat air sirap! Pasal duit air tu kau takyah bimbang lah, aku ikhlas besedekah kepada yang memerlukan!” sindirnya dan berlalu pergi tanpa pamit. Sempat juga dia hadiahkan senyum sumbingnya tu kat aku…
Erkkk! What?!!! Budak Zirafah ni ialah orang yang sama dengan budak mata 4@budak galah@si pengawas kerek@ mawas jadian!???? Aku terpinga-pinga seketika, sebelum deringan lonceng yang menandakan waktu rehat dah tamat meletakkan aku di dunia yang nyata! Huh~~ ape nasib badan?! Asyik-asyik terserempak jer dengan si budak mata 4 tuh….tak de manusia lain ke aku nak jumpa nih… haih..lama-lama boleh rabun aku tengok muka dia, tak pun boleh jadi rosak koklea aku ni…asyik dengar sindiran sinis dia tuh…mungkin jugak aku boleh jadi bisu, mana taknya asyik jumpa je bertikam lidah….silap haribulan boleh tekeluar anak tekak aku nih…adoyai!~
Hish…heran aku! Apasal lah aku selalu jer tak cam muka budak mata 4 tu… bila teserempak je mesti aku tak ingat muka dia…melainkan style dia betulkan cermin mata dia tu...baru aku kenal! Rasanya otak aku ni pun tak boleh save memory yang tak penting, macam muka dia yang sadis tuh! Tambah blurr lagi, nama dia pun aku tak tahu…sudahnya habis ku ciplak nama haiwan kat zoo tu buat gelaran untuk dia…
Hurmm… agaknya dia tu antara pengawas yang kurang fofular kat sekolah ni kot…tak pun dia ni jenis yang tak ambil tahu hal sekeliling…tu yang tak berapa menonjol dalam lembaga pengawas sekolah! Dasar pengawas biasa tapi berlagak nak mampus…blah ah weyh…!
Nampak gayanya aku kena jadi SHERELOCK HOLMES untuk menyelesaikan kes misteri budak mata 4. Perkara pertama yang harus aku lakukan adalah menyiasat profil budak mata 4. Tapi
“Oiiii… cik otak! Kau perahlah otak kau tu, kasi aku idea bernas sikit!” rungutku sambil menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal tu.
Tak sampai seminit aku dah menemukan jawapan untuk menyelesaikan kes ni! Entah kenapa tetiba jer bibirku mengukirkan satu senyuman kejam lagi sadis. Petanda buruk ni! Heheheheh…
Dalam aku merencanakan rancangan licik aku, tak semena-mena kedengaran satu suara bak halilintar menerjah koklea aku!
“AM!!! Apa yang kamu tercegat kat situ?! Kamu tahu tak kamu dah lewat 5 minit kelas saya!” tempik Cikgu Budin.
Hah?! Takkan la Cikgu Budin bermurah hati jemput aku sampai kat kantin nih! Hai parah tambah kritikal sama dengan ICU ni… Rasanya sampai boleh terkeluar pancreas aku dengar jeritan 500 amplitude si BUDIN KATIK ni! Tak sangka aku, dalam katik-katik, pun power gak!
“Erkk.. minta maaf cikgu! Saya ke kelas dulu! Nanti saya lagi lah berganda-ganda lewat masuk ke kelas cikgu!” segera aku mepersiap larian pecut 400 meter ke blok G, kelas 5 Magma. Aku harap aku sampai dulu daripada Cikgu Budin!
* * * *
“Intan! Kau sedar tak kau ni cantik, anggun, ayu, sopan santun, apa lagi eh?” pujiku pada Intan yang sedang mengemas mejanya yang agak berserabut dengan fail-fail lembaga pengawas sekolah!
“La, kau baru perasan ke yang aku ni cantik, anggun lagi ayu?! Kesian kau! Aku ni dah berabad dah perasan yang aku ni cantik, anggun lagi ayu!” balas Intan dan terkekeh-kekeh ketawanya…
Isk..mak cik ni, baru puji sikit dah kembang semangkuk!
“Kau ni
“Aiikk…takkan nak puji kau, aku kena tunggu hujan, rebut, tsunami tu suma?!”
“Eeeiii…geramnya aku!
“Sebenarnya aku ada hal sikit nak minta tolong dengan kau…rasa-rasanya boleh tak?”
“Tengok tu, betulkan ape yang aku cakap! Kau ni mesti ada apa-apa nih! Nak mintak tolong apa?”
“Kau, setiausaha lembaga pengawas sekolah
“hem”
“Agakya, kau kenal tak seorang pengawas ni, dia pakai cermin mata, orangnya tinggi lampai, kulit putih, rambut dia ala-ala poyo sikit. Lepas tu mulut dia pot..pet..pot..pet. Dan dia ni macam sombong sikit lah!”
“Mak aiihh…detailnya! Jap eh aku cari dulu…” ujar Intan sambil meneliti buku yang mengandungi profil pengawas di SMK Maju Bestari ni…
Seminit…dua minit..telah berlalu
“Sorry lah, mengikut perincian kau beri…rasanya tiada dalam data lah”
“Eh, kau recheck balik! Mesti ada punya! Aku confirm dia tu pengawas!”
“Ishhh… takkan kau maksudkan dia ni kot?!” ujar Intan sambil jari telunjuknya yang runcing ditunjukkan pada sekeping gambar berukuran passport dalam buku profil pengawas sekolah.
p/s: siapakah si pengawas yang dimaksudkan Intan??? apakah akan berlaku antara AM dan budak misteri itu??? nantikan part yang seterusnya...